Biasanya kita kongsikan resipi doh kuih muih yang biasa dijual di kedai. Contohnya macam kuih pau, bun, roti arab, karipap ataupun tauhu begedil.

Kali ini, kita kongsikan seleksi resipi inti-inti yang digunakan dalam adunan kuih. Memang banyak dan sangat sedap!

Resipi yang dikongsikan oleh Zainoor Aliza Ali ini, memang sesuai buat mereka yang ingin memulakan bisnes kuih muih secara kecil-kecilan.

 

A – INTI UNTUK PAU@BUN

 

PES COKLAT

9 Resipi Inti Pelbagai Kuih Muih Melayu Yang Sedap!

(sukatan untuk 500gm tepung gandum)

BAHAN-BAHAN:

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula – beli online di sini
1 cawan susu segar
1 cawan minyak masak – beli online di sini
2 sudu besar tepung jagung – beli online di sini

CARA MENYEDIAKAN:

1. Bancuh kesemua bahan. Masak dengan api kecil. Sentiasa kacau hingga jadi pekat, ketulan lembut dan terbit minyak (macam kejadian kole kacang).

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

2. Angkat dan biarkan sejuk. Sejatkan minyak sebelum diisi inti ke dalam doh.

 

INTI DAGING

9 Resipi Inti Pelbagai Kuih Muih Melayu Yang Sedap!

(sukatan untuk 500gm tepung gandum)

BAHAN-BAHAN:

1 labu bawang besar | dicincang – beli online di sini
1 cawan daging cincang
4 biji kentang | dipotong dadu – beli online di sini
½ sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar serbuk rempah kari
Garam

CARA MENYEDIAKAN:

Tumis bawang hingga terbit bau. Masukkan rempah kari. Kacau dan masukkan daging. Biarkan sekejap, masukkan kentang dan sedikit air. Bila kentang dah empuk, masukkan lada hitam dan garam.

 

INTI AYAM

9 Resipi Inti Pelbagai Kuih Muih Melayu Yang Sedap!

(sukatan untuk 1kg tepung gandum)

BAHAN-BAHAN:

6 ketul ayam | diambil isi & dipotong kecil
10 biji kentang | dikupas kulit & dipotong dadu
2 labu bawang besar | dicincang halus
4 sudu besar cili kering kisar
6 sudu besar rempah kari ayam
1 kiub ayam
Garam

CARA MENYEDIAKAN:

Tumis bawang hingga terbit bau. Masukkan cili kisar, tumis hingga garing. Masukkan rempah kari, daun kari, ayam dan sedikit air. Kacau-kacau. Masukkan kentang dan kiub ayam, masak hingga sedikit kering. Perasakan garam.

 

INTI TUNA

9 Resipi Inti Pelbagai Kuih Muih Melayu Yang Sedap!

(sukatan untuk 1 kg tepung gandum)

BAHAN-BAHAN:

1 labu bawang besar | dicincang halus
2 tin tuna | ditos & dihancurkan
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil garam

CARA MENYEDIAKAN:

Tumiskan bawang hingga terbit bau. Masukkan bahan-bahan lain. Kacau perlahan hingga agak kering. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.

 

INTI KELAPA

9 Resipi Inti Pelbagai Kuih Muih Melayu Yang Sedap!

(sukatan untuk 4 cawan tepung)

BAHAN-BAHAN:

1 biji kelapa parut (besar)
1 cawan gula
2 helai daun pandan
Sedikit garam & sedikit air

CARA MENYEDIAKAN:

Masukkan bahan ke dalam kuali. Gaul sekata. Buka api perlahan, masak hingga agak kering.

IKLAN

 

B – INTI KUIH CARA BERLAUK/TALAM BERLAUK/LOMPANG BERLAUK

 

INTI DAGING

9 Resipi Inti Pelbagai Kuih Muih Melayu Yang Sedap!
(sukatan untuk 4 cawan tepung)

BAHAN-BAHAN:

2 labu bawang holland | dicincang
2 sudu besar rempah kari ikan (dibancuh bersama sedikit air)
2 sudu besar rempah kerutuk
400gm daging kisar (saya guna jenama Ramly)
½ sudu kecil serbuk lada hitam
Garam

CARA MENYEDIAKAN:

1. Tumis bawang. Bila dah terbit bau, masukkan rempah kerutuk. Masukkan bancuhan rempah kari ikan. Kacau rata.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi

2. Bila dah terbit minyak, masukkan daging kisar. Bila dah hampir masak, masukkan garam. Masak hingga agak kering. Siap.

 

INTI UDANG

9 Resipi Inti Pelbagai Kuih Muih Melayu Yang Sedap!

BAHAN-BAHAN: (sukatan untuk 4 cawan tepung)

1 labu bawang besar | dicincang
2 ulas bawang putih | dicincang
2 sudu besar rempah kari ikan (dibancuh bersama sedikit air)
1 mangkuk udang (dibuang kulit & dipotong kecil)
1 mangkuk fish cake | dipotong kecil
2 batang lobak merah | diparut
1 kiub ayam
Garam

CARA MENYEDIAKAN:

1. Tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan bancuhan rempah kari ikan. Kacau rata.
2. Bila dah terbit minyak, masukkan udang, fish cake dan kiub ayam. Bila dah hampir masak, masukkan lobak merah dan garam. Kacau hingga lobak merah sedikit layu. Siap.

 

RENDANG BURGER

 

BAHAN-BAHAN:

10 keping daging burger | dipotong 6 bahagian
2 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
2 sudu kecil kunyit serbuk*
20 tangkai cili api*
1 senduk rata cili kering kisar*
2 sudu besar ketumbar | disangai & dikisar halus
1 sudu kecil jintan manis | disangai & dikisar halus
1 sudu kecil jintan putih | disangai & dikisar halus
4 batang serai | dititik
1 cawan santan kara
3 cawan air
3 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit | dimayang
Garam

CARA MEMASAK:

1. Bahan-bahan bertanda * dikisar halus dan ditumis hingga agak garing. Masukkan bahan-bahan bertanda . Kacau sekata.
2. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan seketika hingga terbit airnya. Masukkan santan dan air. Masak hingga likat. Perlahankan api. Masukkan kerisik dan garam. Bila dah agak kering, masukkan daun kunyit.

 

C – INTI WRAP

9 Resipi Inti Pelbagai Kuih Muih Melayu Yang Sedap!

BAHAN-BAHAN:

500gm daging cincang
2 labu bawang besar | dihiris halus
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar rempah kerutuk ayam
Serbuk lada hitam
Serbuk perencah
Garam
Sayuran campuran

CARA MEMASAK:

IKLAN

Tumis bawang besar dan cili. Bila dah agak garing, masukkan daging. Biarkan mendidih, kemudian masukkan rempah kerutuk. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk perencah, garam dan mix vege. Kacau rata. Biarkan seketika, angkat dan hidangkan bersama roti roll-up wraps.

 

D – INTI DAGING ROTI ARAB @ NAN

9 Resipi Inti Pelbagai Kuih Muih Melayu Yang Sedap!

BAHAN-BAHAN: (sukatan untuk 1kg tepung gandum)

1 kg daging cincang
3 labu bawang besar | dicincang
10 biji kentang | dipotong dadu
4 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam

CARA MENYEDIAKAN:

1. Tumiskan bawang dengan sedikit minyak masak. Bila dah terbit bau, masukkan daging cincang. Kacau rata. Biarkan seketika.
2. Masukkan kentang dan sedikit air. Tutup kuali untuk lembutkan kentang. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam dan garam. Bila dah agak kering boleh diangkat.
3. Potong roti arab kepada dua bahagian, buatkan poket. Sapukan sedikit mayonis di bahagian dalam poket.
4. Masukkan potongan salad bulat ke dalam poket. Isikan inti daging. Tambahkan sedikit lagi mayonis serta sos cili di atas permukaan daging. Siap.

 

E – INTI KARIPAP KENTANG

9 Resipi Inti Pelbagai Kuih Muih Melayu Yang Sedap!

BAHAN-BAHAN: (sukatan untuk ¼ kg tepung gandum)

5 biji kentang | dikupas & dipotong dadu
1 biji bawang holland | dicincang halus
2 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu besar udang kering
Sedikit garam

CARA MEMASAK:

Tumis bawang dan cili hingga agak garing. Masukkan rempah kari.masukkan kentang dan udang kering. Masukkan sedikit air dan garam. Masak hingga kentang empuk dan sedikit kering.

 

INTI SARDIN:

9 Resipi Inti Pelbagai Kuih Muih Melayu Yang Sedap!

BAHAN-BAHAN: (sukatan untuk ¼ kg tepung gandum)

1 tin sardin (saya guna ayam brand 425g)
1 labu bawang besar
3 sb cili kering kisar
Garam
Limau nipis

CARA MENYEDIAKAN:

Tumis bawang dan cili kering hingga garing. Masukkan sardin berserta sosnya. Bla dah mula likat masukkan garam dan perahan limau nipis. Masaklah hingga agak kering.

 

F – INTI TAUHU BERGEDIL

9 Resipi Inti Pelbagai Kuih Muih Melayu Yang Sedap!

BAHAN-BAHAN: (sukatan utk 300-400 gram tauhu)

KENTANG

11 biji kentang (1.2kg)

DAGING:

2 labu bawang besar | dicincang halus
½ kg daging cincang
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada putih
1 batang lobak merah | diparu
Daup sup
Daun bawang

CARA MENYEDIAKAN:

IKLAN

1. Kentang dikupas kulit dan dihiris, basuh kentang dan toskan. Gaul bersama sedikit garam. Goreng kentang hingga masak dalam minyak yang panas. Bila dah masak, angkat dan toskan. Kemudian dihancurkan macam mashed potato.
2. Masukkan daging dalam kuali. Bila dah mula terbit minyak, masukkan bawang.
3. Kacau dan masukkan secubit garam. Masak hingga sedikit kering. Angkat dan toskan. Gaul bersama kentang, daun sup, daun bawang, lobak merah dan serbuk lada putih.
4. Setelah itu bulatkan bancuhan menjadi bebola, masukkan ke dalam tauhu. Celup ke dalam telur dan digoreng. Siap, bergedil dihidang bersama sambal kicap.

