Kulit ubi kentang biasanya kita buang selepas dikupas, ataupun diletakkan pada tanaman untuk dijadikan baja.
Tapi rupanya kulit kentang ini masih boleh digunakan sebagai makanan. Mungkin ramai tak tahu ia sebenarnya boleh dijadikan kerepek rangup yang enak.
Bagi yang nak tahu rasa kerepek kulit kentang boleh gunakan resipi yang dikongsi Azz MyAg
Cara buat kerepek kulit kentang rangup
Bahan-bahan
Kulit ubi kentang
Garam
Tepung serba guna
Minyak masak
Cara membuat
1. Basuh dan sental ubi kental bersih-bersih. Kemudian kupas kulit dan asingkan.
Ads
2. Rendam kulit ubi kentang dengan air yang dimasukkan sedikit garam. Rendam selama 10 minit.
3. Air kulit kentang yang direndam akan jadi keruh, tos airnya. Rendam lagi sampai air bertukar jernih, tak perlu letak rendam untuk rendaman seterusnya. Selepas bersih, tos airnya.
4. Gaul kulit kentang ini dengan tepung serba guna. Perap dalam lima minit.
Ads
5. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan kulit kentang satu persatu supaya tak melekat. Goreng hingga garing, jangan sampai hangus.
Ada satu bunyi yang boleh buat kita terus kembali ke zaman kanak-kanak bunyi plastik kecil ditarik dari peti ais, digigit perlahan, kemudian rasa manis sejuk menyelinap ke seluruh mulut. Ya, itulah Aiskrim Malaysia. Tak perlu cone mahal, tak perlu mesin canggih. Cukup plastik panjang, air sirap, dan peti sejuk di rumah.
Aiskrim Malaysia bukan sekadar pencuci mulut. Ia adalah memori. Ia adalah hasil kreativiti orang dulu-dulu yang bijak mencipta kebahagiaan dengan cara paling ringkas. Menariknya, hingga hari ini, aiskrim Malaysia masih relevan malah semakin dicari, sama ada untuk nostalgia, jualan kecil-kecilan, atau konten media sosial.
Dalam artikel ini, kita akan kupas cara membuat Aiskrim Malaysia klasik, senarai bahan & peralatan, teknik penyimpanan yang betul, serta tip supaya aiskrim tahan lama dan rasanya konsisten.
Aiskrim Malaysia ialah aiskrim berasaskan air atau susu, dibekukan dalam plastik panjang kecil. Ia popular sekitar era 80-an hingga awal 2000-an, dijual di depan rumah, sekolah, atau oleh penjual basikal.
Antara perisa klasik yang masih digemari:
Ringkas, murah, dan mengenyangkan dahaga — itulah kekuatannya.
Untuk buat Aiskrim Malaysia, anda tak perlukan mesin aiskrim. Ini antara peralatan wajib:
Bergantung pada perisa, namun bahan asas biasanya:
Bahan-bahan:
Cara-cara:
Siap! Inilah versi paling klasik, sama seperti yang kita makan dulu.
Untuk versi lebih ‘lemak’ dan moden:
Bahan tambahan:
Tip penting:
Jangan terlalu banyak susu pekat — aiskrim boleh jadi terlalu keras bila beku.
Ramai tak sedar, cara simpan sangat mempengaruhi rasa dan tekstur.
Tip penyimpanan terbaik:
Jika disimpan dengan betul, Aiskrim Malaysia boleh tahan 2–3 minggu tanpa menjejaskan rasa.
Menariknya, Aiskrim Malaysia juga sesuai dijadikan bisnes dari rumah:
Dengan pembungkusan kemas dan perisa unik, ia boleh jadi produk nostalgia yang menguntungkan.
Aiskrim Malaysia mungkin kecil dan ringkas, tapi nilainya besar. Ia mengajar kita bahawa kebahagiaan tak semestinya mahal. Kadang-kadang, cukup dengan plastik panjang, rasa manis sejuk, dan kenangan yang tak pernah cair.
Dan mungkin, bila kita buat sendiri di rumah hari ini, kita bukan sekadar buat aiskrim — kita sedang menghidupkan semula satu warisan rasa.
Ramai kurang gemar isi dada ayam yang lebih berdaging. Oleh itu, dari tersimpan begitu sahaja dalam peti sejuk, boleh olah dan hasilkan Nugget Ayam Tempura homemade ni. Rasanya tentulah lebih sedap dari nugget sejukbeku yang dibeli di pasaraya. Kini, bolehlah hasilkan sendiri kudapan untuk anak-anak dan keluarga. Lebih bersih, lebih jimat , tiada MSG dan dijamin halal.
NUGGET AYAM TEMPURA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan hingga halus. ( boleh guna food processor jika ada. Jika tiada, boleh guna pengisar biasa.)
2. Ambil loyang bersesuaian dan sapukan sedikit mentega.
3. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama30 minit.
4. Setelah masak, keluarkan kek nugget tadi dari loyang.
5. Potong kek nugget mengikut saiz yang digemari.
6. Bancuh tepung serbaguna dengan air. Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat supaya nugget boleh disalut dengan sekata.
7. Celupkan nugget dalam tepung serbaguna dan goreng hingga garing.
Serbuk Colek memang sedap jika dicicah dengan jambu, mangga, nanas dan sebainya. Pedas-pedas manja, masin dan manis. Memang susah nak berhenti bila dah menjamahnya. Bagi anda yang suka makan Colek Buah, resipi Serbuk Colek perkongsian saudari Mariana Zainal ini boleh dicuba. Sesuai sangat buat stok di rumah. Selamat mencuba!