Peminat kuetiau kena cuba buat sendiri kuetiau. Tak susah pun buatnya.
Cuma bancuh dua jenis tepung kemudian dikukus.Selain beli,sebenarnya boleh
buat sendiri saja kuetiau ni.Bancuh dua jenis tepung iaitu tepung beras dan
tepung ubi saja.Selepas ni tak payah beli, buat je sendiri.
Dah tahu buat sendiri senang nak masak char kuetiau, ladna, kungfu
atau goreng mamak style ke, semua boleh. Dikongsikan cara membuatnya.
KUETIAU HOMEMADE
Bahan-bahan:
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung beras
Sedikit minyak sayuran
1 1/2 cawan air
Loyang untuk mengukus
CARA MEMBUAT
1. Sediakan alat kukus, saya guna kuali saja.
2. Satukan tepung beras, tepung ubi dan air. Kacau sehingga rata,
jangan sampai bergentel.
3. Sementara itu griskan loyang pengukus dengan minyak sayuran.
4. Tuang sesenduk adunan/ batter ke dalam loyang. Pastikan semua ruang loyang
dipenuhi adunan batter dengan menggoyang-goyangkan loyang tadi (guna senduk
lauk pun boleh).
5. Kemudian kukus sehingga masak lebih kurang 7-10 minit.
6. Biarkan sejuk kejap kemudian griskan permukaan kuetiau dengan
minyak sayuran tadi. Keluarkan dari loyang, susun bertindan
(ulangi proses ini hingga adunan selesai).
7. Sapukan permukaan pisau dengan minyak kemudian bolehlah dipotong mengikut
saiz yang diingini.
8. Siap.
TIP: :
Semasa memotong kalau pisau anda pendek boleh lipat dua lempeng kue tiau
supaya senang untuk dipotong. Yang saya buat ini tebal sikit. Boleh ditambah air
sedikit untuk lebih nipis.
Mudahkan! Selamat mencuba.
Kredit : Fiza Mh
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Masak Sampai Pecah Minyak, Rahsia Sambal Tempoyak Bilis Petai Jadi Sedap
Sedap, Cepat Masak. Resepi Sotong Masak Hitam Pedas Disukai Ramai
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=EojUfuKxzTc
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI