Bagi yang rindu nak makan keropok lekor homemade yang sedap dan segar, bolehlah cuba resipi perkongsian saudari Noriah Abdullah ni. Hanya 4 bahan diperlukan dan sangat mudah. Ada resipi sos pencicah juga. Selamat mencuba!
CARA BUAT KEROPOK LEKOR HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan selayang (dibuang tulang) – ikan selayang juga dikenali dengan nama ikan sardin
1kg tepung ubi/kanji
4 sudu besar garam
1 sudu teh serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan kisar hingga hancur dan sebati.
Ads
2. Gentel doh membentuk bentuk keropok lekor. Saiz ikut citarasa.
3. Didihkan air dan rebus hingga keropok timbul. Angkat dan toskan airnya.
Ads
4. Boleh dinikmati secara rebus atau digoreng.
BAHAN SOS PENCICAH:
Ads
400gm cili kering yang dikisar
1/2 kg gula
1/2 botol cuka
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan ke dalam periuk. Masak menggunakan api sederhana sehingga gula larut.
Setelah sos kelihatan sedikit pekat, padamkan api dan sejukkan.
Masukkan ke dalam botol dan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
Nak buat biskut tapi malas nak menguli. Jangan risau cuba resipi viral 3 bahan ni bukan sahaja mudah tapi sedap gerenti anak-anak suka sebab rasa coklat koko krunch tu menarik perhatian! Jom cuba.
Mudah rupanya nak buat Dumpling goreng ni. Dumpling adalah antara salah satu sajian masyarakat Cinayang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Sedap, tidak terlalu berat dan enak dimakan panas-panas namun jika dibeli, harganya boleh tahan mahal. Tak puas makan. Jadi bagi anda suka sangat makan dumpling, resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni antara yang mudah. Semuanya dihasilkan sendiri dari kulit, inti hinggalah ke minyak cilinya. Jom lihat cara-cara penghasilannya.
CARA BUAT DUMPLING GORENG HOMEMADE
BAHAN INTI:
CARA MEMBUAT: 1. Ambil isi ayam. Kemudian cincang hingga hancur.
2. Campurkan kesemua bahan dan gaul rata. Biarkan seketika di dalam peti sejuk supaya perisanya menjadi mesra.
3. Pilihan sekiranya mahu rasa yang lengkap, boleh isi setitis dua minyak bijan.
BAHAN KULIT DUMPLING:
CARA MEMBUAT: 1. Satukan semua bahan dalam bekas dan gaul hingga menjadi doh.
2. Uli doh sehingga nipis dan tekap menggunakan cawan untuk mendapatkan kepingan kulit dumpling berbentuk bulat.
CARA MEMBENTUK DUMPLING: 1. Ambil kulit dumpling dan isikan inti ayam diatasnya. Tarik/renggangkan sedikit kulit dumpling dan tutup inti.
2. Tekap kulit dumpling menggunakan garfu sahaja.
3. Sediakan kuali leper dan panaskan sedikit sahaja minyak masak. 4. Masukkan dumpling dan biarkan ia sedikit masak kemudian curahkan sedikit air ke atas dumpling dan tutup kuali.
5. Biarkan air sehingga kering dan warna dumpling menjadi keemasan.
6. Sedia dihidang. Dumpling boleh dicicah dengan kicap cair atau chilli oil dan dinikmati bersama Teh O panas.
BAHAN MINYAK CILI (CHILLI OIL):
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak di dalam kuali kemudian tumiskan bawang putih cincang dan hirisan halia juga dicincang. 2. Bila bawang menjadi warna keemasan, padamkan api dapur dan masukkan serbuk cili kasar (chilli flakes) dan kicap pekat. 3. Taburkan secubit garam. Gaul sebati dan sedia dihidang bersama dumpling goreng.
Ni dia resipi tauhu berlauk paling sedap tau. Dikukus dahulu baru dicelop telur dan digoreng. Memang padulah rasanya. Korang boleh frozenkan kalau tak nak goreng sekarang.
Boleh jadi bekal anak ke sekolah, kalau korang nak bawa bekal ke pejabat pun okay ni. Terima kasih Norishah Nordin atas perkongsian resipi ni.
TAUHU BERLAUK SEDAP
BAHAN-BAHAN :
Kisar semua bahan dibawah:
CARA MEMASAK :
Sambal kicap Johor:
CARA MEMASAK :
Sedap weiii makan tauhu cicah sambal kicap ni.
Sumber : Norishah Nordin
Jum Like : Resepi Tutorial Terbaek
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Lasagna klasik Itali ialah hidangan pasta berlapis yang kaya dengan sos daging, béchamel dan keju. Ketahui sejarah, keistimewaan dan cara penyediaannya di sini.