Ayam Panggang Blackpepper memang antara perisa kegemaran bagi penggemar sajian ayam panggang. Di musim ayam serba mahal ini, jika terasa nak makan, lebih baik masak sendiri. Jika dibeli, seekor kecil sahaja saiznya namun harga boleh tahan. Memang tak cukup jika ahli keluarga ramai. Apa kata masak je sendiri. Lebih jimat & sedap! Anak-anak pun boleh makan dengan puas. Sangat berbaloi-baloi. Ni ada resipi Ayam Panggang homemade yang dikongsi oleh aaudari Ema HidaYah. Jom lihat cara-caranya. Selamat mencuba!
1. Satukan semua bahan rempah kemudian lumurkan pada ayam. Sebaiknya perap seketika supaya bahan rempah meresap ke dalam isi. Boleh juga letak ubi kentang, bawang atau sayuran.
2. Panaskan ketuhar pada suhu 200C. Bakar ayam selama 1 jam 30 minit atau hingga ayam masak sepenuhnya. Waktu memasak mungkin berbeza mengikut saiz ayam.
3. Jika suka, boleh tabur mix herbs selepas ayam masak. Memang harum dan enak. Isi pun empuk. Selamat mencuba!
Resipi Ayam Perap Mayo perkongsian dari saudari Ezani Hana Syafniza ni nampak sangat mudah dan sedap. Memang senang sahaja cara pembuatannya. Pasti jadi kegemaran anak-anak. Maklumlah lauk berasaskan ayam ni budak-budak memang suka. Jadi jomlah cuba. Anda pasti kagum dengan keenakannya.
Tak ada idea nak masak apa untuk suami dan anak-anak hari ni? Menu Mee KariChinese Style perkongsian Cik Puan Julieta ini antara hidangan mudah dan sedap yang boleh disediakan. Rasa kuah Mee Kari Chinese Style ini memang padu. Nampak gambar pun dah dapat agak rasanyanya yang sedap. Patutlah menu ni jadi kegemaran anak-anak beliau. Jom cuba. Anda pun pasti sukakan rasanya.
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak di dalam periuk. Goreng serai sebentar. 2. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Tumis hingga wangi dan keperangan. 3. Masukkan rempah kari yang telah dicampur dengan cili kisar. Masak lagi hingga pecah minyak. 4. Masukkan ayam dan kacau sebati hingga ayam separuh masak. 5. Kemudian masukkan santan dan asam keping. Biarkan kuah mendidih. 6. Perasakan dengan garam, gula dan perasa untuk seimbangkan rasa. 7. Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fishball. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap dalam tauhu kering. 8. Angkat dan sedia dihidangkan bersama mi, sambal dan bahan-bahan sampingan.
9. Untuk membuat sambal, rebus cili kering sehingga masak dan kembang. 10. Masukkan ke dalam pengisar bersama bawang. Kisar halus. 11. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. 12. Angkat dan sedia dihidangkan bersama Mee Kari.
Sambal ini jika betul masak hingga pecah minyak mampu bertahan sehingga 2- 3 minggu suhu bilik. Resipi kali ini hanya menggunakan cili merah kalau hendak pedas boleh tambah cili padi.
SAMBAL TUMIS BERLADA
BAHAN-BAHAN:
2kg Cili Merah
1/2kg bawang merah (dihiris nipis)
6 cm halia (dihiris nipis)
2 Sudu gula
Garam secukup rasa
1kg Santan (boleh guna santan kotak)
Ikan Bilis (anggaran 2 cekak)
Petai (kalau suka makan petai boleh letak)
CARA MEMASAK:
1. Cili merah di buang biji dan dihiris 3-4 bahagian. Kalau boeh potong bahagi 2 lagi untuk pendekkan. Didihkan air anggaran separuh cili tenggelam.
2. Didihkan sehingga cili lembut. Anggaran 1/3 air kering
3. Masukkan santan, bawang & halia yang dihiris nipis. Masa ini kalau hendak letak ikan bilis pun boleh.