Sate Ayamni merupakan salah satu hidangan yang jadi kegemaran ramai. Jika keluarga besar dan ramai, sangat berbaloi andai dihasilkan sendiri. Risau hasilnya tak sedap? Jangan khuatir, boleh cuba resipi perkongsian Kiran Kiran ni. Sangat mudah dan dijamin puas hati. Lihatlah cucuk ayamnya, besar dan nampak enak sekali. Sekali makan, puas hati. Siap dengan resipi Kuah Kacang juga. Selamat mencuba!
CARA MASAK SATE AYAM YANG SEDAP & BERJUS. MUDAH JE RESIPINYA
BAHAN-BAHAN: 1 ekor ayam – ambil isi 1 sudu makan ketumbar – sangai (*) – beli online disini 2 sudu makan jintan manis – sangai (*) – beli online disini 1 sudu makan jintan putih – sangai (*) – beli online disini 1 inci halia (*) 1 inci kunyit (*) 3 biji bawang Holland (*) – beli online disini 1 labu bawang putih (*) 6 batang serai (*) 5 keping nise atau gula kabung – masak dengan segelas air – beli online disini 3 sudu asam jawa tanpa biji – beli online disini Gula dan garam secukupnya Lidi satay untuk mencucuk
CARA MEMASAK: 1.Potong isi ayam berbentuk kiub. Rangka ayam boleh dimasak gulai. Jika nak mudah, boleh beli dada ayam sahaja. Kemudian basuh dan toskan airnya hingga kering. 2. Sementara itu sangaikan ketumbar, jintan manis dan jintan kemudian kisar lumat semua bahan yang bertanda (*). 3. Dalam bekas besar, satukan isi ayam dan ramuan yang dikisar tadi. 4. Kemudian masukkan garam, gula, air nise @ gula kabung dan asam jawa. 5. Gaul rata semua bahan supaya tekstur isi ayam atau daging (jika nak campur) menjadi lembut dan mesra dengan rempah. 6. Perap semalaman atau sekurang-kurangnya 3 jam sebelum dicucuk dan dibakar.
Ads
RESIPI KUAH SATE
BAHAN-BAHAN: 1/2kg kacang tanah – goreng & kisar kering @ tumbuk – beli online disini 2 biji santan kelapa Serai – diketuk Air asam jawa secukupnya 6 keping gula nise (gula melaka) Garam dan gula putih biasa secukupnya (kuah kena mais baru sedap)
BAHAN KISAR HALUS: Bawang holland Cili kering Lengkuas Jintan manis Jintan putih
CARA MEMASAK: 1.Tumis kesemua bahan yang dikisar tadi kecuali kacang tanah dan serai hingga garing dan pecah minyak. 2. Kemudian masukkan santan cair dan kisaran kacang tanah. Biarkan mendidih sekejap. 3. Bila nampak sempurna, masukkan bahan-bahan lain dan ubah suai rasa ikut selera masing-masing. 4. Bila kuah kacang sudah pecah minyak, angkat dan hidangkan bersama sate.
TIP MASAK SATE YANG SEDAP & JUICY
1.Jika nak sate nampak kuning, boleh tambah serbuk kunyit bergantung pada selera masing-masing. 2. Air lebihan perapan jangan dibuang. Campurkan dengan segelas minyak untuk digunakan semasa membakar sate nanti. 3. Ketuk 2 batang serai, ikat dan celup dalam campuran minyak untuk disapu pada sate. Ia adalah salah satu rahsia sate yang dibakar tetap juicy. 4. Rajin-rajin balikkan sate supaya hasilnya cantik, tidak hangit dan hitam.
Asyik makan junk food bila menonton tv masa cuti ni. Beralihlah kepada cookies buatan sendiri, kan lebih mengujakan dan sedap dikunyah. Lebih best lagi boleh buat jualan untuk puasa nanti.
Tak payah tunggu raya pun biskut berperisa coklat mampu memuaskan keinginan anda untuk makan coklat. Lebih coklat dan koko lebih sedap biskut tu nanti. Ni min kongsikan 4 jenis biskut coklat yang sedap sungguh ni..
1.TART WITH CHOCOLATE FILLING
BAHAN-BAHAN :
250 gm mentega
60 gm gula aising300 gm tepung gandum | diayak
1/2 biji telur
120 kepingan coklat mini (mini bar)
Bahan hiasan :
Coklat urai hijau dan putih secukupnya.
CARA MEMASAK :
Pukul mentega dengan gula aising hingga kembang. Masukkan telur dan gaul rata.
Masukkan pula tepung dan adunkan menjadi doh.
Setelah doh menjadi lembut, masukkan kepingan coklat di dalamnya sebagai inti.
Bentukkan ikut suka, bulat-bulatkan.
Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit.
Saiz hidangan : 100 – 120 keping
Waktu memasak : 18- 20 minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Biskut
Keistimewaan : Inti coklat pasti memenuhi selera penggemar coklat.
INFO CHEF : Selain bar mini coklat susu biasa , anda boleh juga menggunakan bar coklat badam, gajus atau coklat lain kesukaan anda.
2. DAISY CHOCOLATE COOKIES
BAHAN-BAHAN :
250 gm mentega
110 gm gula aising
50 gm tepung ubi | diayak
20 gm serbuk coklat | diayak
300 gm tepung jagung | diayak
50 gm tepung kastad | diayak
1 sudu teh perisa coklat
1 biji telur
Bahan hiasan :
Manik gula warna perak secukupnya
CARA MEMASAK :
Pukul mentega bersama gula aising hingga kembang.
Kemudian masukkan telur, pukul rata.
Kemudian masukkan semua jenis tepung, adunkan menjadi doh.
Kemudian masukkan doh dalam acuan berbentuk bunga dan tekan di atas dulang pembakar yang telah digriskan dengan mentega.
Susun manik sebiji di atasnya.
Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celsius selama 15 minit
Saiz hidangan : 120 – 150 keping
Waktu memasak : 15 minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Biskut
Keistimewaan : Rasa penuh bercoklat
INFO CHEF : Biskut ini mudah rapuh dan lembut berderai kerana penggunaan tepung jagung dan kastad.
3. BROWNIES COOKIES
BAHAN- BAHAN :
200 gm mentega
300 gm tepung gandum | diayak
50 gm serbuk koko | diayak
100 gm perang
10 gm serbuk penaik | diayak
20 gm coklat cip
1biji telur
Bahan hiasan :
Cip coklat secukupnya
Coklat cair untuk dipaipkan atas biskut
CARA MEMASAK :
Cairkan mentega, kemudian masukkan gula perang dan telur.
Kemudian masukkan serbuk koko dan serbuk penaik, gaul rata.
Adunkan menjadi doh dan terap mengikut acuan yang disukai.
Hiaskan dengan cip coklat.
Panaskan oven dan bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 18 minit.
Sejukkan di atas redai, dan paipkan dengan coklat .
Saiz hidangan : 100 keping
Waktu memasak :18 – 20 minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Biskut
Keistimewaan : Brownies lembut kaya dengan rasa coklat
Anggaran kos : RM 50
INFO CHEF : Jika mahukan rasa yang rangup bakar lama sedikit 18-20 minit, dan jika mahukan rasa ‘chewy’ pendekkan masa membakarnya kepada 15 mini
4. ALMOND COFFEE COOKIES
BAHAN-BAHAN :
250 gm mentega
120 gm gula perang
400gm tepung kotak | jika ‘superfine’ tak perlu ayak
100 gm serbuk badam
50 gm serbuk coklat | diayak
20gm serbuk penaik
1 biji telur
1 sudu teh perisa kopi
100 gm hirisan badam
Bahan hiasan :
Coklat putih secukupnya
Hirisan badam secukupnya
CARA MEMASAK :
Pukul mentega bersama gula perang hingga kembang.
Masukkan telur diikuti dengan serbuk coklat.
Kemudian masukkan tepung, perisa kopi dan serbuk badam
Masukkan pula hirisan badam, adun sehingga menjadi doh. Hiaskan hirisan badam di atasnya juga.
Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit
Sejukkan dan paipkan dengan coklat putih sebagai hiasan.
Saiz hidangan : 120 – 150 keping
Waktu memasak : 18 minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Biskut
Keistimewaan : Gabungan rasa kopi dan badam yang sedap
INFO CHEF : Anda boleh juga menggunakan pes serbuk kopi menggantikan perisa kopi.
Pernah tak anda terjumpa tempe yang sudah bertukar warna coklat ketika mengemas peti sejuk?
Mesti anda menyangka tempe tersebut sudah rosak, namun sebenarnya ia masih lagi selamat untuk dimakan.
Menerusi perkongsian daripada Izzat Ibrahim, sebenarnya, walaupun tempe dah rosak kecoklatan, masih boleh dibuat makan. Umminya belajar dengan orang Indonesia.
Tempe kecoklatan itu tidak perlu dibuang. Sedang dalam tempoh kawalan pergerakan ni, kita makan apa yang ada. Kita sama-sama berusaha untuk #StayAtHome #DudukDalamRumah
Masa sedang masak ni Ummi sebut, “Kesian orang dulu-dulu, mereka susah. Walaupun dah rosak, mereka cuba tak buang. Selagi boleh dibuat makan, mereka akan makan apa yang ada.”
Anda suka makan Char Kuay Teow? Ya..Ini ada resipi untuk membuat kuah kicap, pes cili dan juga cara-cara masak menu ni secara homemade. Resipi perkongsian saudari Azrina Surono ni memang berbaloi untuk dicuba. Lepas ni bolehlah buat sendiri. Lebih bersih, diyakini halal dan sedap! Selamat mencuba.
RESIPI PES CILI, KUAH KICAP & CARA MASAK CHAR KUAY TEOW
RESIPI KUAH KICAP
1 liter air
6 ulas bawang putih -ditumbuk
1 kiub pati ayam
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
10 sudu makan kicap manis
3 sudu makan kicap sotong
2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan kecuali garam. Didihkan 20-25 minit.
Kemudian baru letakkan garam secukupnya. Untuk kuah kicap ni, biar kuah rasa masin sedikit.
RESIPI PES CILI
100gm pes cili
1 genggam udang kering – bersihkan
1 labu bawang putih
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan. Kemudian tumis sampai garing dan pecah minyak.
Bila dah siap, sejukkan dan simpan. Guna bila nak masak.
RESIPI MINYAK BAWANG PUTIH: (TIADA DALAM GAMBAR)
BAHAN-BAHAN:
1 labu bawang putih
1 cawan minyak masak
CARA MEMBUAT:
Kisar bawang putih dan rendam dalam minyak.
RESIPI CHAR KUAY TEOW
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan minyak bawang putih
1 sudu makan pes cili
1 senduk kuah kicap
Udang secukupnya – dibersihkan
Tauge & kucai secukupnya
Kuetiau halus
Telur
( boleh juga tambah kerang )
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak bawang putih dan goreng udang sebentar. Jika suka, boleh tambah isi kerang bila udang dah masak.
Masukkan pes cili. Kacau sebati.
Seterusnya masukkan kuah kicap. Jumlahnya boleh ditambah jika nak char kuay teow yang berkuah. Biarkan mendidih.
Dengan pantas, masukkan tauge, kucai dan kuetiau. Kacau cepat dan laju. Jangan lama sangat nanti kuah akan kering.
Pecahkan telur, padam api dan kacau laju-laju. Siap untuk dinikmati.
INFO:
Setiap kali buat set char kuay teow ni, masakan yang pertama mesti kena cuba dulu dan adjust masin, manis, pedas semua.sebab setiap bahan yang kita gunakan tak sama. Lain jenama, lain rasanya. Ubah suai rasa dalam kuah kicap tu. Tambah apa yang kurang. Bila dah ok masakan pertama, barulah senang nak masak yang seterusnya.
Udang ikut suka nak kopek kulit atau tak. Kalau kopek,kulitnya jangan buang tapi direbus dan masukkan airnya dalam rebusan kicap tadi.