Ikan Tumis Kari Masak Kicap, buat menu ni pasti selera bertambah. Nak buat atau masak hidangan ini pun tak susah.
Bukan sahaja orang dewasa suka, malah sesuai juga untuk hidangan anak-anak. kalau nak pedas sikit boleh tambah cili padi dalam hidangan.
Kalau dah buntu nak masak lauk apa, hidangan ini boleh dijadikan pilihan untuk lauk makan siang dan juga malam.
Ikan Tumis Kari Masak Kicap
Bahan-bahan:
10 ekor ikan sardin
Ads
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 kuntum bunga lawang
1 keping kulit kayu manis
2 sudu makan serbuk kari
2 tangkai daun kari
1 biji tomato
1 biji kentang
½ bawang holland dihiris
3 sudu sos tiram
½ cawan kicap manis
Ads
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Goreng ikan dan kentang dahulu kemudian ketepikan, sementara tu kita mula tumis bahan lain.
Panaskan minyak, guna sedikit lebihan goreng ikan tadi. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bawang putih, halia dan daun kari. Tumis sampai naik bau wangi.
Kemudian masukkan serbuk kari, kacau sebati
Masa ni bau wangi tumisan serbuk kari pasti naik sampai rumah atas.
Masukkan sos tiram, kacau sebati
Masukkan kicap manis, kacau lagi.
Masukkan sedikit saja air (¼ atau ½ cawan) untuk mengurangkan kepekatan kicap. Tak perlu perasakan dengan garam lagi kerana kicap manis tu dah seimbang rasa.
Masukkan ikan goreng dan kentang goreng. Pelan-pelan kacau supaya kuah bersalut dan meresap dalam ikan.
Akhir sekali, campak masuk potongan tomato dan hirisan bawang holland. Kacau kilas seminit dua dah boleh ditutupkan apinya
Semangat merdeka mula terasa, imbauan nostalgia merdeka mula kembali segar di fikiran. Pastinya makanan antara yang menjadi ingatan. Ubi kayu, ikan masin dan segala sayur kampung itulah menjadi juadah hidangan makanan tengahari dan malam sebagai lapik perut ala kadarnya,dek kerana kesempitan hidup.
Kesusahan itulah juga menjadikan ramai ibu-ibu zaman awal kemerdekaan kreatif mengadun ramuan apa sahaja bahan di sekeliling rumah dijadikan sayuran atau lauk. Ikan di laut, disungai dan di tali air sawah sebagai juadah paling sedap ketika itu.
Hal ini diakui oleh Chef Sue Arukin, walaupun di zamannya, keperitan hidup tidak dilalui namun cerita ibu tetap menjadi ingatan untuk dititip kepada anak-anaknya generasi digital, serba serbi di hujung jari. Sudah tentulah sebagai chef resipi warisan bondanya turut menjadi kegemarannya dan sering disulam dalam menu harian bila mengidamkannya.
Istimewa untuk anda semua, berikut Chef Sue kongsikan lima resipi istimewa warisan keluarga yang dikatakan beliau cukup mengimbau kenangan zaman awal kemerdekaan bila sanak saudara berkumpul.
Anda yang ada nostalgia ini, semai semangat kemerdekaan dalam jiwa anak-anak melalui makanan seperti yang disediakan oleh Chef Sue Arukin warisan bondanya untuk sama-sama kita kongsi.
Lauk asam pedas yang diletakkan kelapa bakar boleh dikatakan sebagai lauk yang jarang-jarang ditemui pada hari ini. Cuba korang buat asam pedas macam ni. Sedap sangat. Boleh cuba masak untuk berbuka puasa nanti.
ASAM PEDAS TENGGIRI KELAPA BAKAR
BAHAN-BAHAN
2 keping ikan tenggiri
3 tangkai daun kesum
4 sudu besar kerisik
1 liter air asam jawa
4 tangkai bendi
Garam secukup rasa
Minyak masak (untuk menggoreng dan menumis)
Kepingan kelapa (dibakar atas api seketika)
BAHAN A
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
15 tangkai cili kering
BAHAN B
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
CARA MEMBUAT
1. Ikan digoreng terlebih dahulu. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dalam periuk. Bahan A ditumis sehingga separuh garing. Masukkan air asam. Biarkan mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan ikan yang sudah digoreng tadi, kelapa bakar, daun kesum dan bendi.
3. Panaskan kuali, tumis bahan B dengan kerisik sehingga garing. Campurkan ke dalam periuk. Masukkan garam. Biarkan 2 minit sebelum matikan api.
4. Sedia dihidang.
Ikan siakap selalu kita buat masak stim. Ada juga yang buat siakap tiga rasa. Jadi, apa kata kali ni kita cuba buat siakap masak pedas. Rasanya memang sedap dan berbeza dengan tiga rasa. Nak tahu macam mana rasanya, kenalah korang cuba buat.
SIAKAP MASAK PEDAS
BAHAN-BAHAN
• Ikan Siakap (digaul dengan tepung beras, garam, kunyit dan digoreng garing).
• Minyak masak
BAHAN RACIK
• 1 biji tomato
• 2 batang serai
• 1 biji bawang holland / bawang besar.
• 3 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 7 biji cili api (bergantung pada tahap kepedasan diingini)
BAHAN SOS
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos tiram
• 1 sudu besar sos ikan
• 1/2 sudu besar kicap cair
• 1/2 sudu besar kicap pekat
• Sedikit cuka
• 2 helai daun limau purut
CARA MEMBUAT
1. Tumis Bahan Racik kemudian masukkan Bahan Sos.
2. Letakkan sedikit air kalau nak berkuah. Tunggu kuah pekat sikit, baru rasa.
3. Kalau kurang masin atau kurang manis boleh letak gula dan garam.
4. Gaul sekejap, tutup api dan tuangkan kuah ke atas ikan siakap yg telah digoreng.