Biskut Kelapa ni memang sedap. Ia adalah salah satu jenis biskut raya lama yang jadi kegemaran ramai tidak mengira usia. Resipinya sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan namun rasanya cukup sedap. Rangup, penuh rasa lemak kelapa bila dimakan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ziela Jamil ni. Sesuai dijadikan kudapan di Hari Raya Aidiladha nanti.
CARA MEMBUAT BISKUT KELAPA SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 cawan marjerin @ mentega – beli online disini
1 cawan gula aising – beli online disini
2 biji kuning telur
1/2 sudu teh pewarna kuning – beli online disini
2 cawan kelapa kering – beli online disini
1 cawan tepung gandum – beli online disini
3 cawan tepung jagung – beli online disini
BAHAN HIASAN:
Kuning telur
Kelapa kering
Ceri merah – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan marjerin@mentega bersama gula aising. Adun hingga kembang.
2. Tambahkan kuning telur bersama pewarna kuning. Adun lagi hingga sebati.
3. Dalam bekas berasingan, satukan kelapa kering, tepung gandum dan juga tepung jagung. Sebatikan.
4. Masukkan campuran kelapa kering tadi ke dalam adunan yang dipukul. Masukkan sedikit demi sedikit sambil diadun.
5. Uli doh hingga sebati. Canai adunan doh dan terap menggunakan acuan berbentuk bunga. Susun atas dulang pembakar.
6. Sapu kuning telur pada biskut, tabur sedikit kelapa kering dan hiaskan dengan potongan ceri merah.
7. Panaskan ketuhar pada suhu 160C dan bakar biskut selama 25 minit atau hingga biskut masak. Masa mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing.
Kredit resipi & foto: Ziela Jamil
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/koleksi-aneka-resipi-nasi-bersama-lauk-pauk-sedap-sempena-aidiladha/
Daging Kicap Paling Senang. Sesuai Untuk Yang Baru Belajar Masak
Resipi Rice Pancake Sedap Guna Lebihan Nasi. Hanya Guna 6 Bahan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Sambal Penyet 6 Bahan Paling Ringkas Dan Sedap
Sambal Penyet ni memang sedap dan boleh tahan lama. Sesuai dijadikan stok di dalam peti sejuk. Jika tiba-tiba teringin nak makan pedas, ceduk sahaja dan makan bersama ikan goreng, ayam goreng, ulam-ulaman dan juga nasi panas. Sangat membuka selera. Nak cuba? Saudari Zurina Zulkefli ada kongsikan resipinya. Jom try!
CARA BUAT SAMBAL PENYET SEDAP TANPA GUNA BANYAK BAHAN
BAHAN-BAHAN:
- 7 biji tomato merah
- 5 biji cili merah
- 20 tangkai cili padi merah
- 2 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit belacan
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan 1/2 cawan minyak masak di dalam kuali.
2. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga berbau wangi.
3. Kemudian masukkan tomato. Masak hingga lembik.
4. Seterusnya masukkan cili merah, cili padi dan belacan. Gaul sebati bersama tomato tadi.
5. Padamkan api dan biarkan bahan gorengan di dalam kuali menjadi suam.
6. Masukkan bahan bergoreng tadi ke dalam pengisar. Kisar jangan terlalu kerap bagi mengelakkan sambal menjadi terlalu halus. (INFO RASA: kalau nak tumbuk guna lesung batu pun boleh)
7. Sesudah dikisar, masukkan Kembali bahan kisaran ke dalam kuali. Masak lagi hingga warna sambal menjadi lebih gelap dan pecah minyak.
8. Perasakan sambal dengan garam dan gula secukup rasa.
9. Angkat, sejukkan sambal barulah disimpan dalam bekas bersesuaian.
10. Sambal Penyet ini sedap dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng.
Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli
Sambal Penyet lebih mudah dikisar menggunakan PENGISAR KERING. Boleh dapatkan DISINI mengikut bajet anda.
Nak beli LESUNG BATU? Pun boleh beli online DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Aneka Resipi Telur Dadar Yang Diolah. Lebih Sedap & Mudah Masak.
Resipi Sup Telur Chinese Style. Simple, Jimat & Sangat Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
20 Resipi Biskut Raya Tradisi Kegemaran Orang Tua Dulu-Dulu.
Biarpun terdapat deretan biskut moden yang berwarna-wani serta rasa disajikan di meja hidangan, biskut raya tradisi seperti Biskut Bangkit, Biskut Buah Kana, Biskut Kacang Tanah dan sebagainya tetap menjadi pilihan. Khas buat anda, RASA kongsikan aneka resipi biskut raya tradisi yang boleh dihasilkan sempena raya ni. Selamat mencuba!
1. BISKUT KACANG HIJAU
BAHAN-BAHAN:
- 110gm marjerin | dicairkan
- 100gm tepung gandum | diayak
- 75gm tepung jagung
- 45gm gula halus
- 1/2 cawan kacang hijau | tumbuk halus
- 1 sudu teh esen vanila
- 2 biji kuning telur
- Sedikit pewarna hijau
- Sedikit putih telur | hiasan
CARA MEMASAK:
- Pukul telur bersama gula. Apabila sebati, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan kacang hijau tumbuk. Gaul rata.
- Masukkan marjerin dan esen vanila sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan sebati dan tekstur doh seakan boleh dicanai.
- Canai adunan doh dan terap menggunakan acuan kegemaran. Susun biskut diatas dulang pembakar yang telah disapu sedikit marjerin.
- Bakar biskut dalam ketuhar pada suhu 160C selama 15-20 minit atau sehingga biskut masak.
Info chef: Jika adunan terlalu lembik, tambah sedikit tepung. Jika adunan terlalu keras, tambah sedikit marjerin.
2. BISKUT BUNGA KACANG TANAH
BAHAN-BAHAN:
- 185gm marjerin
- 250gm tepung gandum
- 185gm tepung jagung
- 95gm gula halus
- 60gm kacang tanah tumbuk
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 biji telur kuning | hiasan
- Sedikit kacang tanah | digoreng untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Pukul telur bersama gula. Kemudian masukkan marjerin namun jangan dipukul hingga kembang.
- Masukkan tepung gandum, tepung jagung, kacang tanah tumbuk dan esen vanila. Gaul rata hingga sebati.
- Keluarkan doh dari mangkuk adunan dan canai sederhana tebal.
- Terap doh mengikut acuan kegemaran dan susun di atas loyang pembakar.
- Sapu telur kuning diatas biskut dan hiaskan dengan kacang tanah goreng.
- Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.
- Sejukkan dan simpan di dalam balang kedap udara.
3. BISKUT BIJAN
BAHAN-BAHAN:
- 100gm marjerin
- 120gm tepung gandum
- 70gm gula kastor
- 40gm tepung kastad
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu teh esen vanila
- Bijan dan kuning telur secukupnya | hiasan
CARA MEMASAK:
- Satukan mentega, gula, kuning telur dan esen vanila. Kacau hingga rata.
- Masukkan kesemua tepung. Uli hingga sebati.
- Canai dan terap dengan acuan yang bersesuaian.
- Sapu kuning telur dan taburkan bijan sebagai hiasan.
- Bakar di dalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 160C.
Info chef: Biskut hendaklah disejukkan sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam balang bagi mengelakkan ia menjadi lemau.
4. BISKUT DURIAN BELANDA
BAHAN-BAHAN:
- 375gm tepung gandum
- 200gm marjerin
- 75gm gula halus
- 1 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- Sedikit pewarna hijau
- Jem nanas secukupnya
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Setelah itu masukkan telur serta esen vanila. Pukul hingga sebati.
- Masukkan pewarna hijau. Serta tepung gandum. Gaul lagi sehingga adunan rata.
- Ambil adunan dan leperkan. Kemudian isikan jem nanas didalamnya. Bentukkan seperti bentuk buah durian belanda.
- Sapu permukaan biskut yang telah dibentuk tadi dengan kuning telur. Sususn di atas dulang pembakar dan biarkan selama 20 minit.
- Dengan menggunakan gunting bermuncung tirus, gunting permukaan kuih membentuk seakan duri buah durian belanda.
- Bakar biskut pada suhu 160C selama 20-25 minit.
Info chef: Jika suka, boleh mencucuk bunga cengkih pada kuih bagi membentuk tangkai buah durian belanda.
5. BISKUT BUAH KANA
BAHAN-BAHAN:
- 150gm gula halus
- 175gm marjerin
- 300gm tepung gandum
- 1 biji kuning telur
- 1/4 sudu teh serbuk penaik
- Sedikit esen vanila
- 2 sudu makan serbuk koko
- Sedikit jem
CARA MEMASAK:
- Ayak tepung bersama serbuk penaik. Ketepikan.
- Pukul mentega bersama gula sehingga putih. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga kembang.
- Masukkan esen vanila dan serbuk adunan. Pukul hingga rata sambil dimasukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli hingga sebati.
- Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan buah kanan. Ketuk acuan bagi mengeluarkan kuih dan susun di dalam dulang pembakar.
- Bakar pada suhu 160C selama 15-20 atau sehingga masak.
- Apabila biskut telah sejuk, sapukan jem dan cantumkan. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Pastikan acuan buah kana ditabur sedikit tepung bagi memudahkan kuih dikeluarkan dari acuan.
6. BISKUT BUNGA CINA
BAHAN-BAHAN:
- 185gm tepung gandum
- 190gm gula halus
- 95gm marjerin
- 30gm tepung jagung
- 1 sudu teh esen vanila
- Sedikit kismis hitam | hiasan
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dan gula halus sehingga berkrim. MAsukkan esen vanila dan kacau rata.
- Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan gaul sehingga adunan sebati.
- Isi adunan ke dalam acuan. Terapkan bentuk bunga di atas dulang pembakar. Hiaskan dengan kismis.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga masak.
7. BISKUT SUJI
BAHAN-BAHAN:
- 125gm minyak sapi
- 125gm gula halus
- 250gm tepung gandum
- Ceri merah secukupnya | dipotong kecil
CARA MEMASAK:
- Pukul gula halus dan minyak sapi sehingga hancur dan putih.
- Setelah itu masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan tidak melekat.
- Bentukkan adunan menjadi bulat dan hiaskan ceri merah diatasnya.
- Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160C selama 15-20 minit.
Info chef: Waktu membakar mungkin berbeza bergantung kepada jenis ketuhar. Tambah waktu membakar jika biskut anda kelihatan belum masak dan begitu juga sebaliknya.
8. BISKUT BINTANG
BAHAN-BAHAN:
- 100gm marjerin | dicairkan
- 90gm tepung gandum
- 20gm tepung kastad
- 90gm tepung jagung
- 40gm gula halus
- 1 sudu teh esen vanila
- 2 biji kuning telur
- 1 biji kuning telur | hiasan
- Ceri hijau secukupnya | hiasan
CARA MEMASAK:
- Pukul gula dan telur sehingga sedikit kembang. Kemudian masukkan kesemua tepung. Gaul rata.
- Kemudian masukkan marjerin sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang boleh dicanai.
- Terap doh menggunakan acuan berbentuk bintang dan susun diatas dulang pembakar.
- Sapukan kuning telur dan hiaskan dengan ceri hijau.
- Bakar dalam ketuhar bersuhu 155C selama 20 minit.
9. BISKUT BUAH GAJUS
BAHAN-BAHAN:
- 100gm tepung gandum
- 120gm marjerin | dicairkan
- 110gm tepung jagung
- 45gm gula halus
- 2 biji kuning telur
- 50gm kacang gajus | ditumbuk hancur
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 biji kuning telur | hiasan
- Sedikit biji gajus panggang | hiasan
CARA MEMASAK:
- Pukul gula bersama kuning telur sehingga larut. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung, gajus tumbuk dan esen vanila. Gaul hingga sebati dan rata.
- Masukkan marjerin sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan boleh dicanai.
- Terap doh menggunakan acuan berbentuk buah gajus.
- Hiaskan dengan biji gajus dan sapukan kuning telur dipermukaan biskut.
- Bakar selama 20 minit menggunakan suhu 160C.
Info chef: Pastikan biskut mempunyai ketebalan yang sama bagi memastikan ia masak sekata.
10. BISKUT MILO
BAHAN-BAHAN:
- 125gm tepung agndum
- 105gm tepung jagung
- 50gm gula halus
- 2 biji kuning telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 40gm milo
- 95gm marjerin | dicairkan
CARA MEMASAK:
- Ayak tepung gandum, tepung jagung dan milo hingga rata.
- Pukul gula dan telur secara sederhana kemudian masukkan esen vanila dan juga tepung dan milo yang diayak bersama tadi. Gaul sebati.
- Masukkan marjerin sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan boleh diterap.
- Terap menggunakan acuan pilihan dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.
11. BISKUT SARANG SEMUT
BAHAN-BAHAN:
- 185gm tepung gandum
- 95gm gula
- 125gm marjerin
- 86gm tepung kastad
- 1/2 sudu teh vanila
- Coklat urai secukupnya
- Cawan kertas secukupnya
- Pemarut berlubang kecil
CARA MEMASAK:
- Pukul marjerin, gula dan esen vanila hingga hancur dan sedikit kembang.
- Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung kastad. Uli hingga sebati.
- Ambil sedikit adunan, kepalkan dan parut menggunakan pemarut ke dalam dulang.
- Isikan parutan doh ke dalam cawan kertas dan taburkan coklat urai dengan secukupnya.
- Bakar selama 29-25 dengan suhu 160C.
Info chef: Bagi memudahkan proses memarut, doh boleh dikepal, dibalut plastik dan disimpan seketika di dalam peti sejuk. Doh yang sedikit keras mudah diparut dan tidak lembik.
12. BISKUT TAT NANGKA
BAHAN-BAHAN:
- 250gm tepung gandum
- 135gm marjerin sejuk
- 180ml air berais
- 1/2 sudu teh garam
- Jem nangka secukupnya
- Kuning telur secukupnya
CARA MEMASAK:
- Ramas marjerin di dalam tepung gandum sehingga menjadi seakan serbuk roti.
- Tambah air berais sedikit demi sedikit dan uli tepung sehingga menjadi doh. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
- Ambil sedikit doh dan terapkan ke dalam acuan tat yang telah disapu dengan sedikit marjerin.
- Sudukan sedikit jem dan tutup permukaan tat dengan lebihan doh yang diterap mengikut kreativiti anda. Sapukan sedikit kuning telur di permukaan tat.
- Bakar pada suhu 190C selama 40-45 minit atau sehingga masak.
13. BISKUT MAKMUR
BAHAN-BAHAN:
- 250gm tepung gandum
- 50gm gula aising
- 1/2 tin kecil minyak sapi
BAHAN INTI:
- 100gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak
- 65gm gula aising
BAHAN SALUTAN:
- Gula aising secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan tepung ke dalam kuali. Sangai seketika kemudian ayak bersama gula aising.
- Gaul campuran tepung bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.
- bagi menyediakan inti, kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula aising.
- Ambil doh, leperkan dan sudukan inti kacang di tengahnya. Bentukkan doh menjadi bentuk bujur.
- Susun biskut di atas loyang dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
- Sejukkan biskut seketika dan salutkan dengan gula aising.
- Sedia untuk dinikmati.
14. BISKUT BANGKIT KELAPA
BAHAN-BAHAN:
- 160gm tepung ubi
- 30gm tepung gandum
- 100gm gula halus
- 1 biji kuning telur
- 90gm santan pekat
- 1/4 sudu teh serbuk penaik
CARA MEMASAK:
- Goreng tepung ubi dan tepung gandum seketika.
- Kemudian campurkan tepung tadi bersama gula dan juga serbuk penaik.
- Pukul kuning telur sehingga kembang lalu dimasukkan ke dalam bekas berisi tepung. Masukkan juga santan sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh lembut.
- Canai doh dan terap mengikut acuan yang digemari.
- Bakar pada suhu 160C lebih kurang selama 20-25 minit.
Info chef: Tepung digoreng bagi mendapatkan tekstur yang ringan.
15. BISKUT TAT RAGA NANAS
BAHAN-BAHAN:
- 125gm marjerin
- 185gm tepung gandum
- 100gm gula
- 86gm tepung kastad
- 1/2 sudu teh esen vanila
- Jem nanas secukupnya
- Sedikit kuning telur | hiasan
CARA MEMASAK:
- Pukul gula dan marjerin sehingga sedikit kembang. Masukkan tepung gandum, tepung kastad dan esen vanila. Gaul hingga sebati.
- Canai dan terap doh menggunakan acuan tat. Letakkan jem nanas di tengahnya.
- Potong sedikit doh menjadi bentuk memanjang dan letakkan di atas jem. Sapu sedikit kuning telur.
- Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.
Info chef: Simpan di dalam bekas kedap uadar bagi memastikan biskut kekal rangup dalam tempoh yang lama.
16. BISKUT BUAH CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
- 95gm marjerin
- 125gm tepung gandum
- 105gm tepung jagung
- 60gm gula
- 1/2 sudu teh esen vanila
- 2 biji telur
- 80gm buah-buahan kering campuran
- Sedikit kuning telur | hiasan
CARA MEMASAK:
- Putar mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur dan pukul seketika. Kemudian masukkan esen vanila dan buah-buahan kering.
- Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Uli hingga sebati.
- Ambil sedikit adunan, bulatkan dan susun di atas dulang pembakar. Tekan sedikit menggunakan garfu dan sapu sedikit kuning telur.
- Bakar biskut selama 20 minit dengan suhu 160C.
Info chef: Guna buah-buahan kering yang berlainan warna untuk mendapatkan warna biskut yang menarik.
17. BISKUT ULAS LIMAU
BAHAN-BAHAN:
- 250gm tepung gandum
- 210gm tepung jagung
- 185gm marjerin
- 95gm gula halus
- 1 sudu teh esen vanila
- 50ml jus limau Sunkist
- Sedikit pewarna kuning
- 4 biji telur kuning
- 1 biji telur | sapuan pada biskut
CARA MEMASAK:
- Pukul marjerin dan gula sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila. Gaul rata.
- Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul dan masukkan jus limau Sunkist. Uli hingga sebati.
- Titiskan sedikit pewarna kuning untuk mendapatkan warna yang cantik.
- Canai doh dan terapkan acuan berbentuk ulas limau.
- Bakar pada suhu 160C selama 20 minit.
Info chef: Jika suka, boleh ditambah sedikit parutan kulit limau di dalam doh.
18. BISKUT BEBOLA CORNFLAKES
BAHAN-BAHAN:
- 95gm marjerin
- 105gm tepung jagung
- 90gm tepung gandum
- 95gm gula kastor
- 1 sudu teh esen vanila
- 2 biji kuning telur
- 80gm cornflakes | dikisar kasar
- 100gm conflakes | salutan
CARA MEMASAK:
- Pukul mentea, gula, telur dan esen vanila sehingga sebati.
- Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung dan cornflakes kisar. Uli hingga semua bahan sekata.
- Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan. Golek di dalam mangkuk berisi conflakes dan susun diatas dulang pembakar.
- Bakar pada suhu 160C selama 20 minit.
Info chef: Jika mahukan rasa biskut yang lebih rangup dan lemak, boleh ditambah sedikit hirisan badam panggang.
19. BISKUT MAHKOTA PERMATA
BAHAN-BAHAN:
- 140gm marjerin
- 125gm tepung gandum
- 105gm tepung gandum
- 80gm gula halus
- 2 biji kuning telur
- 1 sudu teh esen vanila
- Ceri merah dan ceri hijau secukupnya
- Kuning telur untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dan gula hingga agak kembang.
- Masukkan telur dan esen vanila. Gaul sebati.
- Tambahkan tepung agndum dan tepung jagung. Uli sehingga menjadi doh.
- Canai dan terapkan dengan acuan berbentuk mahkota. Sapu kuning telur dan atur ceri merah dan hijau di atasnya.
- Bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit.
20. BISKUT KELAPA
BAHAN-BAHAN:
- 230gm marjerin
- 125gm tepung gandum
- 60gm gula halus
- 105 tepung jagung
- 1 sudun teh esen vanila
- 2 biji kuning telur
- 50gm kelapa parut kering | dalam tin
- 50gm kelapa kering | hiasan
- Putih telur secukupnya | hiasan
CARA MEMASAK:
- Pukul gula dan marjerin sehingga hancur dan sebati. Masukkan telur serta esen vanila.
- Ayak tepung gandum dan tepung jagung. Masukkan ke dalam adunan marjerin tadi. Tambah kelapa parut. Gaul sebati.
- Canai doh dan terapkan dengan acuan yang bersuaian. Sususn di atas dulang pembakar.
- Sapukan putih telur dan tabor kelapa kering sebagai hiasan.
- Bakar pada suhu 160C selama 20 minit.
Info chef: Jika menggunakan kelapa parut kering yang dihasilkan sendiri, pastikan tumbuk sedikit untuk menghaluskan teksturnya.
Cara Buat Pau Kampung Yang Cantik, Lembut, Gebu Dan Sedap!
Elok cantik pau kukus gebu ni, antara resipi pau yang cantik dan lembut hasilnya. RASA kongsikan resipi dari Rasidah Mohamad pau kampung air tangannya. Nampak lazat sekali, puan-puan boleh cuba untuk hidangan pagi atau petang nanti.
RESIPI PAU KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung gandum
- 1 1/2 sudu teh mauripan
- 1 1/2 sudu teh baking powder
- 1 1/2 sudu the softener
- 2 sudu makan minyak
- 4 sudu makan gula
- 1 1/4 cawan air (saya tambah 2 sudu untuk lebih lembut)
CARA MEMASAK:
- Uli semua bahan diatas sampai elastic atau anjal
- Boleh bentuk dan isi into yang disukai
- Kukus selama 8 minint
Siap.
Kongsi resipi: Rasidah Mohamad