Teringin nak baking kek? Paling mudah min kongsikan resipi kek oren oleh Kuqhen, ringkas penyediaannya hanya menggunakan periuk nasi. Resipi kek oren lembap ini boleh dimasak dengan dua cara sama ada kukus ataupun boleh juga dibakar. Enak dimakan panas-panas lagi, anak-anak pun makan bertambah sedap.

Kek oren ni berasaskan daripada pati minuman sunquick, parutan kulit oren dan buah oren yang ditabur dalam kek yang belum dibakar lagi supaya rasanya lebih umppph.

Sedikit tip ingin dikongsi ialah cara penyimpanan kek supaya tahun lebih lama disebabkan kek ni tiada bahan pengawet, jadi anda kena simpan dalam bekas tupperware yang kedap udara dan simpannya di dalam peti ais.

Oppss lupa plak.. untuk pastikan kek sudah masak atau tidak caranya cucuk lidi atau buluh dalam kek dan keluarkan jika ia tidak melekat tandanya kek anda sudah masak.

Kek Oren Moist

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh soda bikarbonat

IKLAN

★ Satukan ketiga-tiga bahan di atas, gaul sekejap dan ayak 2-3 kali untuk mendapatkan tekstur kek oren yang halus.

4 biji telur gred A Atau 5 biji telur gred B

2 sudu makan lapisan luar parutan kulit buah sunkist ( jangan parut sampai ke kulit putih, pahit kek nanti)

1/2 cawan pati sunquick

2/3 cawan gula

2/3 cawan susu pekat manis

IKLAN

1 cawan minyak sayuran

1 cawan air panas

1 sudu teh vanilla

Sedikit pewarna kuning lemon, kuning telur @ kaler oren

Cara memasak:
1. Dalam bekas, pecahkan telur dan buangkan tali pusat telur untuk elakkkan bau hanyir. Masukkan gula dan telur dan pukul sebati, barulah dimasukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis berselang-seli dengan minyak sambil dipukul sebati. Bole guna mixer mesin atau tangan.

2. Tambahkan susu, pukul sekejap dan masukkan air panas, pukul lagi hingga adunan kelihatan licin tidak berketul. Terus campurkan sunquick, pukul lagi hingga sebati dan adunan kelihatan mula kembang pada proses ini.

IKLAN

3. Akhir sekali letakkan parutan kulit oren juga pewarna. Pukul sekejap hingga warna sekata dan adunan kek oren boleh dimasak dengan cara kukus atau bakar. Tabur buah oren sikit supaya lebih sedap.

*Bakar dalam periuk nasi.
Selamat mencuba bagi yang mengidam kek oren.

Kredit :Kuqhen

INGIN MEMBELI ACUAN KEK, BOLEH BELI DI SINI.

Resipi Mudah Buat Kek Hokkaido Creamy Custard Honey Yang Sedap

Kek Span Perisa Coffemix Gebu ,Ikut Langkah Tepat Gerenti Jadi

Resipi Almond Chocolate Crunchies Sedap Dan Rangup

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI