Kari Sotong Pekat Tanpa Santan, Rasa Macam Makan Dekat Mamak
Sotong Kari Pekat memang menu yang menjadi daya tarikan di restoran-restoran mamak. Tapi awas, hendak ambil lauk Sotong Kari Pekat ini kena hati-hati. Poket mesti tebal sebab biasanya harga untuk makanan laut agak mahal. Jadi jika anda dan keluarga memang suka makan Sotong Kari Pekat, apa kata cuba resipi Sotong Kari Pekat (tanpa santan) seperti yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah
RESEPI SOTONG KARI PEKAT (TANPA SANTAN)
BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong (dibersihkan) 2 tangkai daun kari 1 biji bawang besar (dihiris) 3 ulas bawang putih (dihiris) – BELI ONLINE 1 sm halia (dihiris) – BELI ONLINE 3 sudu perahan asam jawa – BELI ONLINE 1 buah tomato (dibelah 6) Daun ketumbar (2-3 sudu besar) Minyak masak secukupnya – BELI ONLINE Serbuk perasa Garam 7 sudu besar serbuk kari ikan – BELI ONLINE Sedikit air
NOTA: Tidak perlu menggunakan air kerana apabila memasak sotong nanti airnya akan keluar sendiri.
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari. Masak sehingga sedikit keperangan.
2. Kemudian masukkan paste rempah kari (bancuhan serbuk kari ikan dan sedikit air). Kacau sebati, masak sehingga pecah minyak (mengunakan api yang sederhana agar rempah masak dengan sekata dan warna rempah akan kelihatan cantik). Sentiasa kacau, jangan berhenti.
Ads
3. Apabila sudah pecah minyak, masukkan perahan air asam jawa dan kacau lagi sehingga minyak berwarna oren gelap. (Masih menggunakan api sederhana).
4. Selepas itu, masukkan sotong yang telah dibersihkan tadi. Masakkan seketika.
Ads
5. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan tomato. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. (boleh tambahkan cili merah dan cili hijau sebagai hiasan).
6. Tunggu sedikit kering dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.
Sambal ni memang sama naik sedapnya. Ni kalau makan memang tak pandang kiri kanan lah. Min suka versi sambal sotong kembang ini sebab ada ramuan kacang di dalamnya. Dua jenis makanan laut ini sotong dan kerang bila dibuat sambal memang terbaiklah.
Apa pun jenis sambal yang dipilih, pastikan bahan-bahan ditumis hingga pecah minyak dan naik bau cilinya. Barulah tahan lama dan merecik rasa bila memakannya.
SAMBAL SOTONG KEMBANG BERKACANG
BAHAN-BAHAN :– ● 1 kg sotong kembang – dipotong kecil ● 1 mangkuk kacang – ditumbuk(ikut kepekatan yg dikehendaki) ● 1 mangkuk cili kering – rendam dan kisar ● 2 ulas bawang putih ● 5 ulas bawang merah ● 1 biji bawang besar – potong bulat besar ● 2 inc halia ● sedikit air asam jawa ● garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA :-
1. Tumbuk atau kisar bawang putih, bawang merah & halia. 2. Panaskan minyak dah tumis bahan yg telah ditumbuk hingga garing, masuk kan cili kering yg telah di kisar dan biarkan hingga nek minyak. masukkan garam dan gula. 3. Masukkan hirisan bawang besar dan air asam jawa. 4. Bila sedikit pekat,masukan kacang yg telah ditumbuk. masuk kan sotong kembang dan biarkan seketika. biarkan air sotong sedikit kering dan boleh padamkan api..
Like & Share Rasa Share Resepi
SAMBAL TUMIS KERANG
Bahan-bahan: 3 kg kerang (direbus dan ambil isinya) 3 ulas bawang putih (ditumbuk/kisar) 2 biji bawang besar ~ ditumbuk/kisar 3 sudu(kurang atau lebih) cili yg telah dikisar 2 biji bawang besar ~ dihiris 1 cm (sedikit saja) belacan(jika suka) ~ kisar/tumbuk bersama bawang 1 sudu besar air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis Sedikit air ~ jika perlu.
Cara penyediaan: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak. 2. Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata. 3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air. 4. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.
Kredit : http://resepiaidah.blogspot.com
FB : Rasa Share Resipi
ANDA SEDANG MENCARI AIR FRYER, JOM LAYARINYA DI SINI BANYAK PILIHAN DAN TAWARAN YANG ADA.
Resipi rendang udang pedas ini boleh juga jadi menu untuk jamu tetamu yang datang beraya di rumah.
Kalau biasa hidang rendang ayam atau daging untuk kelainan buat rendang udang pedas ini. Memang berselera tetamu makan. Lagi sedap kalau guna udang segar.
Boleh hidang dengan lemang, nasi impit atau makan dengan nasi putih pun sedap juga.
Resepi rendang udang pedas
Bahan-bahan
1/2 kilo udang – ikut saiz kegemaran korang
3 batang serai – kisar
1 inci halia – kisar
1 inci lengkuas – kisar
3 biji bawang besar – kisar
5-6 biji bawang putih – kisar
Cili kering – kisar (ikut tahap pedas yang disukai)
Kacang panjang – potong ikut suka
Sedikit sos tiram
Santan
Kerisik
Gula perang
Garam
Sedikit serbuk lada hitam
Daun kunyit – dihiris halus
Sekeping asam keping
Cara penyediaan
1.Tumis bahan kisar dalam minyak panas sampai naik bau dan pecah minyak.
2.Masukkan garam dan gula perang, kacau rata.
3.Tuangkan santan dan sedikit air, biarkan mendidih dan naik minyak.
4.Masukkan udang dan asam keping, renehkan seketika sampai udang masak sempurna.
5.Tambah kerisik dan kacang panjang, biarkan seketika untuk sebati.
6.Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan serbuk lada hitam, kacau rata dan tutup api.
Pasti ramai yang menggemari lauk pauk berasaskan makanan laut bukan? Bahkan pelbagai hidangan boleh disediakan dengan menggunakan bahan-bahan tersebut. Sama ada yang berkuah, bersambal mahu pun digoreng kering, pastinya lazat-lazat belaka. Bagi yang sangat menggemari lauk sotong, idea masakan dibawah boleh anda cuba.
1. SOTONG SUMBAT BAKAR BERSAMBAL
BAHAN-BAHAN:
4 ekor sotong saiz sederhana
Lidi pencungkil gigi secukupnya
BAHAN UNTUK SUMBAT:
2 biji telur
200gm sayur campur
½ sudu makan sos ikan
1 labu bawang besar ]potong dadu
Minyak masak secukupnya
Garam secukupnya
BAHAN UNTUK SAMBAL:
2 batang serai ] diketuk
125gm santan
10 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
5 biji cili padi
3 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk membuat bahan sumbat; Gaul kesemua bahan untuk sumbat.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan tadi hingga layu. Tutup api dan sejukkan.
Sumbat bahan yang telah ditumis tadi ke dalam sotong. Kemaskan dengan lidi pencungkil gigi. Kelar sedikit bahagian atasnya. Ulangi langkah hingga selesai.
Kemudian bakar sotong di atas kuali leper atau pemanggang.
Tutup api, angkat dan hidangkan di dalam pinggan. Tuang sambal di atasnya.
Sedia untuk dinikmati.
2. KERUTUP SOTONG
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong ]bersihkan
200ml santan pekat
5 ulas bawang merah
3 biji cili padi
1 keping asam gelugur
2.5 cm halia
Garam dan gula secukupnya.
Minyak untuk menumis dan menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:-
Kisar bawang merah, cili padi dan halia. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
Setelah itu masukkan santan dan asam gelugur. Kacau rata.
Setelah mendidih, masukkan sotong tadi dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kacau lagi dan biar mereneh sebelum tutup api.
Angkat dan sedia untuk dihidang.
3. OPOR SOTONG
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong ]bersihkan
100gm bawang merah ]kisar
3 ulas bawang putih ]kisar
10 tangkai cili kering ]kisar
2.5cm lengkuas ]kisar
1 batang serai ]kisar
2 helai daun limau purut
125gm santan
1 sudu makan kerisik
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak ke dalam kuali. Tumis semua bahan kisar sehingga naik wangi dan pekat.
Masukkan serbuk kunyit, serbuk jintan, serbuk ketumbar, kerisik, santan dan daun limau purut. Tambahkan air secukupnya. Kacau sebati dan biar ia mereneh hingga memekat.
Masukkan sotong dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Jika untuk lebih berkuah, boleh tambah lebih air.
4. SOTONG MASAK HALIA
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong ] celur dengan air panas, tos
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2.5cm halia
3 biji cili padi
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan sos tiram
Sedikit daun kucai
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Kisar bawang besar, bawang putih, halia, cili padi bersama dengan air asam jawa dan sos tiram.
Kemudian tumis bahan kisar tadi hingga naik bau.
Masukkan sotong dan masak selama tiga minit. Gaul sekata.
Tutup api, angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh tambah halia yang dicarik untuk lebih rasa halia.
5. RENDANG SOTONG
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong ] potong membulat
2 batang serai ]kisar
15 biji cili padi ]kisar
3 ulas bawang merah ]kisar
1 ulas bawang putih ]kisar
2.5cm lengkuas ]kisar
2.5cm kunyit hidup ]kisar
2 sudu kerisik ]kisar
3 helai daun limau purut ]hiris kasar
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang telah dikisar bersama santan. Biarkan ia memekat. Kacau sebati.
Masukkan sotong dan biarkan seketika. Masukkan daun limau purut yang dihiris kasar. Gaul lagi dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, angkat dan sedia dihidangkan.
6. SOTONG GORENG TEPUNG DAUN KARI
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong ]potong bulat
1 biji telur
2 sudu makan rempah kari
1 tangkai daun kari
60gm tepung gandum
60gm tepung jagung
3 sudu makan tepung beras
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam satu mangkuk, pecahkan telur, masukkan tepung jagung, tepung beras, tepung gandum, daun kari dan rempah kari. Gaul sebati.
Kemudian masukkan sotong ke dalam adunan dan gaul lagi hingga sekata. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan sotong yang telah disalut tepung tadi satu persatu. Goreng dengan api sederhana besar hingga warna kekuningan. Angkat dan tos. Ulangi langkah hingga selesai.
Sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!