Daging karachi, menu masakan dari negara Pakistan. Masakan ini sangat popular di kalangan rakyat sana.
Mengikut menu asal, mereka menggunakan ayam (chicken karachi), tetapi resipi yang dikongsikan Al-sabbhy Ibn Bajauhy ini menggantikannya dengan daging.
Sangat enak dan lazat makan dengan nasi putih. Tak sedar dah tambah nasi putih tiga pinggan. Masakan ini tidak mengunakan air, sepenuhnya jus dari buah tomato asli.
DAGING KARACHI
Ads
BAHAN-BAHAN:
1kg daging lembu 1 ½ kg tomato (yang warna merah pekat) 200gm cili padi hijau | potong belah dua – beli online di sini 2 biji bawang besar | dihiris – beli online di sini Bawang putih | ditumbuk 2 inci halia | ditumbuk 150gm daun ketumbar | dipotong-potong 1 sudu teh kasuri methi (boleh cari di shopee/lazada) 4 sudu besar serbuk ketumbar 1 sudu besar serbuk jintan manis 2 sudu besar air mawar 1 sudu besar serbuk cili – beli online di sini 1 sudu teh serbuk kunyit – beli online di sini 1 sudu teh serbuk garam masalah Garam secukup rasa 4 biji kentang | dipotong-potong – beli online di sini
2. Kemudian, goreng dengan 2 cawan minyak masak. Guna api sederhana. 3. Selepas jus daging keluar, masukkan bawang dengan cili hijau. Gaul sampai rata. Masuk semua bahan rempah dan air mawar. Gaul lagi.
4. Masukkan tomato, kena sentiasa gaul untuk elak hangit. Makanan ini tidak mengunakan air. Hanya jus dari buah tomato sepenuhnya.
5. Tekan-tekan buah tomato untuk keluarkan jus. Masukkan kentang. Gaul rata. Biarkan mereneh sehingga kentang empuk. Siap untuk dihidang
Ads
*Kalau tak ada kauseri methi, boleh gantikan daun batang ketumbar. Potong halus-halus 3cm. Perapkan. Memang sedap baunya. Dah siap masak, potong 1 inci daun ketumbar. Tabur garnish atas makanan tu. Jangan letak daun sup/bawang.
Resipi ni asalnya dari masakan cina. Cara pembuatannya sangat istimewa dan rasanya juga lain dari yang lain. Bayangkan, kita minum teh panas sahaja dah rasa sedap dengan bau harumnya apatah lagi diperap bersama ayam yang di masak secara kukus. Resipi Ayam Asap Teh ini telah dikongsikan di Facebook oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan. Jom kita cuba resipi ni.
Resipi Udang Butter Nestum perkongsian saudari Rosni Musa ni memang nampak sedap dan membuka selera. Masak pula menggunaan udang bersaiz besar, memang lagi puas hati. Bagi anda yang ada stok udang dalam peti sejuk, boleh cuba resipi ni. Memang terbaik.
Melalui facebook, Azira Mamat berkongsi resipi sayur keladi yang lejen di group Rasa Share Resipi. Memang ini adalah salah satu makanan kampung. Tapi percayalah sayur keladi memang diminati ramai dan tetap disukai. Apatah lagi kalau ada sambal belacan.
SAYUR KELADI
BAHAN-BAHAN
1 kg batang keladi
2 ulas bawang putih (kisar halus)
1 ulas bawang merah (kisar halus)
1 inci kunyit hidup (kisar halus)
Cili padi (ikut tahap pedas yang dimahukan) (kisar halus)
Sedikit lada hitam (kisar halus)
Segenggam beras (rendam sekejap dan tumbuk)
Sedikit daun kesum
Sedikit asam keping
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Keladi dibuang kulit dan dipotong. Rendam sekejap dalam air.
2. Cuci bersih keladi biar hilang getahnya dan tidak gatal.
3. Rebus keladi. Masukkan bahan kisar halus.
4. Selepas mendidih, masukkan beras, daun kesum, asam keping dan garam.
5. Biarkan sehingga keladi empuk. Matikan api.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)