Tengok gambar sahaja dah boleh rasa kesedapan Sambal Belacan ni. Menurut empunya resipi; saudari Nurulain Insyirah ada petua untuk mendapatkan rasa sambal belacan yang sedap. Kalau ikut cara ni, InsyaAllah hasilnya pasti tidak menghampakan. Bolehlah buat stok. Tahan lama kalau simpan dalam peti sejuk. Nak tahu caran buat Sambal Belacan sedap? Ini rahsianya.
PETUA BUAT SAMBAL BELACAN YANG SEDAP
Untuk menghasilkan Sambal Belacan yang enak, ada 4 tip yang boleh dicuba.
1. Bakar belacan sekejap supaya sambal jadi lebih beraroma. 2. Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam. Ia adalah petua supaya Sambal Belacan tahan lama. 3. Limau kasturi yang dikisar bersama kulit (pastikan biji dibuang) akan membuatkan sambal jadi lebih wangi dan sedap. 4. Semasa mengisar, guna beberapa biji cili api yang masih bertangkai. Ia adalah petua supaya tidak sakit perut apabila makan sambal.
Ads
RESIPI SAMBAL BELACAN PADU
BAHAN-BAHAN: 6 biji limau kasturi – dibuang biji 50gm belacan yang telah dibakar – beli online disini 3 biji cili merah 1 biji cili hijau 8 biji cili padi hijau 25 biji cili padi merah 100ml air asam jawa pekat – beli online disini Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1.Satukan limau kasturi, belacan, cili merah, cili hijau, cili padi merah, cili padi hijau dan air asam jawa. Kisar kasar. 2. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya. 3. Untuk menyimpannya, masukkan ke dalam bekas bersih, tutup rapat dan simpan dalam peti sejuk. 4. Jika ingin menyediakan Sambal Belacan dalam kuantiti yang banyak, boleh gandakan sukatan bahannya.
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi membuat tepung goreng pisang yang gerenti rangup dan sedap. Resipi ini dikongsikan oleh surirumah, Rafidah Zainul di laman facebooknya. Siap ada bijan. Bolehlah kita try buat.
CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk, masukkan tepung beras, tepung rangup, bijan, garam dan gula.
2. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
3. Bancuhan cair sahaja, asalkan bersalut pada pisang.
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak masak.
2. Celup pisang pada bancuhan.
3. Goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan.
Terasa nak makan kari tapi tercari-cari resipi yang paling mudah? Ha..Ini dia resipi yang anda perlukan. Sangat simple dan tak renyah. Malah bahan-bahan yang digunakan pun senang nak sediakan. Nampak sedap! Jom cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni.
KARI IKAN SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan sardin/selayang – boleh juga guna ikan tongkol, senangin
1 biji kelapa parut – kisar dengan 4 cawan air & ambil santannya
Bendi secukupnya
Tomato secukupnya
2 senduk minyak untuk menumis
BAHAN TUMIS:
1 biji bawang besar – hiris nipis
5 ulas bawang putih – hiris nipis
1 inci halia – hiris nipis
1 sudu teh halba campur – boleh abaikan
BAHAN PES (SATUKAN & JADIKAN PES):
2 paket kecil rempah kari
1 paket kecil serbuk cili
1 ½ keping asam gelugur
3 tangkai daun kari
1 sudu makan garam
1/2 sudu teh gula
Sedikit perasa
1 ½ cawan air
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Masak hingga wangi.
2. Kemudian masukkan daun kari serta pes.
3. Masak pes tadi sehingga betul-betul masak, pecah minyak dan rempah bertukar warna.
4. Seterusnya masukkan santan. Kacau dan biarkan mendidih.
5. Bila kuah dah mendidih dalam 2-3 minit, masukkan ikan, hirisan tomato serta bendi.
6. Setelah kari mendidih sekali lagi, masukkan garam, gula dan perasa ikut citarasa.
Ramai yang suka makan piza. Tahu tak piza ni kalau korang kreatif, boleh buat kat rumah. Sebenarnya ada cara senang nak buat piza. Jadi lepas ni sesiapa yang suka makan piza, boleh cuba buat sendiri tau. Tak perlu kelengkapan macam chef pun. RASA kongsikan cara buat piza dengan mudah. Tak perlu uli pun. Hanya tekan-tekan dengan tangan saja.
DOH PIZA TANPA ULI
Doh piza.
BAHAN-BAHAN
500 gram bread flour (tepung gandum pun boleh).
350 – 370 gram air
1 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar gula
1 sudu besar yis
2 gram pelembut roti
BAHAN TOPPING
Sedikit keju mozarella
Peppercorn
pizza fb.
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan. Masukkan dalam bekas bertutup yang dah disapu minyak. Tutup dan setiap 30 minit tarik dan lipat doh (stretch and fold). Buat 4 set. Tangan basahkan dengan air terlebih dahulu.
2. Sapu piza pan dengan mentega atau minyak masak. Tekan-tekan doh guna tangan sehingga memenuhi pan.
3. Cucuk bahagian tengah piza dengan garpu. Doh memang lembik (high hydration).
4. Sapukan sos piza dan tabur keju mozarella. Boleh tabur sikit pappercorns.
5. Perap setengah jam. Bakar suhu 180°C sehingga masak.
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...