Hampir seminggu disua dengan makanan tradisional, memang sedap tapi bila setiap hari muak jugakan? Kebanyakan restoran dan cafe masih tutup cuti raya.  Cara terbaik, masak sendirilah kita. Jommm western,

Lepas Raya Ni, Jom Western!

MEATBALL BLACK PAPER

BAHAN-BAHAN:

BEBOLA DAGING:

  • 500 gram isi daging | kisar
  • 4 sudu makan | mentega
  • 2 biji bawang besar | cincang halus
  • 5 ulas bawang putih | cincang halus
  • 5 sudu makan serbuk roti
  • 2 sudu makan lada hitam
  • 2 sudu makan serbuk lada putih
  • 1/2 sudu makan serbuk mixed herbs
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji telur
  • Sedikit Italian Herbs
  • 3 sudu makan  susu cair
  • Sedikit minyak  masak | untuk menggoreng

BAHAN SOS PERANG:

IKLAN
  • 500 ml air
  • 5 sudu makan serbuk sos perang segera
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam kasar
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 ulas bawang merah | cincang halus
  • 1 sudu mentega
  • Sedikit kentang goreng | sampingan

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan mentega dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan ke dalam pengisar daging, bawang goreng, serbuk roto, lada hitam dan putih, mixed herbs, telur, Italian herbs dan susu.
  3. Kisar sehingga sebati.
  4. Keluarkan dalam mangkuk, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Bentukkan adunan daging menjadi seperti bebola (saiz ikut cita rasa).
  6. Setelah siap, goreng menggunakan minyak yang sedikit. Angkat dan toskan.
  7. Sediakan sos perang pula, panaskan mentega dalam kuali.
  8. Tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi. Masukkan bacuhan sos perang dengan air.
  9. Kacau hingga kuah menjadi pekat, kemudian, masukkan serbuk lada hitam.
  10. Apabila kuah pekat, tuangkan atas daging bebola daging.
  11. Hidangkan bersama kentang goreng.

Lepas Raya Ni, Jom Western!

SPAGETI MEATBALL MOZA

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket spageti | rebus hingga masak
  • 6 ulas bawang merah | cincang
  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 2 biji tomato | potong dadu
  • 500gm daging kisar
  • 1/2 batang lobak merah | potong dada halus
  • 4 biji cendawan butang | potong dadu
  • 250gm puri tomato
  • 250gm sos tomato
  • ½ cawan susu segar
  • 1 cawan air
  • Sedikit Italian Herbs
  • 1 kium stok daging lembu
  • 100gm mozarella
  • 10 biji meatball
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Goreng meat ball hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian tumiskan, tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
  3. Masukkan daging kisar, terus kacau hingga daging bertukar warna keperangan.
  4. Seterusnya masukkan hirisan lobak merah, cendawan butang dan tomato.
  5. Setelah sayur layu masukkan sos dan puri tomati, air dan susu, Kacau hingga sekata.
  6. Apabila mendidih masukkan Italian Herbs dan stok daging lembu.
  7. Tambahkan sedikit garam jika tidak masin.
  8. Biarkan kuah mereneh atas api perlahan hingga kuah pekat.
  9. Masukkan spageti dalam pinggan hidang, tuangkan kuah balognes di atasnya.
  10. Akhir sekali taburkan keju mozarella di atasnya dan tambah meat ball. Kemudian masukkan dalam ketuhar gelombang selama dua minit untuk mencairkan keju.
  11. Sedia dihidangkan panas-panas.

 

IKLAN

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI