Lempeng Inti@ Sambal Ikan. Sajian istimewa dari Terengganu yang yang makin sukar didapati. Ia adalah salah satu dari kuih tradisional lama yang sangat sedap dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Teringin nak cuba? Saudara Muliadi Ramliada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK: 1.Dalam bekas yang bersesuaian, campur semua bahan diatas kecuali air dan minyak masak. Gaul rata. 2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli doh hingga tidak melekat d ijari. 3. Rehatkan doh selamat 20 minit. Kemudian uli doh untuk kali kedua sampai tekstur doh menjadi licin.
Ads
4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bentukkan bulat. 5. Sapukan doh dengan minyak atau marjerin. Rehatkan doh selama 30 minit.
BAHAN B (INTI IKAN) 6 ekor ikan selayang – direbus dan ditumbuk 1/2 kotak kecil santan – beli online disini 3 biji bawang merah – dimayang 1/2 inci halia – dimayang nipis 6 biji cili padi 1/2 biji bawang besar – beli online disini 1/2 cawan air Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat inti, masukkan santan ke dalam air bersama air. Kacau sebati. 2. Kemudian masukkan ikan, bawang merah dan halia. Masak hingga kering atau lembap. 3. Masukkan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. 4. Masukkan juga cili yang dipotong nipis dan bawang besar. Masak sekejap dan tutup api.
5. Ambil doh tadi dan canai hingga nipis. 6. Letakkan inti dengan secukupnya dan lipat doh.
7. Panaskan kuali leper dengan api yang kecil. Letak sedikit minyak. 8. Goreng Lempeng Inti hingga kulitnya masak dan nampak keperangan.
Ada macam macam cara nak masak terung ni. Goreng-goreng taruh rencah memang terbaiklah. Ini dua resipi terung paling mudah untuk dibuat. Paling penting sangat sedap dimakan dengan nasi.
Masak Terung Berlada dan dan Terung masak tauchu, Berbaloi untuk dicuba…
TERUNG MASAK BERLADA
.
BAHAN-BAHANNYA :
3 batang terung panjang sederhana besar (terung bulatpun boleh)
Cili merah – 6-8 biji (boleh tambah 3-4 cili padi jika mahu pedas)
Bawang merah – 6 biji
Bawang putih – 4 biji
Bawang besar – Setengah/ 1 biji dihiris kasar (kalau mahu)
Sedikit ikan bilis atau boleh diganti dengan setengah kiub bilis (kalau serbuk dalam 1 sudu kecil)
Sedikit gula dan garam
#Bahan-bahan ini boleh disesuaikan banyaknya mengikut banyak mana terung yang dimasak. Practice and adjust will make perfect, insyaallah.
CARA MEMASAK :
1.Terung tersebut bolehlah dihiris menyerong atau menegak, kecil atau besar mengikut kreativiti masing-masing. Setelah dibasuh, terung digoreng dengan sedikit minyak atau boleh juga diibakar menggunakan kuali yang tidak melekat. Setelah masak, asingkan ketepi.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, kita bolehlah menumis bahan-bahan lain. Kalau minyak banyak, keluarkan dahulu sebahagian. Bawang merah, bawang putih dan cili merah ditumbuk atau dimesin kasar (jangan mesin terlalu hancur seperti mesin cili kering).
3. Tumiskan kesemua bawang tersebut, masukkan juga kiub ikan bilis/ ikan bilis dan bawang besar. Api jangan terlalu besar dan dikacau-kacau sehingga masak dan nampak sedikit garing. Bolehlah tambahkan garam dan gula secukup rasa. Semua bahan dalam kuali dikacau agar sebati dan akhirnya dimasukkan terung-terung tadi.
4. Gaul balikkan terung dan bahan tumisan dan masakan anda sudahpun selesai. Bolehlah dihidangkan buat keluarga tersayang.
2. TERUNG MASAK TAUCU
.
BAHAN-BAHAN:
3 biji terung potong serong
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
sedikit ikan bilis*
sedikit cili api*
3 sudu taucu.. cuci supaya hilang rasa masin..
garam
gula
CARA MEMASAK :
tumbuk bahan2 bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan taucu.. kemudian masukkan terung..
tumiskan sekejap.. tambah sedikit air.. garam dani dan gula..
masak hingga terung lembut..
sedia untuk dihidang..
INFO :
*Semasa memotong lihat juga kalau ada yang busuk di dalamnya dan perlu dibersihkan. Biasanya terung panjang jarang yang rosak, terung bulat yang mudah rosak di dalamnya
*Kami suka terung yang panjang kerana yang bulat sedikit keras jika tidak dimasak lama.
Kek Coklat Kukus ni memang sedap tau. Anda nak cuba? Saudari Noriza Awang Hamat ada kongsikan resipinya. Kek ni sangat-sangat moist dan sedap. Penambahan topping coklat dan juga taburan badam membuatkan rasanya lagi mantap. Bagi penggemar tegar kek coklat, silalah cuba resipi ni. Takkan menyesal punya.
1.Satukan serbuk koko, gula, minyak masak, susu cair dan susu pekat. Kisar (blender) hingga sebati dan ketepikan. 2. Pecahkan telur dan kisar juga hingga kembang. Ketepikan. 3. Dalam mangkuk besar, masukkan bahan yang dikisar tadi berselang seli dengan tepung yang telah diayak terlebih dahulu. Adun hingga sebati dan bercampur rata. 4. Jika nak lebih mudah, satukan semua bahan dan kisar sebati menggunakan blender. 5. Sapu marjerin atau mentega pada loyang saiz 8×8 terlebih dahulu dan tuang adunan kek tadi. 6. Panaskan air kukusan terlebih dahulu dan kukus adunan kek selama 1 jam atau sehingga masak.
7. Bila kek telah masak, sejukkan dan boleh tuang topping dan juga hiasan mengikut cita rasa.
BAHAN TOPPING COKLAT: Coklat masakan Sedikit marjerin / mentega – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Satukan coklat dan marjerin kemudian masak secara double-boiler. 2. Bila coklat telah cair sepenuhnya, tuang pada kek.
Makanan laut menjadi kegemaran semua. Buat yang meminati makanan laut, menu sotong pasti tidak dilupakan. Untuk kelainan daun limau purut ditambah bagi memberi rasa dan wangi kepada sambal sotong. Jika sotong kecil, ia lebih sedap dan rasa manis jika dimasak tanpa dipotong. Untuk mengelakkan sotong keras, jangan masak terlalu lama. RASA kongsi resipi yang mudah disediakan dan sedap.
SOTONG GORENG TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung ubi
2 biji putih telur
500gm sotong ] dihiris
2 biji kuning telur masin
2 tangkai daun kari
7 biji cili padi ] dicincang
3 sudu makan mentega
Gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Salut sotong dengan putih telur dan tepung ubi.
Panaskan minyak dan goreng sotong hingga separuh masak.
Masukkan daun kari, cili padi dan gula secukup rasa.
Kemudian masukkan kuning telur masin yang telah dikukus dan dicincang. terlebih dahulu,
Masukkan marjerin dan gaul rata. Goreng sehingga sotong menjadi rangup.
Angkat dan hidangkan.
JIU HU CHAR
BAHAN-BAHAN:
1 ekor sotong kembang | potong panjang
1/2 biji lobak merah | potong julliene
1 biji Benggala hijau |potong julliene
1/2 biji kubis | potong kasar
1 paket cendawan
BAHAN-BAHAN UNTUK MENUMIS:
5 biji bawang merah | hiris nipis
3 ulas bawang putih | hiris nipis
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
½ mangkuk air
1 sudu makan minyak masak untuk menggoreng
Sedikit garam dan gula
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan sos tiram, minyak bijan dan sedikit air.
3. Masukkan sotong, goreng sehingga lembut. Kemudian masukkan bahan-bahan lain seperti lobak merah, cili Benggala hijau, kubis dan cendawan.
4. Akhir sekali masukkan perasa seperti garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
SOTONG PERCIK
BAHAN-BAHAN:
7 ekor sotong saiz besar
500ml santan pekat
1 batang lobak merah | mayang halus
1 biji bawang besar | didadu halus
1 biji cili hijau | dicincang halus
1 helai daun kunyit | dimayang halus
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar Untuk Kuah:
1 biji cili merah | buang biji
15 biji cili padi
4 biji buah keras
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Cuci bersih sotong dan gaulkan dengan garam, kemudian toskan.
Campur dan gaulkan bahan yang dicincang, dihiris dan dimayang halus.
Kemudian sumbatkannya ke dalam perut sotong.
Masukkan bahan kisar di dalam kuali, perasakannya dengan garam dan gula secukupnya.
Seterusnya masukkan sotong.
Selepas lebih kurang tiga minit, angkat sotong dan ketepikan.
Masukkan pula santan ke dalam kuah tadi dan terus renehkan hingga kuah pekat.
Tuangkan kuah ke atas sotong tadi dan hiaskan di atasnya dengan daun kunyit yang telah dimayang halus.
Sedia dihidangkan.
SAMBAL SOTONG LIMAU PURUT
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong saiz XXL | dihiris bulat
3 helai daun limau purut | dihiris kasar
3 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan kicap pekat manis
1sudu makan air asam jawa
4 biji bawang merah | dikisar kasar
3 ulas bawang putih | dikisar kasar
2.5cm halia | dikisar kasar
1 batang serai |dititik
1biji bawang besar | dihiris bulat
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Bersihkan sotong kemudian tos dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar bersama serai hingga wangi.
Masukkan pula pes cili kering dan daun limau purut, kacau lagi hingga pecah minyak.
Seterusnya, masukkan sotong dan air asam jawa, kacau lagi hingga sotong layu.
Akhir sekali, lengkapkan rasa dengan kicap, garam dan gula secukupnya.
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...