Sosej antara makanan sampingan yang sedap dimakan, tetapi jika kamu kerap makan sosej sejuk beku yang di jual di pasar raya, ia mungkin mempunyai nilai bahan pengawet yang tinggi dan tidak sesuai dinikmati oleh anak kecil. Cuba resipi viral yang dibuat secara homemade ni, memang bagus dan paling penting tiada msg!

SOSEJ AYAM BERSAYUR

Resipi Viral Pilihan Ramai, Sosej Homemade Sihat Tiada MSG.

Resipi Viral Pilihan Ramai, Sosej Homemade Sihat Tiada MSG.

BAHAN-BAHAN:

  • Sebiji ubi kentang
  • 4-5 ketul dada ayam
  • 2biji telor
  • Apa2 sayuran (saya letak daun sup + carrot)
  • Sebiji bawang besar
  • 4-5 ulas bawang putih
  • Sedikit lada hitam, lada sulah dan garam
  • Tepung ubi 4sudu bancuh dgn air stgh gelas

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan kesemua dan bland,
  2. Masukkan bahan2 tersebut kedlm plastik aiskrim ikat hujung kiri dan kanan
  3. Kemudian rebus dlm 10-15 min
  4. Goreng jika nak makan
  5. Yang lebih boleh simpan

Kredit resipi & gambar : Naa Rohzurina (MAHN)

 

SOSEJ HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 3 keping dada ayam berat agak2 200g setiap satu
  • Sebiji bawang besar atau bawang kecik pon boleh letakla 3 ke 4 biji
  • Cili kering 2 jika suka pedas saya tak letak nak bagi anak makan..
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit lada hitam jika suka
  • Sedikit garam
  • 2 biji telur
  • * 4 sudu tepung ubi
  • Sedikit serbuk oregano jika suka
  • Sedikit daun ketumbar -saya tambah sebab suka
  • Sayur sayur macam carrot mushroom jika suka..saya takda stok tak letak..saya tambah capsicum (cili benggala) sikit tu ja ada

CARA MEMASAK:

  1. Potong kecik2 ayam..dan bahan2 lain kecuali tepung ubi * kemudian masukkan dalam food processer..blend halus kesemuanya ..
  2. Kemudian masukkan dalam bekas dan tambah tepung ubi..
  3. Kacau sebati..
  4. Masukkan adunan ayam dalam piping beg.
  5. Kemudian paip masuk dalam plastik aiskrim atau boleh paip atas cling flim dan gulung ketat2 ..pintal kedua dua hujung ..sebab nak bentuk ala2 sosej kenn…
    Proses nak masukkan dalam plastik aiskrim tu kena sabaq jugak na sebab tak senang sangat sebab bila padat takda ruang udara susah nak penuhkan plastik eskim- sebab tu sosej kita pendek2 tu ja 🤣🤣🤣 heehe tapi takpa buat slow slow dah dapat rentak mudahla jadinya..buat sampai habis..
  6. Dah siap boleh la direbus atau dikukus lebih kurang 15minit atau sehingga masak ya…saya kukus..

TIP: kot kot..kalau yg tak mau kukus atau rebus pakai plastik ala2 health conscious bolehla frozen dulu bagi keras..then buang plastik baru rebus atau kukus…tapi saya rebus ja terus…sekali sekali ja nak buat..insyaAllah yakin😁…

Ok dah siap dah sosej kita..nak makan mcm tu saja pon bolih..nak grill sat pon boleh na..yang lebih tu bulihla nak frozen..
SELAMAT MENCUBA 😍

Kredit resipi & gambar: Liyana Isa‎

 

IKLAN

SOSEJ AYAM HOMEMADE

Resipi Viral Pilihan Ramai, Sosej Homemade Sihat Tiada MSG. Resipi Viral Pilihan Ramai, Sosej Homemade Sihat Tiada MSG.Resipi Viral Pilihan Ramai, Sosej Homemade Sihat Tiada MSG.

Bahan-Bahan:

Bahan A:

  • Isi ayam bahagian dada
  • Bawang
  • Telur
  • Carrot

+ Kisar kesemua bahan A

Bahan B:

IKLAN
  • 3 sudu tepung ubi
  • 1 sudu kecil garam
  • Lada hitam sedikit
  • Lada putih sedikit

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan-bahan A dalam bekas , dan gaulkan dengan tepung ubi 3 sudu + lada hitam + lada putih.
  2. Masukkan dalam plastik piping, dan picit masuk ke dalam plastik aiskrim.
  3. Ikat dan kukus selama 10 minit. Bila dah sejuk, buka dari plastik aiskrim dan sejuk bekukan. Bolehlah digoreng atau dimasak mengikut selera anda.

Resepi Oleh: Sabariah Hussain Kredit olahan resipi dan gambar: Nor Suhaida Nor Suhaida‎

GIANT SOSEJ HOMEMADE

Resipi Viral Pilihan Ramai, Sosej Homemade Sihat Tiada MSG.

Resipi Viral Pilihan Ramai, Sosej Homemade Sihat Tiada MSG. Resipi Viral Pilihan Ramai, Sosej Homemade Sihat Tiada MSG.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ketoi isi dada ayam
  • 1/2 cawan daun bawang
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 biji bawang holand
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji telor ayam
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Garam sesudu kecik

CARA MEMASAK:

  1. Semua bahan diatas dikisar lumat..
  2. Kemudian boleh bentuk sosej mengikut saiz yang anda sukai..
  3. Dah bentuk sosej..kemudian rebus sosej dalam masa 10 minit..
  4. Dah sejuk sosej yg direbus..boleh goreng..

Kredit resipi & gambar: qasehgaram

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI