Buah-buahan koktail sangat sedap dijadikan sebagai bahan tambahan dalam menu manisan kita. Mana taknya, kalau makan bersama puding jagung sejuk pun boleh bertambah banyak kali. Kali ni saya nak kongsikan resepi Kek Koktail Berkrim yang dikongsikan oleh Iedaa Jahaya iaitu resepi Kek Koktail Berkrim yang dijamin padu dimakan waktu sejuk. Jom kita cuba!

RESEPI KEK KOKTAIL BERKRIM

Kek Koktail Berkrim Padu Sesuai Dijadikan Menu Keramaian Yang Pasti Laku Keras

BAHAN-BAHAN KEK:

5bji telur (asingkn putih dan kuning)

¼ cawan minyak jagung – BELI DI SINI

¾ cawan air

½ sudu kecil lemon jus atau sunquick

1 cawan tepung gandum serbaguna – BELI DI SINI

¼ cawan gula castor – BELI DI SINI

½ sudu besar baking powder – BELI DI SINI

IKLAN

½ sudu kecil garam

½ sudu kecil cream off tartar – BELI DI SINI

¼ cawan gula – BELI DI SINI

Kek Koktail Berkrim Padu Sesuai Dijadikan Menu Keramaian Yang Pasti Laku Keras

BAHAN-BAHAN CREAM:

2bji kuning telur..whisk sebati dulu

150ml susu cair – BELI DI SINI

½ cawan susu pekat – BELI DI SINI

Esen vanilla – BELI DI SINI

IKLAN

1 ½ sudu kecil tepung gandum

sedikit air

whipping cream

Kek Koktail Berkrim Padu Sesuai Dijadikan Menu Keramaian Yang Pasti Laku Keras

CARA PENYEDIAAN:

KEK:

  1. Sebatikan kuning telur dulu. Guna whisk sahaja dan masukkan ¼ cawan minyk jagung dan ¾ cawan air kacau lagi sehingga sebati

  1. Masukkan ½ sudu kecil lemon jus atau sunquick pun boleh kacau sebati dan ketepikan dahulu.

  1. Dalam bekas lain masukkan 1 cawan tepung gandum serbaguna, ¼ cawan gula castor, ½ sudu besar baking powder dan, ½ sudu kecil garam gaul sebati dahulu.

  1. Masukkan adunan kuning telur tadi gaul sehingga tercampur rata dan ketepikan dahulu. Masukkan putih telur ke dalam mixer sekejap sehingga berbuih.

  1. Masukkan ½ sudu kecil cream off tartar kacau guna mixer lagi hingga berbuih kecil-kecil. Masuk sedikit demi sedikit ¼ cawan gula.

  1. Kacau guna mixer terus hingga jadi meringue (bila tonggeng telur tu tak jatuh)

  1. Bila dah siap, masukkan adunan putih telur tu sikit demi sikit dalam adunan kuning telur tadi..kaup balik hingga sebati.

  1. Panaskn oven 180, bakar kaedah water bath menggunakan loyang untuk kek 8 inci, loyang untuk isi air panas 10 inci.

  1. Sapu loyang dengan minyak lapik baking paper dan tuangkan adunan kek ke dalam loyang.

  1. Isi air panas ke dalam loyang 10 inci, letak loyang kek ke dalam oven dan bakar selama 30 minit.

CREAM:

  1. Gunakan non sticky pan sahaja. Masukkan 2bji kuning telur..whisk sebati dulu.

  1. Masukkan 150ml susu cair, ½ cawan susu pekat dan, esen vanilla sebatikan semua bahan.

  1. Masak guna api sederhana. Sentiasa kacau sehingga nampak sedikit pekat dan masukkan 1 1/2 sudu kecil tepung gandum yang telah di bancuh dengan sedikit air.

  1. Kacau sehingga nampak berkrim macam susu pekat dan tutup api.

  1. Putarkan whipping cream sehingga kental dan masukkan cream kacau sehingga tercampur rata dan ketepikan dahulu.

Bila kek dah masak, sejukkan dahulu baru potong 2 bahagian. Letak lapis pertama dalam 1 bekas, tuang cream dan susun buah buahan koktail diatasnya. Letakkan lapisan kedua kek dan ulang cara tadi dan sejukkan di dalam peti barulah boleh dipotong dan di hidangkan.

IKLAN

SELAMAT MENCUBA!

Kredit foto & resepi: Iedaa Jahaya

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Cucur Nasi Pembuka Selera Yang Sedap Dan Mengenyangkan

Sos Sengkuang Calit Buat Sendiri Di Rumah Yang Pasti Menjadi

Asam Laksa Cina Kuah Pekat Secukup Rasa!

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI