Sedapnya Pizza Roti Sandwic resipi perkongsian saudari Wan Hidayu ni. Hanya guna roti  dan beberapa bahan-bahan mudah yang lain sahaja. Memang jimat. Sesuai sangatlah dihidangkan untuk anak-anak. Boleh dijadikan menu bekal ke sekolah, sajian sarapan, minum petang, makan malam atau bila-bila masa yang sesuai. Sangat mengenyangkan dan digemari ramai. Jom cuba! Anak anda juga pasti sukakannya.

 

RESIPI PIZZA ROTI SANDWIC

Buat Pizza Guna Roti Sandwic. Idea Sarapan & Bekal Anak Ke Sekolah

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

1. Gris loyang ngan marjerin kemudian susun roti sandwic dalam dulang. Renjis air sedikit supaya roti menjadi lembut.

2. Sapu sos tomato @ pasta pada roti dengan secukupnya.

Buat Pizza Guna Roti Sandwic. Idea Sarapan & Bekal Anak Ke Sekolah

3. Kemudian susun kepingan keju cheddar.

4. Satukan kesemua bahan-bahan lain ( kecuali keju mozarella )dalam mangkuk dan gaul rata. Sudukan ke atas roti dengan secukupnya.

Buat Pizza Guna Roti Sandwic. Idea Sarapan & Bekal Anak Ke Sekolah

5. Tabur keju mozarella dan bakar dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu 170C. Waktu membakar mungkin berbeza mengikut jenis ketuhar.

Buat Pizza Guna Roti Sandwic. Idea Sarapan & Bekal Anak Ke Sekolah

6. Setelah keju cair, keluarkan dan sedia dinikmati bersama sos cili.

Buat Pizza Guna Roti Sandwic. Idea Sarapan & Bekal Anak Ke Sekolah

 

INFO CHEF: Panaskan ketuhar selama 10 minit sebelum memasukkan pizza.

 

Kredit resipi & foto: Wan Hidayu

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

Cara Masak Pajeri Terung Kuah Pekat & Pasti Sedap

Resipi Sos Thai Sedap. Sesuai Cicah Makanan Bergoreng & Bakar

Memang Sedap! Resipi Bengkang Tepung Beras Gula Merah

Resipi Bihun Goreng Cili Padi Paling Mantul. Pedas Tapi Sedap

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI