Ads

Resipi Mi Kari Chinese Style Paling Padu, Kuah Pekat & Sedap

Tak ada idea nak masak apa untuk suami dan anak-anak hari ni? Menu Mi Kari Chinese Style perkongsian Cik Puan Julieta ini antara hidangan mudah dan sedap yang boleh disediakan. Rasa kuah Mi Kari Chinese Style ini memang padu. Nampak gambar pun dah dapat agak rasanya yang sedap. Patutlah menu ni jadi kegemaran anak-anak beliau. Jom cuba. Anda pun pasti sukakan rasanya.

Gabungan rempah kari, santan segar, ayam, tauhu kering dan fish cake menjadikan hidangan ini cukup menyelerakan. Bila dimakan pula bersama sambal dan perahan limau nipis, memang bertambah sedap. Sesuai sangat disediakan untuk hidangan makan tengah hari atau makan malam bersama keluarga.

CARA MASAK MI KARI CHINESE STYLE YANG SEDAP

mi kari chinese style

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus mi – celur
  • 2 biji bawang besar – kisar – beli online di sini
  • 3 ulas bawang putih – kisar – beli online di sini
  • 2 biji bawang merah – kisar – beli online di sini
  • 2 batang serai – diketuk
  • 2 bungkus kecil serbuk kari daging (boleh guna rempah cap O jika ada)
  • 1 mangkuk kecil cili kisar – beli online di sini
  • 1/2 ekor ayam – potong kecil
  • 1 mangkuk besar santan segar
  • Asam keping secukupnya – beli online di sini
  • Tauhu kering
  • Fish cake / fish ball
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

BAHAN SAMBAL:

  • 1 genggam cili kering – beli online di sini
  • 1 biji bawang besar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN SAMPINGAN:

  • Telur rebus
  • Tauge – celur
  • Sawi – celur
  • Limau nipis
  • Kacang panjang – celur

CARA MEMASAK KUAH MI KARI CHINESE STYLE:

1. Panaskan minyak di dalam periuk. Goreng serai sebentar.

2. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Tumis hingga wangi dan keperangan.

3. Masukkan rempah kari yang telah dicampur dengan cili kisar. Masak lagi hingga pecah minyak.

4. Masukkan ayam dan kacau sebati hingga ayam separuh masak.

5. Kemudian masukkan santan dan asam keping. Biarkan kuah mendidih.

6. Perasakan dengan garam, gula dan perasa untuk seimbangkan rasa.

Ads

7. Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fish ball. Biar hingga mendidih, ayam masak sepenuhnya dan kuah menyerap dalam tauhu kering.

8. Angkat dan sedia dihidangkan bersama mi, sambal dan bahan-bahan sampingan.

Resipi Mi Kari Chinese Style Paling Padu, Kuah Pekat & Sedap

CARA MEMBUAT SAMBAL:

9. Untuk membuat sambal, rebus cili kering sehingga masak dan kembang.

10. Masukkan ke dalam pengisar bersama bawang. Kisar halus.

11. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula.

Ads

12. Angkat dan sedia dihidangkan bersama Mi Kari Chinese Style.

TIP MASAK MI KARI CHINESE STYLE SUPAYA KUAH LEBIH SEDAP

Kalau nak kuah kari yang lebih sedap dan wangi, pastikan bahan kisar serta rempah kari ditumis hingga betul-betul masak dan pecah minyak. Jangan terlalu cepat memasukkan santan kerana rempah yang belum cukup masak boleh menjejaskan rasa kuah.

Penggunaan santan segar pula membantu memberikan rasa lemak pada kuah kari. Selepas santan dimasukkan, gunakan api sederhana dan kacau sekali-sekala supaya santan tidak mudah pecah.

Pastikan juga tauhu kering dimasak seketika bersama kuah kari supaya dapat menyerap rasa rempah dan santan. Bila digigit, barulah terasa kuah kari yang meresap ke dalam tauhu.

Ads

Jika menyediakan hidangan ini untuk anak-anak yang kurang gemar makanan pedas, boleh kurangkan sedikit kuantiti cili kisar. Sambal pula boleh dihidangkan secara berasingan supaya masing-masing boleh menambah mengikut tahap kepedasan yang disukai.

Anda mungkin berminat dengan

CARA HIDANG MI KARI CHINESE STYLE

Untuk menikmati hidangan ini, masukkan mi yang telah dicelur ke dalam mangkuk. Kemudian tambahkan tauge, sawi, kacang panjang dan telur rebus mengikut cita rasa masing-masing.

Tuangkan kuah kari panas bersama ayam, tauhu kering, fish cake dan fish ball. Jangan lupa letakkan sedikit sambal serta perahan limau nipis untuk memberikan rasa yang lebih seimbang.

Kalau ada lebihan kuah, simpan secara berasingan daripada mi dan bahan sampingan di dalam peti sejuk dalam tempoh dua jam selepas dimasak. Panaskan semula kuah hingga mendidih apabila hendak dinikmati.

Mudah sahaja nak sediakan Mee Kari Chinese Style ni. Tak perlu pening kepala nak fikir menu untuk keluarga. Bila semua bahan dah tersedia, bolehlah cuba masak sendiri di rumah.

Kredit resipi & foto: Cik Puan Julieta

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & YouTube @Majalah Rasa Official

Mi Kari Putih, Kuah Lemak, Sambal Pedas, Memang Rare!
Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menu Lain

Tin Sardin Jadi Karya Seni, Cantik & Unik Dengan Sejarah Menakjubkan

Tin sardin bukan sekadar lauk biasa! Kenali keunikan seni pembungkusan sardin Eropah, sejarah Ayam Brand dan reka bentuk vintaj yang mencuri perhatian.