 

G – INTI POPIA

9 Resipi Inti Pelbagai Kuih Muih Melayu Yang Sedap!

BAHAN INTI DAGING (KOBIS): (hasilkan 40 biji popia)

1 labu bawang besar | dicincang halus
½ kg daging cincang
Sedikit garam
1 mangkuk kobis ungu | dihiris nipis

CARA MENYEDIAKAN:

1. Masukkan daging dalam kuali. Bila dah mula terbit minyak, masukkan bawang.
2. Kacau dan masukkan secubit garam. Masak hingga sedikit kering. Masukkan kobis ungu. Gaul sekejap, angkat dan sejukkan.
3. Masukkan inti ke dalam kulit popia. Gulung dan goreng dalam minyak yang panas dengan api yang sederhana besar.

 

BAHAN INTI DAGING (MIX VEGE):

9 Resipi Inti Pelbagai Kuih Muih Melayu Yang Sedap!

400gram daging cincang
1 kg mixed vegetables
2 labu bawang besar | dicincang halus
4 sudu besar udang kering | dihancurkan
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukupnya

CARA MENYEDIAKAN:

1. Tumis bawang hingga garing. Masukkan udang kering. Bila dah terbit bau, masukkan daging. Kacau rata. Biarkan masak sekata kemudian masukkan mixed vegetables. Gaul lagi.
2. Tutupkan kuali. Masak hingga agak kering. Angkat dan biarkan sejuk. Masukkan inti ke dalam kulit popia dan gulung. Lekatkan dengan sedikit bancuhan tepung gandum dan air pada penghujung kulit popia.
3. Masukkan ke dalam bekas tertutup dan siap untuk disimpan di dalam peti sejuk beku. Bila nak masak, keluarkan popia dan biarkan seketika sebelum digoreng.
4. Saya guna saiz kulit popia 7½x7½ dan boleh dapat 100 biji popia.

 

H – INTI KUIH KETAYAP

9 Resipi Inti Pelbagai Kuih Muih Melayu Yang Sedap!

BAHAN INTI KELAPA: (sukatan untuk 2 cawan tepung gandum)

1 cawan gula merah
½ cawan gula putih @ ½ ketul gula melaka
1 cawan air
1 biji kelapa putih (sederhana besar)
1 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung gandum

CARA MENYEDIAKAN:

1. Didihkan gula merah dan gula putih bersama air. Tos ke dalam kuali yang dah ada kelapa parut putih. Masukkan garam dan daun pandan.
2. Bila dah mula berkilat dan sedikit kering, masukkan tepung gandum. Kacau sekejap dan angkat.

 

BAHAN INTI DAGING:

1 labu bawang holland | dicincang
2 sudu besar rempah kari ikan (dibancuh bersama sedikit air)
1 sudu besar rempah kerutuk
300gm daging kisar (saya guna jenama Ramly)
½ sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Tumis bawang. Bila dah terbit bau masukkan rempah kerutuk. Masukkan bancuhan rempah kari ikan. Kacau rata.
2. Bila dah terbit minyak, masukkan daging kisar. Bila dah hampir masak masukkan garam. Masak hingga agak kering. Angkat dan ketepikan.

 

BAHAN INTI KENTANG & UDANG KERING:

3 biji kentang
2 biji bawang merah | dicincang
Sedikit cili kering
Udang kering secukupnya
2 sudu besar rempah kari ikan

CARA MEMASAK:

1. Ubi kentang dipotong dadu, dibasuh dan ditoskan. Tumiskan bawang merah yang telah dicincang.
2. Masukkan sedikit cili kering kisar diikuti dengan udang kering. Masukkan rempah kari ikan. Gaul sebati.
3. Masukkan kentang dan sedikit air. Bila air dah mula kurang, masukkan garam. Masak hingga kentang lembut dan agak kering.

 

I – INTI KUIH KENTANG BERINTI

9 Resipi Inti Pelbagai Kuih Muih Melayu Yang Sedap!

BAHAN-BAHAN:

(½ kg kentang + 2 cawan tepung gandum)
200g daging cincang
1 labu bawang besar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar rempah kari ayam
1 mangkuk mixed vege
Serbuk lada hitam
Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Potong bawang besar dan tumiskan bersama sedikit minyak. Masukkan daging cincang. Biarkan seketika.
2. Masukkan sos tiram, rempah kari dan mixed vege. Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam dan garam. Kacau rata. Bila dah masak, angkat dan sejukkan.

(NOTA: Minyak untuk menggoreng kentang berinti tak perlu banyak. Cukup sekadar separuh tenggelam sahaja).

Kredit resipi: Zainoor Aliza Ali

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Resipi Mudah & Sedap Muffin Jagung Untuk Minum Petang

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI