Biskut Red Velvet Crunchy atau Red Velvet Crunchy Cookies ni adalah salah satu resipi biskut raya yang wajib anda cuba. Jika anda masih tercari-cari, resipi yang satu ni semestinya tidak rugi anda buat. Sangat sedap dan menjadi kegemaran ramai. Berbaloi sangat. Anak-anak suka, orang dewasa pun makan banyak kalau ada biskut ni. Saudari Rozmaliza Omar ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
RESIPI RED VELVET CRUNCHY COOKIES
BAHAN-BAHAN:
- 210gm tepung gandum – beli online disini
- 1 sudu makan serbuk koko – beli online disini
- 2 sudu makan tepung jagung – beli online disini
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat – beli online disini
- 200gm mentega asli / pure butter – beli online disini
- 130gm gula perang – beli online disini
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu teh esen vanilla – beli online disini
- 1 sudu makan susu pekat manis – beli online disini
- 100gm almond flakes – beli online disini
- 60gm cornflakes kisar – beli online disini
- 2 sudu teh red velvet emulco – beli online disini
- 100gm white/dark choc chip – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Putar mentega, gula perang dan esen vanilla hingga sebati.
2.Masukkan susu pekat manis, telur dan red velvet emulco. Putar lagi hingga sebati.
3.Masukkan semua jenis tepung, cornflakes kisar, almond flakes, chocolate chip dan gaul hingga rata.
4.Sudukan adunan atas dulang pembakar. Tekan dengan garpu.
5.Bakar biskut pada suhu 160c selama 20 minit.
6.Bila biskut telah masak, biar hingga betul-betul sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI