Biasa beli saja jagung cawan. Jom buat sendiri jagung lemak manis ala pasar malam tanpa kukus. Boleh letak cheese untuk rasa lebih lemak dan lazat. Guna jagung sweet corn daily fresh rasa segar berbiji dan tak kering.Boleh buat nanti, gerenti ralit makan.

Jagung Cheese

Bahan-bahan:

1 paket jagung frozen jenama Dailly fresh

1 tin krimer pekat manis SAJI

3 sudu besar marjerin (lebihkan lagi sedap)

Sedikit air dan garam secukup rasa

 

IKLAN

Cara membuat:

1.Masukkan jagung dalam kuali dan masuk sedikit air sukatan anggaran setengah dari jagung

2.Tutup kuali dan biarkan hingga jagung empuk/masak.Jika air kering boleh tambah lagi airnya.

IKLAN

3.Akhir sekali masuk susu pekat, sukatan mengikut manis yang disukai. Garam dan marjerin secukup rasa. Suka cheese boleh parut cheddar cheese atasnya.Siap untuk dihidang.

Kredit: Aisyah Humaira

Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa: 

IKLAN

Sup Makaroni Daging Berempah

Buat Pizza Guna Roti Sandwic. Idea Sarapan & Bekal Anak Ke Sekolah

Resipi Sos Thai Sedap. Sesuai Cicah Makanan Bergoreng & Bakar

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official