Aneka agar-agar sering mengoda selera lebih-lebih lagi ketika cuaca panas. Lembut, sejuk selain warna warni dan kepelbagai rasa menjadikan ia sesuai dijadikan juadah pencuci mulut. Jika anda penggemar hidangan ini, apa kata anda sediakan sempena Aidiladha ni. Boleh buat awal dan disimpan lama dalam peti sejuk. Nikmatinya pada bila-bila masa yang anda suka. Lebih jimat dan terjamin kebersihannya. Malah boleh hidang juga dekat tetamu yang datang beraya. Selamat mencuba!

 

1. AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

8 Resipi Manisan Raya Mudah & Sedap Boleh Buat Guna Agar-Agar Tali.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 30gm agar-agar bertali
  • 2 mangkuk air
  • 2 biji telur
  • 1/2 kole / mug santan pekat
  • 1 1/2 cawan gula melaka + sedikit gula putih
  • Daun pandan
  • Secubit garam
  • Loyang

CARA MEMASAK:

1. Rendam agar-agar tali dalam air basuhan beras sehingga kembang. Toskan airnya.

2. Masak gula melaka bersama air secukupnya, gula putih dan daun pandan. JAdikan 1 cawan air gula yang agak pekat. Ketepikan.

3. Rebus agar-agar bersama air mengikut sukatan. Tambah sedikit garam. Biasanya jika guna 1 mangkuk agar-agar, sukatan airnya adalah 2 mangkuk. Masak hingga larut.

4. Satukan telur dan santan ke dalam pengisar dan pukul hingga kembang. Kemudian tuang ke dalam periuk agar-agar bersama air gula melaka.

5. Masak dan kacau sehingga adunan betul-betul nampak macam berkepala ( santan dan telur dah mulai pekat.)

6. Padamkan api dan tuang ke dalam loyang.

7. Sejukkan agar-agar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

8. Bila dah keras, boleh dipotong dan dinikmati.

Kredit resipi & foto: Jamal Dan Asmahan

 

2.  AGAR-AGAR CENDOL

BAHAN A : LAPISAN CENDOL

  • 750ml air
  • 170gm gula
  • 10gm agar-agar
  • 250ml santan
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Cendol secukupnya

BAHAN B: LAPISAN GULA MELAKA

  • 750ml air
  • 250gm gula melaka | diracik halus
  • 10gm agar-agar
  • 250ml santan

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Untuk menyediakan bahan AMasak air, gula dan agar-agar hingga larut.
  2. Satukan santan dan tepung jagung, kacau agar tidak bergentel.
  3. Tapiskan dan tuangkan ke dalam agar-agar.
  4. Masak sebentar hingga mendidih.
  5. Angkat dan biarkan suam baru masukkan cendol.
  6. Biarkan ianya keras.
  7. Untuk menyediakan bahan B.Masak air, gula melaka dan agar-agar hingga larut.
  8. Masukkan santan, kacau sebentar.
  9. Akhir sekali, tuangkan keatas lapisan cendol yang telah keras.

INFO CHEF:  Selain cendol anda boleh tukar dengan bahan lain seperti kacang merah atau jagung ikut citarasa ahli keluarga anda.

 

3. AGAR-AGAR LUMUT GULA MERAH

8 Resipi Manisan Raya Mudah & Sedap Boleh Buat Guna Agar-Agar Tali.

BAHAN-BAHAN

  • 18gm agar-agar tali
  • 1250ml air
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan gula – boleh kurangkan jadi 1 sudu jika suka kurang manis
  • 1 kotak santan
  • 1 cawan gula merah

CARA MEMASAK:

1. Didihkan air dan masukkan agar-agar tali. Biarkan hancur dan larut.

2. Kemudian masukkan gula merah, gula dan esen vanilla. Masak sehingga mendidih.

3. Dalam bekas lain, satukan santan dan telur. Kacau kemudian tuang ke dalam periuk. Masak selama 5 minit menggunakan api perlahan.

4. Kuatkan api sehingga naik buih. Padamkan api dan tuang campuran ke dalam loyang.

5. Sejukkan agar-agar dan boleh dipotong apabila mengeras.

Kredit resipi & foto: Tengku RosElyza Raja Muhammad

 

4. AGAR-AGAR KACANG MERAH

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 10gm agar-agar 
  • 250ml air
  • 750ml susu cair
  • 200gm gula pasir
  • 100gm kacang merah (rendam dan rebus hingga empuk)
  • Sedikit pewarna (jika suka)

CARA MEMASAK

  1. Kisar kacang merah yang telah di rebus. Ketepikan.
  2. Masak agar-agar, susu cair, air dan gula sehingga mendidih. Masukkan kacang merah.
  3. Masak hingga mendidih dengan api perlahan.
  4. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.

INFO CHEF: Anda boleh tukarkan susu dengan santan untuk rasa yang lebih lemak.

 

5. AGAR-AGAR ABC

BAHAN A:

  • 10gm agar-agar
  • 700ml air
  • 180 gm gula merah
  • 2 helai daun pandan

BAHAN B:

  • 30gm agar-agar
  • 1600ml air
  • 1 tin susu cair
  • 300gm gula
  • 1/2 tin krim jagung campur sedikit pewarna kuning
  • 100gm kacang merah campur sedikit pewarna merah jambu
  • 100gm cendol campur sedikit pewarna hijau

CARA MEMASAK:

  1. Satukan bahan A, masak hingga mendidih.
  2. Tapiskan dan tuang ke dalam loyang. Biarkan sejuk.
  3. Satukan bahan B(air, agar-agar dan gula),masak sehingga larut.
  4. Kemudian, masukkan susu, kacau rata.
  5. Angkat dan bahagikan kepada tiga bahagian(satu bahagian campurkan dengan krim jagung, satu bahagian kacang merah dan satu bahagian dengan cendol).
  6. Cakarkan permukaan A, tuangkan campuran jagung. Biarkan beku.
  7. Tuangkan pula lapisan cendol di atasnya dan biarkan beku.
  8. Akhir sekali, tuangkan lapisan kacang merah di atas lapisan jagung dan biarkan beku.

INFO CHEF: Campuran sedikit warna pada lapisan jagung, cendol dan kacang merah untuk memberikan seri warna pada agar-agar.

 

6. PUDING ROTI MARBLE

8 Resipi Manisan Raya Mudah & Sedap Boleh Buat Guna Agar-Agar Tali.

BAHAN-BAHAN:

  • 10gm agar-agar tali
  • 3 cawan air

BAHAN KISAR:

IKLAN
  • 4 keping roti | dicarik
  • 1 cawan susu cair
  • 1 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan marjerin
  • Beberapa pewarna pilihan

CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar tali bersama air hingga larut.
  2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk berisi larutan agar-agar. Masak hingga pekat.
  3. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan menggunakan pewarna pilihan.
  4. Tuang adunan yang telah diwarnakan tadi ke dalam bekas bersesuaian secara berselang-seli. Tuang perlahan-lahan.
  5. Sejukkan dalam peti sejuk. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Norlida Salleh

 

7. AGAR-AGAR KERING TRADISI

8 Resipi Manisan Raya Mudah & Sedap Boleh Buat Guna Agar-Agar Tali.

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm agar-agar tali 
  • 1kg gula batu
  • 3kg gula pasir
  • 5 liter air ( sukat dengan botol mineral 1liter )
  • Pewarna makanan

CARA-CARA:

1. Rendam agar-agar tali sekejap di dalam air supaya lembut.

2. Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan agar-agar tali yang sudah dibasuh tadi.

3. Didihkan dan masukkan gula batu dan gula pasir.

4. Masak guna api sederhana hingga agar-agar dan gula larut sepenuhnya.

5. Bahagikan cecair agar-agar kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan pewarna makanan.

Kredit resipi & foto: Auni Azalia

 

8. PUDING CINCAU BLUEBERRY

8 Resipi Manisan Raya Mudah & Sedap Boleh Buat Guna Agar-Agar Tali.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 20gm agar-agar tali
  • 5 1/2 cawan air 
  • 1 cawan gula
  • 1 tin susu cair/susu segar (anggaran 2 cawan)
  • 2 helai daun pandan – simpulkan
  • Cincau secukupnya – potong dadu kecil
  • Secubit garam
  • Pewarna blueberry emulco/blueberry oil base

CARA MEMASAK:

  1. Masak air bersama agar-agar hingga larut.
  2. Masukkan gula dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Perlahankan api.
  3. Ambil cecair agar=agar dalam 1 1/2 cawan dan tuang dalam bekas lain.
  4. Warnakan dengan pewarna blueberry. Gaul rata dan keraskan agar-agar dalam peti sejuk. Setelah keras, keluargkan dan potong dadu kecil.
  5. Susun cincau dan agar-agar blueberry yang dipotong tadi dalam loyang bersaiz 8×8. ketepikan.
  6. Besarkan semula api dan masak kembali lebihan agar-agar tadi.
  7. Tuang susu cair dan masukkan garam. Kacau hingga sebati.
  8. Ambil cecair agar-agar bersusu tadi dalam 3 cawan. Tuang perlahan-lahan dalam loyang berisi cicau dan agar-agar blueberry. Biarkan hingga sederhana beku.
  9. Warnakan lebihan cecair agar-agar di dalam periuk dengan pewarna blueberi. Tuang perlahan-lahan diatas agar-agar susu. Bekukan didalam peti sejuk.
  10. Setelah keseluruhan agar-agar keras, terbalikkan perlahan-lahan diatas bekas @ alas rata dan potong mengikut citarasa anda.
  11. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Zura Zul

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI