Sengkuang yang sejuk lepastu rangup di letakkan pula sos khas untuk sengkuang calit lepastu tabur kacang pehhh padu sangat! Tapi lagi padu kalau kita pandai buat sos sengkuang calit sendiri di rumah. Bolehlah makan berulang kali sampai jemu. Beli sengkuang sahaja, balik rumah potong ikut suka hatilah nak potong bentuk apa simpan dalam peti sejuk. Bila dah cukup sejuk, colek atau letak sos sengkuang calit atas sengkuang dan hidangkan gerenti makan tak berhenti. Kalau nak cuba buat sos sendiri, bolehlah cuba resepi yang dikongsikan oleh Ameena Rahman di Facebook ni.
Enaknya dapat menjamah aneka kuih muih tradisional yang lemak dan manis masa berbuka. Terasa puas tatkala menikmatinya. Bila tiba bulan ramadan, kuih-kuih ini antara yang mendapat sambutan ramai dan paling dicari. Jika anda ada masa dan rasa nak buat sendiri, jom cuba resipi yang RASA sediakan ni. Pasti puas hati.
1. CARA BERLAUK
BAHAN-BAHAN: Adunan tepung: • 1 cawan tepung gandum • 1 biji telur • 1 sudu teh minyak sapi • 1/ 2 sudu teh garam • 2 cawan air • Sedikit pewarna kuning
Inti: • 200gm isi ayam kisar • 2 labu bawang besar | dicincang halus • 3 ulas bawang putih | dihiris • 1 1/2 sudu makan rempah rendang segera • 1 sudu teh serbuk kari • 50ml air • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya • Sedikit minyak untuk menumis
Hiasan: • 20gm bawang goreng • 20gm daun sup | dihiris • 2 biji cili merah | dihiris halus
CARA MEMASAK: 1. Campurkan kesemua bahan untuk adunan tepung dan bancuh hingga sebati serta tidak berketul. Ketepikan. 2. Untuk inti, panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih sehingga berbau wangi. 3. Kemudian masukkan rempah rendang segera dan kari. Masak sehingga pecah minyak. 4. Seterusnya masukkan isi ayam kisar, bawang besar dan air secukupnya. Biarkan sehingga masak. Perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa dengan secukupnya. 5. Untuk menghasilkan kuih cara, panaskan acuan dan oleskan sedikit minyak. 6. Tuangkan adunan tepung, sudukan inti diikuti bawang goreng, daun sup dan hirisan cili. 7. Tutup acuan menggunakan tudung periuk dan tunggu sehingga kuih cara masak. 8. Ulang langkah sehingga adunan habis. Sedia untuk dinikmati. ________________________________________ Info Chef: Elakkan dari mengisi adunan terlalu banyak ke dalam acuan bagi mengelakkan inti terkeluar.
2. KUIH KASWI
BAHAN-BAHAN: • 300gm tepung gandum • 375ml air gula melaka • 1/2 sudu teh air kapur • 1/2 biji kelapa parut • Garam secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Bancuh tepung gandum bersama air gula melaka. Kacau sebati hingga adunan tidak berketul. 2. Masukkan air kapur dan kacau sebati. 3. Tapis adunan dan tuangkan ke dalam loyang kukus. 4. Kukus selama 30 minit. 5. Setelah masak, angkat dan biarkan sejuk. 6. Potong kuih dan golekkan di dalam kelapa parut yang dicampurkan sedikit garam. ________________________________________ Info Chef: Penggunaan kapur memberi rasa lemak dan menstabilkan rasa kaswi. Elakkan meletakkannya pada kuantiti yang banyak.
CARA MEMASAK: 1. Satukan santan bersama air dan gula pasir hingga mendidih dan pekat. 2. Sementara itu, di dalam bekas berasingan, bancuh tepung kacang hijau bersama air hingga menjadi sebati. 3. Kemudian masukkan ke dalam kuali berisi santan dan kacau dengan api sederhana sehingga pekat dan berkilat. 4. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan sejukkan. 5. Apabila sejuk, barulah dipotong dan sedia dihidangkan. ________________________________________ Info Chef: Pastikan adunan sentiasa dikacau dengan penggunaan api perlahan sehingga betul-betul pekat dan berkilat.
4. LEPAT PISANG
BAHAN-BAHAN • 1 sikat pisang nangka | dilecek • 300gm tepung gandum • 100gm tepung beras • 100gm kelapa parut • 100ml santan1 ketul gula Melaka | dicincang halus • Garam secukup rasa • Air untuk mengukus secukupnya
BAHAN PEMBUNGKUS: • Daun pisang untuk membungkus secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan di dalam sebuah bekas dan gaulkan sehingga gula Melaka larut dan semua bahan sebati. 2. Sediakan daun pisang dan sudu bancuhan di atasnya. Padankan dengan saiz daun dan lipat dengan kemas. 3. Ulang langkah sehingga bancuhan habis. Kukus selama 25 minit. 4. Biarkan sejuk dan lepat menjadi pejal. Sedia untuk dihidangkan. ________________________________________ Info Chef: Pastikan adunan tidak terlalu lembik dan boleh gunakan pisang yang lain mengikut kesukaan.
5. KUIH LOMPANG
BAHAN-BAHAN: • 360gm tepung beras • 2 sudu makan tepung ubi • 240gm gula • 240gm gula merah • 1 liter air • 2 sudu teh air kapur • 1 helai daun pandan | disimpul
BAHAN INTI: • Kelapa parut putih secukupnya • Garam secukup rasa • 1 helai daun pandan | disimpul
CARA MEMASAK: 1. Di dalam periuk, satukan gula merah, gula pasir dan 500ml air bersama daun pandan. Didihkan sehingga gula larut dengan api kecil. Sejukkan sebentar. 2. Kemudian satukan tepung beras dan tepung ubi. Tuangkan 500ml air dan air kapur. Gaul rata. 3. Seterusnya tuangkan air gula tadi. Gaul sehingga sebati. Tapis adunan dan tuangkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak. 4. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak sempurna. 5. Akhir sekali, taburkan kelapa parut yang telah dikukus tadi. 6. Sedia untuk dimakan. ________________________________________ Info Chef: Kuih Lompang ini mempunyai rasa yang enak dan lemak manis.
6. BENGKANG UBI
BAHAN-BAHAN: • 3 cawan ubi kayu parut | diperah airnya • 100gm tepung kastad • 50gm kelapa parut • 1 biji kelapa |diambil santan • 300gm gula pasir • 2 biji telur | dipukul sedikit • 1 sudu teh esen vanila • 125ml minyak kelapa • Sedikit garam • Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK: 1. Campurkan kesemua bahan dan masak di atas api sederhana. 2. Kacau adunan sebati hingga kuih bertukar warna dan menjadi pekat. 3. Griskan sedikit minyak masak di dalam acuan berbentuk empat segi dan tuangkan adunan ke dalamnya. 4. Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit atau sehingga kuih kelihatan garing. ________________________________________ Info Chef: Gunakan loyang empat segi berukuran 8×8 yang telah digriskan dengan minyak masak di dalamnya.
Melalui facebook, wanita bernama Dynie Khainudin berkongsi resipi membuat ayam goreng berempah. Ternyata ayam goreng berempah ini memang sangat sedap dan berbau harum ketika digoreng. Kiranya, boleh naik selera makan la. Jom cuba ayam goreng berempah yang nampak sedap ni.
Satu tip yang diberikan oleh beliau adalah ketika menggoreng kita perlu pandai jaga api. Jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil. Api sederhana menjadikan ayam goreng berempah lebih juicy.
BAHAN UTAMA
1/2 ekor ayam
BAHAN PERAPAN
Serbuk kunyit
Garam
Bawang putih
Cili giling atau cili flake
Serbuk kari | Optional
CARA PERAP
1. Kisar semua bahan.
2. Lumur pada ayam.
3. Perap selama 30 minit.
BAHAN KISAR KERING
1 labu Bawang besar
3 batang serai
Ketumbar
Jintan manis
Jintan putih
Halia
Bawang putih
CARA PERAPAN
1. Kisar semua bahan.
2. Lumur pada ayam bersama sedikit garam dan gula.
3. Perap selama 2 jam.
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak.
2. Goreng sehingga ayam masak.
TIP
* Nak ayam masak rata dan tidak keras, kena pandai adjust api kecil dan sederhana.
* Minyak masak hanya guna satu kali goreng sahaja supaya rempah tak hitamkan ayam goreng.
Ikan bawal memang sedap kalau digoreng dan makan panas-panas. Tapi nak lagi sedap, korang boleh tambah hirisan cili, bawang, serai dan perasa seperti sos tiram atau kicap, memang membangkitkan selera makan ye. Tak perlu nak tumbuk atau blender bagai bahan tumisan. Tak percaya anda boleh cuba resipi yang dikongsikan di bawah ini, gerenti makan anda sekeluarga bertambah.
IKAN BAWAL GORENG CILI BAWANG BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal | saiz sederhana dan bersihkan
1 biji bawang besar | dadu kasar
2 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia | hiris halus
1 batang serai | hiris halus
20 biji cili padi | hiris
1 sudu teh air asam Jawa
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya |untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
INFO Selain ikan goreng tumisan cili bawang ini juga sesuai untuk telur dan ikan yang dikukus.
Resipi Daging Goreng Halia ala Chinese Muslim yang sedap, mudah dan lembut. Lengkap dengan cara perap daging serta petua masak supaya lebih juicy dan berperisa.