Menerusi perkongsian Puan Nor Azimah Udin, resipi telur itik masin ini diperolehi dari kakak ipar beliau iaitu Puan Wan Teh Salmah. Sejak itu, beliau memang jarang sekali beli telur masin di kedai. Selain puas hati, kebersihan juga terjaga. Malah, rasa telur masin homemade ini juga lebih sedap. Bagi yang nak cuba buat telur masin homemade ni, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
TELUR ITIK MASIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur itik
1 cawan garam
4-5 cawan air
CARA MEMASAK: 1. Telur itik dibasuh bersih dan dikeringkan.
2. Satukan garam dan air. Masak hingga mendidih dan garam larut. Sejukkan.
3. Susun telur didalam bekas yang bersesuaian. Tuang air garam yang telah sejuk ( pastikan benar-benar sejuk). 4. Biarkan pada suhu bilik selama 2-3 minggu. ( empunya resipi simpan botol berisi telur ni di dalam kabinet).
Ads
NOTA:
Air garam tidak perlu ditukar sepanjang proses pengasinan tersebut.
Setelah cukup tempoh pengasinan tu, telur boleh ditos airnya dan disimpan dalam peti sejuk. Jika biar dalam air garam terlalu lama, dibimbangi telur akan terlebih masin.
Serbuk colek homemade pedas meraung ni hanya gunakan tiga bahan je. Ingatkan susah nak buat tapi rupanya cukup mudah. Tinggal nak buat ke tak je.
Memang sedap rupanya serbuk colek macam ni. Ada rasa pedas, masin, manis dengan rasa udang kering dan belacan. Cicah dengan buah-buahan memang sedap terutamanya mangga muda. Peh!!
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Nur Amalyna Zuraidi ini ye. Gerenti tak menyesal. Tak payah beli lagi lepas ni
Bubur nasi ni bukan sahaja boleh dihidangkan masa tak sihat je. Waktu sihat ni pun sesuai juga untuk anda nikmati. Lagipun lagi murah. Hanya dengan beberapa bahan ringkas, hidangan enak tersedia. Terasa nak makan bubur? Nah, min belanja 5 resipi mudah. Selamat mencuba!
1. BUBUR DAGING
BAHAN-BAHAN:
200gm beras
250ml santan pekat
200gm daging ] dihiris nipis
1 labu bawang besar ] dihiris
2 ulas bawang putih ] dihiris
1 tangkai serai ] dititik
1.25cm halia
1.25cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 biji cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 sudu teh serbuk rempah sup
1/2 sudu teh halba
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub pati daging
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun sup
2 liter air
Bawang goreng secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Rebus beras bersama hirisan daging hingga beras kembang dan daging empuk. Ketepikan.
Di dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi. Angkat dan kisar. Ketepikan.
Di dalam kuali yang sama, tumis pula rempah kayu manis, biji pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan serai hingga wangi. Angkat dan ketepikan.
Masukkan kesemua bahan yang dikisar, rempah yang ditumis, serbuk rempah sup, santan, pati daging, serbuk lada hitam, halba dan garam ke dalam periuk yang merebus beras dan daging tadi.
Kacau dan masak sehingga 15 minit atau sehingga bubur agak memekat.
Angkat dan sedia dihidangkan.
2. BUBUR LAMBUK KACANG KUDA
BAHAN-BAHAN:
200gm beras
125gm kacang kuda yang direndam selama 8 jam
1 labu bawang besar ] dihiris
2 ulas bawang putih ] dihiris
1 tangkai serai ]dititik
1.25cm halia
1.25cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 biji cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 sudu teh serbuk rempah sup
1/2 sudu teh halba
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
50gm ikan bilis
1 kiub pati ikan bilis
250gm santan pekat
2 liter air
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun sup
Garam secukup rasa
Sedikit bawang goreng
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Rebus beras dan kacang kuda hingga kedua bahan ini empuk. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, ikan bilis hingga wangi. Angkat dan kisar bersama kesemua bahan. Ketepikan.
Menggunakan kuali dan minyak yang sama, tumis sebentar rempah kayu manis, biji pelaga, bunga lawang, cengkih dan serai. Angkat dan ketepikan.
Masukkan kesemua bahan yang dikisar, rempah yang ditumis, serbuk rempah sup, santan, pati ikan bilis, serbuk lada hitam, halba dan garam ke dalam periuk yang merebus beras dan kacang kuda tadi.
Kacau sebentar masaklah sehingga 15 minit atau sehingga bubur agak memekat.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Hidanglah dengan ditaburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng di atas bubur lambuk yang telah siap dimasak.
3. BUBUR AYAM
BAHAN-BAHAN:
200gm beras
1 ½ liter air
1 keping dada ayam
1labu bawang besar ] dihiris
2 ulas bawang putih ] dihiris
1.25cm halia ] dihiris halus
1 kiub stok ayam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 tangkai daun bawang
1 sudu teh minyak bijan
Sedikit bawang goreng
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan air dan beras di dalam periuk dan rebus beras hingga kembang.
Separuh dada ayam dipotong kecil-kecil dan separuh lagi digaul dengan garam dan serbuk lada hitam serta digoreng hingga masak dan dicarik-carik.
Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan isi ayam yang dipotong kecil hingga wangi.
Setelah itu, masukkan kesemua bahan yang ditumis, stok ayam, garam, serbuk lada hitam, minyak bijan ke dalam periuk merebus beras tadi.
Masak selama hingga 15 minit atau sehingga bubur agak memekat.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Taburkan daun bawang yang telah dihiris, hirisan daging ayam yang telah digoreng serta bawang goreng di atas bubur yang ingin dihidangkan.
4. BUBUR NASI MAKANAN LAUT
BAHAN-BAHAN:
200gm beras
2 liter air
200gm lala ] bersihkan
200gm kupang ] bersihkan
200gm sotong ] bersihkan dan potong kecil
200gm udang ] bersihkan
100gm sayur campur ] dihiris
1 labu bawang besar ] dihiris
2 ulas bawang putih ] dihiris
1.25cm halia ] dihiris
1 tangkai daun bawang ] dihiris
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub pati ikan bilis
Garam secukup rasa
Bawang goreng untuk hiasan
Cili merah untuk hiasan
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam sebuah periuk, masukkan air dan beras, rebus beras hingga kembang. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi. Angkat dan ketepikan.
Masukkan bahan yang ditumis, serbuk lada hitam, stok ikan bilis, garam ke dalam periuk bubur tadi. Gaul sekata.
Masak selama lima minit atau sehingga bubur agak memekat. Akhir sekali masukkan lala, kupang, sotong dan udang , kacau sebentar dan segera tutupkan api.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Taburkan daun bawang, bawang goreng dan cili merah di atas bubur sebelum dihidangkan.
5. BUBUR SAYURAN BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
200gm beras
1 1/2 liter air
200ml susu segar
100gm isi ayam ] hiris kecil
200gm daun bayam ] hiris halus
200 gm brokoli ] potong kecil
200gm sawi cina/jepun ] potong kecil
100gm sayur campur ] potong kecil
2 keping keju cheddar
1 labu bawang besar ] dihiris
2 ulas bawang putih ] dihiris
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
1 tangkai daun bawang ]dihiris
Bawang goreng untuk hiasan
Cili merah untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Masukkan air dan beras di dalam periuk, rebus beras hingga kembang. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Setelah itu, masukkan bahan yang ditumis, isi ayam, brokoli, sayur campur, susu segar, keju cheddar, garam dan serbuk lada hitam ke dalam periuk bubur tadi.
Masak selama 15 minit atau sehingga bubur agak memekat dan akhir sekali masukkan daun bayam dan sawi. Kacau sebentar dan segera tutupkan api.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Taburkan daun bawang, bawang goreng dan cili merah di atas bubur sebelum dihidangkan.
Info Chef: Untuk yang vegetarian, bolehlah diabaikan isi ayam.
Kadang, kat rumah tak ada apa yang nak dimasak kecuali telur. Telur kan tahan lama. Lagi-lagi kalau disimpan dalam peti sejuk. Kalau di rumah cuma ada telur, apa kata buat telur bungkus. Sedap sangat. Campurkan dengan sayur-sayuran. Dah jadi satu lauk yang cukup menyelerakan untuk dimakan.
TELUR BUNGKUS
telur bungkus fb
BAHAN-BAHAN
• Minyak masak untuk menumis
• 1/2 biji bawang holland (dicencang halus)
• 2 keping isi ayam dipotong kecil
• 1 biji tomato (dibuang biji dan didadu kecil)
• 1/2 batang daun saderi didadu kecil
• 1 biji cili merah
• 1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang pis)
• 2 sudu sos cili
• 2 sudu sos tomato
• 1 sudu sos tiram
• Secubit garam (jika perlu)
• Sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
• 2 biji telur ayam
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu.
2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masa.
3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi, cili merah dan sayur campur. Kacau rata.
4. Perasakan dengan sos cili, sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
5. Taburkan secubit garam jika perlu.
6. Sebelum diangkat bolehlah ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali.
8. Pukul telur ayam dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata.
9. Letakkan inti di tengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut.
10. Biarkan telur garing seketika dan bolehlah di terbalikkan ke dalam pinggan.
Cuba resipi Donat Gula Klasik yang lembut, gebu dan sedap hasil perkongsian Mizzmoon Moon. Cara mudah buat donat homemade yang tidak serap minyak dan sesuai untuk jualan!