Teringin nak makan kek macam orang lama, guna marjerin. Bila makan tidak rasa muak. Itulah kelebihan kek orang lama. Boleh cuba resipi mudah buat kek ini.
Kek Marjerin
Bahan-bahan:
1 cawan gula halus
1 cawan marjerin pelangi
1 cawan tepung gandum -BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil baking powder -BELI ONLINE DI SINI
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla -BELI ONLINE DI SINI
Hari ini mood nak membaking datang. Bukan nak buat kek tapi rasa nak kudapan biskut. Jadi sis rasa nak buat oat coklat snow cookies.. Ade orang sebut jejari oat nestum. Apa pun namanya, biskut ni memang sedap buat kudapan. Tak sedar sebalang boleh habis.
Oat coklat snow cookies Bahan-bahan: 1 cawan butter/marjerin dan 2 sudu minyak sapi. Tak nak tak apa, ganti dengan marjerin-BELI ONLINE DI SINI 3/ 4 cawan gula aising 1 1/2 cawan oat- blend halus 1/2 cawan nestum (saya ganti serbuk badam dan letak badam cincang sikit dalam segengam 1 sudu makan tepung jagung 1 sudu makan emplec, tak ada boleh ganti tepung beras 1 cawan tepung gandum- diayak 3 sudu makan serbuk koko 2 sudu makan susu tepung-BELI ONLINE DI SINI
Cara membuat: 1.Adun gula dan butter hingga sebati, Tak payah lama-lama. 2.Masuk semua bahan kecuali tepung. Akhir masuk tepung sikit-sikit, uli lembut. Kalau lembik tambah tepung. 4.Terap guna acuan yang disukai. Panaskan oven dulu. 5.Bakar dalam suhu 160, api atas bawah dalam 1/2 jam. Ikut kepanasan oven masing-masing. Bila dah masak, masa suam-suam bolehlah salut dengan susu.
Untuk salut: 1 1/2 cawan susu tepung 1/2 cawan gula snow aising ( tak nak tak apa guna susu je)
Bila waktu petang, menu kek antara yang menjadi pilihan untuk hidangan pencuci mulut minum petang.
Kalau mencari resipi yang mudah dan cepat masak keknya, boleh cuba resipi kek butter choc rice ini.
Resipi yang dikongsikan Himawari Chan ini, memang senang dan tak perlukan sebarang teknik pun. Jadi jangan risau, kek anda pasti menjadi dengan cantiknya.
BUTTER CHOC RICE CAKE
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum – beli online di sini 1 cawan gula (kalau nak kurangkan manis, kurangkan sikit ye gula dalam ¾ cawan je) – beli online di sini 4 biji telur gred B 1 buku mentega (guna pure butter lagi sedap) – beli online di sini 100mls susu segar/ full cream milk 3 sudu makan susu pekat manis – beli online di sini 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil butter oil/essence vanilla Chocolate rice (kuantiti ikut suka)
Dapatkan La Gourmet Vintage Collection dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MENYEDIAKAN:
1. Mula-mula, putar telur dulu sampai kembang. 2. Kemudian, masukkan mentega dan juga gula. Mentega jangan terlalu keras atau terlalu lembik. 3. Putar lagi sampai adunan menjadi kembang dan berkilat cantik. 4. Masukkan butter oil dan susu pekat. Putar lagi.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pastikan tepung diayak terlebih dahulu. 6. Jangan lupa masukkan baking powder yang sudah diayak jugak. Putar sekejap. 7. Masukkan susu segar. Putar lagi bagi sebati. Kemudian, kaup di bahagian tepi supaya tiada aduanan yang tertinggal.
8. Masukkan choc rice. Ikut suka anda nak masukkan banyak mana. Tiada sukatan yang tepat. Kacau-kacau rata. 9. Tuang adunan ke dalam loyang yang sudah disapu mentega.
10. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 160-170C selama 40 minit api atas bawah. Sedap dan senang.
Resipi kek span marble susu ini boleh dihidangkan atas meja walaupun di dapur tiada oven. Cukup ringkas, boleh dibakar di dalam kuali saja. Jadi kalau teringin nak makan kek tapi tiada ketuhar boleh guna perkongsian resipi dari Chek Sri Sal .
1. Pukul kesemua bahan-bahan (kecuali mentega cair) sehingga menjadi warna putih dan betul-betul gebu.
2. Cedukkan sedikit adunan dan gaul bersama mentega cair. Kemudian tuangkan semula ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata.
3. Sapukan loyang dengan mentega dan taburkan tepung gandum.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Titiskan pewarna-pewarna ikut citarasa
5. Gunakan lidi dan lorekkan pewarna untuk hasilkan corak yang diingini. Hentak loyang beberapa kali.
6. Untuk bakar menggunakan kuali, letak pelapik dapur gas dalam kuali kemudian masukkan loyang. Tutup kuali menggunakan penutup periuk atau periuk yang lebih besar dari saiz loyang.
7. Bakar menggunakan api yang sederhana selama 45 minit. Untuk pastikan kek sudah masak elok, cucuk bahagian tengah kek, jika tidak melekat tandanya sudah masak.
INFO: Jika bakar menggunakan oven, bakar selama 35-40 minit pada suhu 170 darjah selsius api atas bawah.