Sarapan pagi nanti teringin nak makan kuih tradisi. Biasa makan lepat pisang, jadi kita tukar angin buat lepat jagung pula. Tak perlu susah-susah nak cari daun pisang untuk membungkus, boleh guna kulit jagung untuk rasa lebih sedap dan wangi.
Lepat jagung
2 tongkol jagung sagat 1 tongkol jagung dihiris 3 cawan santan 1 cawan tepung beras 1/2 cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung jagung 1/2 cawan gula pasir sedikit garam. kulit jagung untuk membungkus lepat.
Ads
Cara memasak: 1. Semua bahan di atas dimasak sehingga pekat. Jangan sampai masak pulak. 2. Apabila sudah likat angkat dan bolehlah dibungkus. 3.Ambil 1 sudu makan, masukkan ke dalam kulit jagung lipat bagi kemas. Buat sehingga habis. 4.Panaskan pengukus. Kukus lepat dalam 20 minit.
Rasa macam nak masak yang istimewa hari ni. Bukan untuk siapa pun hanya untuk keluarga nikmati. Jom kita buat Nasi Hujan Panas dan Ayam Masak Merah. Moga resipi yang dikongsi oleh SuiSan Aliezsha dapat dimanfaatkan semua.
NASI HUJAN PANAS
Bahan untuk nasi:
Beras basmathi (cuci toskan,saya buat 3 pot kecil untuk 3 orang makan )
Bawang merah,bawang putih,halia ( hiris)
Daun pandan
4 sekawan
3 sudu makan minyak sapi (agak-agak je tak cukup tambah)
Susu cair (tiada sukatan saya agak-agak je,kalau korang masak lebih beras letak lebih sikit susu)-BELI ONLINE DI SINI
Kismis dan kacang gajus
Cara memasak:
1.Masukkan beras ke dalam periuk nasi,kacang gajus dan kismis (ketepikan).
2.Panaskan kuali masukkan minyak sapi,penumis,bahan-bahan hiris,daun pandan.
3.Goreng sehingga kekuningan.
4.Masukkan air dan susu cair,sedikit garam.
5.Bila mendidih masukkan ke dalam periuk nasi, masak nasi seperti biasa,dah suam titiskan pewarna. Bila betul-betul masak baru dikaut guna garpu.
AYAM MASAK MERAH
Bahan untuk ayam
Ayam goreng gaul kunyit
Cili kering,halia,bawang putih,bawang besar dan tomato ( kisar)
Serai (dititik)
Sos cili
Bawang besar,hirisan tomato dan daun sup sebagai hiasan.
Cara memasak:
1.Tumis cili,masukkan serai tumis sehingga naik minyak
2.Masukkan sos cili dan sedikit air,masukkan gula perang,garam.Pastikan secukup rasa.
3.Masukkan hirisan bawang besar.
4.Masukkan ayam dan tomato. Kacau sebatikan, akhir sekali daun sup.
5.Siap untuk dihidang
Selamat mencuba.
Kredit : SuiSan Aliezsha
NAK DAPATKAN PERALATAN MEMASAK YANG BARU? KLIK SINI
Sekarang dok tular Nasi Ayam Kunyit, apa kata kreatif sikit, kita padankan Ayam Goreng Kunyit dengan nasi goreng. Maka jadilah Nasi Goreng Ayam Kunyit, menu sempoi terlajak sedap. Sesuai sangat dengan orang bujang, tak pandai masak pun gerenti boleh buat punya. Resipi ni hanya ambil masa 15 minit, dah siap boleh makan. Gerenti sedap, puas hati dan tak payah tukar baju, keluar rumah dan buang minyak beli kat luar.
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam Kunyit:
100 gm isi dada ayam | gaul dengan garam dan kunyit
Sedikit hirisan kacang buncis
Sedikit hirisan lobak merah
1/2 biji bawang besar | hiris
1 ulas bawang putih | cincang
Sedikit hirisan cili padi dan merah
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Bahan Nasi:
1 mangkuk nasi putih
1 biji telur ayam
1 sudu makan sos tiram
Sedikit minya masak untuk menumis
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Panaskan minyak, goreng isi ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
LANGKAH 2 :Kemudian tumiskan bawang merah, putih, cili hingga wangi, diikuti sayuran.
LANGKAH 3: Masukkan semula isi ayam yang telah digoreng tadi dan perasakan dengan sedikit sos tiram.
LANGKAH 4: Untuk sediakan nasi goreng. Panaskan sedikit minyak pecah telur dan hancurkan.
LANGKAH 5: Masukkan nasi, diikuti dengan sos tiram.
LANGKAH 6: Gaul rata hingga cukup rasa dan hidangkan bersama ayam kunyit tadi.
Anda suka makan Popia Sira Sambal? Ni ada resipi mudah, sedap dan ringkas perkongsian saudari NoraFiza Kamarin yang boleh dicuba. Istimewanya resipi ni, sukatannya adalah untuk 50 biji popia. Sesuai sangat dijadikan sajian jamuan atau untuk jualan. Senang nak agak kalau dah ada sukatan macam ni. Jom cuba buat. Pasti puas hati.
RESIPI POPIA SIRA SAMBAL UNTUK KUANTITI 50 BIJI
BAHAN – BAHAN ( untuk 50 biji popia):
1 paket kulit popia( 50 keping)
1 biji sengkuang saiz sederhana
3 batang lobak merah saiz sederhana
2 sudu makan udang geragau
Sedikit serbuk perasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan sengkuang dan lobak merah kemudian sagat panjang-panjang. 2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Kemudian tumis sengkuang. lobak merah dan udang geragau. Perasakan secukupnya. Bila dah layu, angkat. 3. Tos dan sejukkan bahan tumisan tadi di dalam raga berlubang supaya lebihan air dari bahan-bahan tumis dapat dibuang. Jika inti tidak kering, kulit popia akan koyak dan tidak rangup.
4. Bila inti sudah kering, boleh mula menggulung. Sudukan inti diatas kulit popia dengan secukupnya. Pastikan tidak terlalu banyak.
5. Gulung popia jangan terlalu ketat atau padat. Sapu air pada hujung gulungan supaya gulungan tidak terbuka.
6. Panaskan minyak masak dan goreng popia menggunakan api sederhana.
7. Bila dah garing, toskan popia dan biarkan sejuk sebelum disira.
BAHAN SAMBAL SIRA ( 50 biji): 5 sudu makan cili kisar ( kisar: 10 tangkai cili kering + 1/2 labu bawang putih + air ( paras-paras bahan sahaja). Kisar halus & ambik 5 sudu makan dari bahan kisar ni.) 15 sudu makan @ 1 1/2 cawan kopi gula pasir 2 sudu makan sos cili 1 sudu teh serbuk perasa 2 sudu makan bijan 5 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak dan tumis cili kisar hingga pecah minyak. 2. Masukkan serbuk perasa, gula, sos cili dan bijan. Kacau hingga pekat dan berbuih. Pastikan masak guna api sedang sahaja. Jangan tambah air. 3. Bila sambal sudah pekat dan meletup-letup, matikan api dan biarkan suam.
4. Bila sambal sudah suam, masukkan popia goreng dan gaul sampai rata.
5. Susun popia di dalam dulang atau talam. Pastikan ia tidak bertindan atau bertindih-tindih. Ia bagi memastikan popia kekal rangup. Bila dan sejuk, barulah boleh disusun dalam bekas.
6. Sedia untuk dinikmati.
INFO: 1. Pastikan tidak memasukkan air di dalam sambal kerana sudah ada air dalam kisaran cili. 2. Gula memang guna lebih berbanding cili. Ia merupakan tip supaya popia kekal rangup. Sos cili pula bagi menghasilkan sambal yang cantik berkilat. 3. Pastikan sambal suam atau sejuk sebelum digaul bersama popia. Ia bagi memastikan popia tidak cepat lembik. 4. Bahan inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing seperti ayam, daging, udang, kubis atau tauge. Cuma pastikan inti di tos hingga kering sebelum digulung dalam kulit popia.
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...