Hari ni sis datang mood nak membaking. Tapi nak buat kek apa ya? Kek coklat dah bosan, jomlah ubah selera makan kek yang tak muak ni, kek span perisa coffemix. Nanti bolehlah sedekah pada jiran juga.
Kek Span Perisa Coffemix
Bahan-bahan:
3 biji telur gred B
1 cawan tepung gandum
80g gula
50ml susu segar@cair
1sudu besar ovalett
1sudu kecil baking powder
1 paket coffemix 3in1
3 sudu besar butter/planta/marjerin*(dicairkan)
Cara membuat:
1.Masukkan semua bahan ke dalam bekas kecuali bahan bertanda *
2.Adun sehingga kembang dan gebu.
3.Masukkan butter/planta/marjerin cair tadi.Kaup balik sehingga sebati.
4.Tuang ke dalam loyang yang disapu dengan sedikit butter.
5.Bakar suhu 160-165 masa 45-50 minit(bergantung kepada oven anda)
p/s-pastikan oven dipanaskan dahulu 10 minit sebelum masukkan loyang adunan.
Kredit: Siti Hadirah
INGIN MEMBELI AIR FRYER, BOLEH LIHAT DI SINI.
Resipi Kek Pandan Gula Melaka Lemak Manis Buat Ketagih Nak Makan
Resipi Kek Span Viral Dengan Perasa Oreo. Molek Kejadian & Sedap
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Instafamous Surianti_Kitchen Kongsi 3 Resipi Viral Mudah Dimasak.
Menjengah ke laman Instagram Surianti_Kitchen, boleh membuat perut berasa lapar. Mana tidaknya ada banyak video serta gambar sajian yang enak dikongsi oleh Instafamous tersohor ini setiap hari. Malah setiap masakan disertakan dengan cara memasak yang lengkap menjadikan laman IG ini menjadi pilihan serta popular di kalangan pelayar Instagram. Oleh itu dalam rancangan Rasa Instafamous episod ke sembilan ini, Aunty Aini menampilkan Puan Surianti Ramli dari Surianti_Kitchen sebagai tetamu undangan.
Menggalas tanggungjawab sebagai seorang guru di sebuah sekolah di Perak, Puan Surianti tetap meluangkan masa dan mencari ruang untuk melaksanakan minatnya ini. Malah permulaan cintanya terhadap dunia masakan ini sudah bermula seawal usia 10 tahun lagi.
Waktu kecik saya selalu tolong ibu dan bapa menyediakan bahan makanan untuk berniaga. Maka dari situ timbul minat dalam dunia masakan ni. Pada usia 10 tahun, saya sudah boleh memasak masakan mudah seperti sambal tumis dan nasi goreng. Malah di usia 16 tahun, saya sudah mula menerima tempahan kek, ujar suri hati kepada Encik Muhamad Sabri Abdul Rahim ini.
IBUNDA SEBAGAI INSPIRASI
Walaupun sejak kecil lagi sudah biasa memasak, namun Puan Surianti tetap mengikuti kelas-kelas masakan bagi memantapkan lagi kemahiran beliau. Namun guru yang paling ulung tentulah ibunya sendiri.
Ibu adalah sumber inspirasi saya untuk lebih maju dalam bidang ini. Beliau memang sangat mahir memasak pelbagai jenis sajian antaranya ialah lauk pauk, aneka biskut, kek, pulut kuning untuk hantaran perkahwinan dan banyak lagi. Malah beliau juga mahir dalam pembuatan gubahan hantaran.
SURIANTI_ KITCHEN PILIHAN RAMAI
Di Instagram Surianti_Kitchen, Puan Surianti suka berkongsi aneka resipi masakan yang mudah dan praktikal dimasak setiap hari seperti nasi, lauk pauk, pasta, kek, roti dan sajian pencuci mulut. Malah ada juga aneka resipi biskut dan kuih tradisional yang menjadi pilihan ramai.
Memilih untuk berkongsi ilmu dengan para followers, ternyata ia memberikan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tambahan pula mendapat maklumbalas yang sangat baik dari individu yang mencuba, menjadikan ibu kepada tiga orang cahaya mata ini lebih bersemangat untuk memanjangkan ilmu yang dimilikinya.
Anda terasa nak cuba masakan dari Surianti_Kitchen? Khas untuk Rasa Instafamous kali ini, Puan Surianti telah berkongsi tiga resipi kegemaran beliau yang tentunya sangat sedap dan mudah untuk dicuba di rumah. Selamat mencuba!
RESIPI SURIANTI_KITCHEN
1. MINI QUICHE
2. DAGING KICAP BAWANG GORENG
3. PUDING BUAH PIC
MAJALAH RASA KINI DI KACA TELEVISYEN ANDA
Menerajui majalah berasaskan masakan selama 17 tahun cukup mendewasakan Majalah Rasa. Menjadi Majalah Masakan No.1 di Malaysia semestinya banyak cabaran yang dilalui. Bermula bagai anak kecil yang baru perlu berlari mengejar pesaingnya, Rasa berjaya meletakkan namanya sebaris dengan majalah yang sedia ada. Ia kemudian terus menjadi unik dengan perkongsian resipi yang konsisten setiap bulan. Lebih cemerlang apabila Rasa tambil dengan Edisi Bumper untuk 3 bulan musim perayaan.
Lima tahun lalu, rasa mengorak langkah berjinak-jinak dalam dunia digital sehinggalah tahun lalu secara agresif beraksi laman sesangan dan di pentas social media selari dengan perkembangan dunia digital. Rasa sekali lagi menempatkan dirinya menjadi Portal Masakan No. 1 di Malaysia sehingga hari ini.
Dan Bermula 30 Julai 2018, rasa melangkah setapak lagi dengan Rancangan Memasak. Memulakan langkahnya Tv nya dengan membawa Instafamous yang mempunyai pengikut ratusan ribu di Instagram. Tanpa menampilkan pengacara cantik manis, Rasa Instafamous meniti dari bibir ke bibir peminat program masakan di televisyen. Aunty Aini yang bersahaja dan tanpa kekok berbual sambil membantu tetamunya memasak. Sebagai seorang yang sudah biasa memasak dia semestinya tidak kekok untuk menyebut apa sahaja nama bahan-bahan. Rasa Instafamous akan bersiaran selama 13 episod.
Untuk anda yang masih belum menyaksikan rancangan memasak RASA INSTAFAMOUS ini jangan lupa menyaksikan di saluran Astro Prima dan Maya HD setiap hari Isnin, jam 12.00 tengah hari dan siaran ulangannya pada jam 9.00 malam.
BEHIND THE SCENE
Soto Ayam Dan Begedil Kentang Paling Mudah & Sedapnyaa…
Soto ayam mudah dan senang dibuat. Tak ada rempah soto pun boleh boleh aje. Yang penting rencah nya kena cukup, bahan rempah eloknya disangai dahulu.
Jom kita semak resipi perkongsian daripada Masita Basir ni.
SOTO AYAM
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A : (untuk kuah soto)
- 3 sudu ketumbar
- 1 sudu jintan mains
- 1 sudu jintan putih
- 2 biji buah keras
- 3 batang serai
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 10 biji bawang kecil
- 5 ulas bawang putih
* kesemua bahan ini diKISAR HALUS.
* Sedikit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan sedikit bunga cengkih.
CARA MEMBUAT:
1. Tumiskan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
2. Kemudian masuk bahan-bahan A yang telah dikisar tadi. Tumiskan hingga garing.
3. Masukkan pula air rebusan ayam.
4. Masak sehingga mendidih.
CADANGAN HIDANGAN :
– Boleh disediakan dengan nasi impit, mihun atau mi.
– Lebih menarik selera jika dihidangkan beseta sedikit tauge, bawang goreng, daun sup, begedil ayam dan ayam yang disiat kecil. (ayam rebusan tadi)
BAHAN BEGEDIL KENTANG :
- 1 kg kentang (digoreng dan ditumbuk)
- 100 gm daging (direbus)
- Sedikit daun sup
- Bawang goreng
- Serbuk lada putih
- 1 biji telur
- Garam secukup rasa
- 1. Daging yang sudah direbus tadi dicincang halus.
2. Gaulkan semua bahan tadi.
3. Kemudian bulat-bulatkan mengikut kesesuaian.
4. Pukul 1 biji telur.
5. Ambil begedil yang sudah dibulatkan tadi lantas dicelupkan dalam telur
6. Goreng hingga garing.
- 1. Daging yang sudah direbus tadi dicincang halus.
.
RESIPI : Masita Basir
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN RESIPI INI :
Resipi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers. Memang Sedap, Berdesup Lesap Sekejap Jer Licin!
JOM SEMAK VIDEO INI PULAK :
Sedapnya Kek Apam Cheese Kukus, Cheese Meleleh-leleh Bila Makan Panas-panas
Kek Apam Cheese Kukus pasti jadi kesukaan buat pencinta keju. Rasa lemak-lemak dan tekstur Kek Apam Cheese Kukus ini yang gebu, pasti membuka selera. Sedap makan panas-panas. Cheese masih panas meleleh. Bayangkan minum petang anda makan Kek Apam Cheese Kukus ini, tentu bahagia. Jomlah kita buat Kek Apam Cheese Kukus mengikut resipi seperti yang dikongsikan oleh Animarlina Abd Maulop
RESIPI KEK APAM CHEESE KUKUS
BAHAN A (dikisar sampai putih)
3 sudu besar susu pekat manis – beli online
1 sudu besar ovallate – beli online
1 cawan gula – beli online
1 sudu kecil esen vanilla – beli online
4 biji telur (saiz yang besar)
BAHAN B:
2 cawan tepung gandum – beli online
Pewarna merah
Cheddar cheese
CARA MEMBUAT:
1.Bahan A dikisar sehingga putih.
2.Kemudian, campurkan bahan A dengan tepung gandum di dalam bekas lain. Gaul-gaul rata.
3. Asingkan ikut warna pilihan. Boleh guna warna merah sahaja. Jadi ada warna cream white dan ala-ala merah jambu sahaja.
4. Masukkan bancuhan secara selang seli. Merah, putih, merah, putih.
5. Apabila sudah separuh, letak cheese. Letak 3 keping. Letak banyak keping lagi sedap. Selepas itu baru sambung selang seli letak bancuhan tadi.
6. Kukus lebih kurang 30 hingga 40 minit. Siap! Hidangkan.
Sumber kredit: Animarlina Abd Maulop
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Buat Sendiri Mayones Homemade. Mudah & Tak Guna Banyak Bahan
Sedapnya Cheese Rangup Atas Kek Mentega, Memang Semerbak Bau
Mudahnya Resipi Nasi Ayam Claypot Yang ‘Super Simple’ & Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official