Lokching atau Sate Ikan Thai ini memang tidak asing lagi anda yang tinggal di Kelantan dan negeri-negeri bersempadan dengan Siam. Ia merupakan snek ringan yang dihasilkan dari kisaran isi ikan, dibakar dan dinikmati bersama sos pedas atau manis. Memang sedap! Nak cuba buat sendiri? Jom cuba resipi perkongsian saudari Azieyan Azieyan ni. Memang imbau memori zaman kanak-kanak.

 

RESIPI LOKCHING / SATE IKAN THAI

 

BAHAN SATE:

  • 250gm isi ikan Selayang (sardin) mentah – kisar lumat
  • 100gm tepung ubi kayu / tepung kanji
  • 1/2 biji bawang besar – dikisar
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk perasa
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

CARA MEMASAK:

1. Satukan isi ikan bersama bawang besar dan kisar hingga lumat.

Cara Mudah Buat Lokching Sedap Secara Homemade.

Cara Mudah Buat Lokching Sedap Secara Homemade.

IKLAN

Cara Mudah Buat Lokching Sedap Secara Homemade.

2. Tuang ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan soda bikarbonat hingga sebati.

Cara Mudah Buat Lokching Sedap Secara Homemade.

Cara Mudah Buat Lokching Sedap Secara Homemade.

3. Cubit adunan dan bulat-bulatkan jadi bebola kecil. Penyetkan sedikit supaya sedikit leper.

IKLAN

Cara Mudah Buat Lokching Sedap Secara Homemade.

4. Panaskan minyak dan goreng bebola tadi sekejap sahaja. Angkat dan toskan minyak.

5. Cucuk bebola sate ikan pada lidi dan bakar sekejap. Celup dalam sos dan bolehlah dinikmati.

Cara Mudah Buat Lokching Sedap Secara Homemade.

TIP: Jika adunan terlalu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tidak melekat di tangan.

IKLAN

 

 

RESIPI SOS MANIS & PEDAS

BAHAN-BAHAN:

  • Cili kering secukupnya – kisar lumat
  • 4 ulas bawang putih – kisar lumat
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 sudu makan tepung ubi kayu/tepung kanji – dibancuh dengan 2 sudu makan air
  • 4 sudu makan gula atau secukupnya ( ikut citarasa masing-masing)
  • 1/2 sudu makan garam
  • Sedikit serbuk perasa
  • Sedikit pewarna merah
  • Lada burung ( cili padi) secukupnya – untuk sos pedas sahaja. Jika buat sos manis, tidak perlu letak.

CARA MEMBUAT:

  1. Tumis bawang putih dalam periuk tanpa minyak. Masukkan sedikit air.
  2. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Pewarna dimasukkan sedikit sahaja. Hanya untuk nampakkan warna pink. Kacau.
  3. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sos hingga mendidih.
  4. Biarkan sos sejuk dan sedia dihidangkan bersama lokching.
  5. Jika nak jadikan sos pedas, tambah lada burung dalam sos diatas.

 

Kredit resipi & foto: Azieyan Azieyan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI