Masakan bergoreng kalau dipadankan dengan sambal pedas giler ni memang menambah nasi. Sambalnya lebih kurang seperti sambal penyet cuma tidak ada tomato sebaliknya menggunakan air perahan lemon. Sangat power untuk kamu yang sukakan pedas!

RESIPI SAMBAL PEDAS GILER

Resipi Sambal Pedas Giler, Sedap Makan Bersama Ikan Atau Ayam Goreng. Memang Power!
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 2 biji sederhana bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 cawan cili padi (ikut kepedasan masing2 ye)
  • 1 cawan cili besar
  • Segenggam ikan bilis
  • 2 inci belacan
  • Perahan lemon @limau agak2 secukup rase (optional if asam jawa dah masam no need)
  • Saya letak asam jawa sikit kurang masam asam jawanya. Gantikan lemon sikit secukup rasa.
  • Garam dan Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Potong bawang besar dan bawang putih dan cili
  2. Tumiskan semua bahan diatas sehingga naik bau dan layu. Kecuali garam, gula dan Asam jawa dn perahan lemon.
  3. Kisar semua bahan (jangan sampai hancur, nak tumbuk pun boleh) saya buat banyak jadi kisar jer.
  4. Tumiskan bahan kisar bersama minyak sekali lagi,
  5. Masukkan asam jawa, biarkan sebentar bila dah naik minyak masukkan garam dan gula secukup rasa perah sedikit lemon, biarkan sebentar.
  6. Siap!

Resipi Sambal Pedas Giler, Sedap Makan Bersama Ikan Atau Ayam Goreng. Memang Power!

IKLAN

Kongsi resipi: Nadia Aziz

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI