Hidangan laut lala kalau direbus saja pun dah cukup sedap, belum lagi jika dimasak pedas, tiga rasa dan sebagainya. Memang menjilat kulit lala dibuatnya.
Cuma satu masalah bila nak masak haiwan laut ini, agak remeh untuk membuang kotoran atau selut yang ada di dalamnya.
Tapi shira.azi berkongsi cara yang mudah sangat untuk kita praktikkan untuk membuat selut dan kotoran dalam siput lala ini. Hanya gunakan cili padi.
Caranya;
Ads
1. Masukkan lala dalam besen dan rendam dengan air.
2. Kemudian potong beberapa tangkai dan masuk dalam besen berisi lala.
Ads
3. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, pada masa ini lala akan mengeluarkan semua kotoran, selut yang ada di dalamnya dan terbuka.
4. Boleh dibilas dan sedia dimasak, bila lala dah terbuka senanglah nak makan.
Bergedel, sama ada dimakan terus sebagai kudapan atau sebagai tambahan dalam masakan lain seperti dalam soto, ramai orang menyukai makan yang diperbuat dari kentang ini. Namun masalah, bila berdel digoreng ia kerap hancur dan terlalu berminyak. Anda yang hadapi masalah ini jangan risau, berikut RASA kongsikan tip atau petua supaya bergedel yang anda goreng tidak hancur dan masak sempurna.
PETUA GORENG BERGEDEL YANG SEMPURNA
1. Campurkan Dengan Tepung Ubi Kayu.
Selain campuran kentang, isi ayam, hirisan sayuran dan perasa, anda juga perlu tambahkan telur dan tepung ubi atau tepung beras sebagai bahan pelekat yang menjadikan campuran bahan bergedil bersatu dan tidak berderai semasa digoreng. Contoh, jika anda menggunakan lebih kurang 1kg ketang anda boleh tambahkan dengan dua biji telur 3 sudu makan tepung ubi kayu. Gaul sebati dan bentukkan bulat dan leperkan seperti bergedel.
2. Masukkan Dalam Peti Sejuk
Bergedel yang siap dibentuk, masukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit, supaya adunan menjadi sebati dan tidak mudah hancur bila digoreng.
3. Celup Dalam Putih Telur
Untuk lebih kemas, celupkan bergedel dalam putih telur terlebuh dahulu sebelum sedia digoreng. Hal ini akan menjadikan bahagian luar bergedel lebih garing dan kemas serta tidak pecah berbanding anda memasukkan sekali kuning telur.
4. Pastikan Minyak Telah Panas
Semasa memanaskan minyak pastikan ia betul-betul panas baru masukkan bergedel. Kemudian laraskan pada api sederhana bila bergedel sudah dalam minyak panas. Pastikan juga bergedel terendam dalam minyak panas tersebut.
5. Balikkan Sekali Sahaja Bergedel Semasa Menggoreng
Elakkan dari sentiasa membalikkan bergedel berulang kali semasa menggoreng. Cukup sekali sahaja, bila bahagian bawah mula keperangan baru terbalikkan. Apabila keseluruhan permukaan bergedel berwarna kecoklatan, boleh angkat dan toskan.
Diharapkan selepas ini anda tidak ada masalah untuk menggoreng bergedel.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bila tiba Aidilfitri, hidangan nasi antara menu istimewa yang wajib ada bagi menyambut kedatangan para tetamu. Antara yang popular ialah Nasi Hujan Panas, Nasi Minyak, Briyani, Nasi Arab dan banyak macam lagi. Untuk menyediakan nasi yang cantik, penggunaan beras Basmathi amat digalakkan.
Ini kerana beras ini tidak mudah patah dan enak. Namun untuk memasak, caranya sedikit berbeza dari beras biasa. Bagi yang pertama kali mencuba, pasti agak was-was dan ada kalanya beras yang dimasak tidak menjadi elok seperti diharapkan.
Untuk mendapatkan nasi basmathi yang lembut, berderai cantik dan tidak berketul, cara-caranya mudah sahaja:
CARA ASAS MASAK NASI GUNA BERAS BASMATHI
1. Sukat beras mengikut jumlah yang anda ingini. Basuh bersih dan toskan airnya.
2. Masukkan beras yang telah dibasuh tadi ke dalam periuk nasi.
3. Masukkan air pada nisbah 1: 1.5. Maksudnya jika anda masak 1 cawan beras, tambahkan 1.5 cawan air. Rendam selama 30 minit.
4. Masukkan periuk ke dalam bekasnya dan masak seperti biasa. Anda pasti kagum dengan hasilnya. Untuk masak aneka nasi bertumis, ikuti langkah-langkah yang dinyatakan dalam resipi.
Info: Pastikan cawan yang digunakan untuk menyukat beras adalah sama dengan cawan yang digunakan untuk menyukat air.
Tumpahan minyak, kicap atau sos di lantai antara kotoran yang paling leceh untuk dibersihkan.
Habis satu dapur perlu bersihkan kalau dibiarkan terutamanya minyak. Penat dan mood memasak pun boleh spoil. Ya lah paling tidak dua kali kena mop.
Tapi sebenarnya ramai suri rumah tak tahu ada cara yang mudah untuk bersihkan tumpahan jenis cecair ini.
Tak perlu ambil mop atau guna air dan sabun pun namun cukup berkesan untuk kembalikan kebersihan lantai.
Apa yang diperlukan cuma tepung gandum saja. Teknik ini dikongsi oleh Chef As – As Homemade. Caranya seperti berikut:
1. Sekiranya kicap, minyak, sos atau sebarang jenis cecair tumpah di lantai jangan terus mop. Cara ini boleh menyebabkan kotoran makin merebak ke bahagian lain.
2. Teknik paling berkesan untuk bersihkan tumpahan jenis cecair ini adalah dengan menggunakan tepung gandum.
3. Taburkan di atas tumpahan dengan rata lalu biarkan seketika supaya tepung dapat menyerap tumpahan.
4. Selepas itu menggunakan sarung tangan, kaut semua kesan kotoran yang sudahpun bergumpal dengan tepung.
5. Ketika ini kerja pembersihan akan jadi lebih senang, cuma perlu kaut gumpalan tepung tadi untuk dibuang.
6. Selepas itu boleh dilap atau dimop lantai jika mahu. Untuk lebih mudah, boleh lihat video perkongsian Chef As.
Ketahui cara masak suhun yang betul supaya tidak menyerap kuah, kekal kenyal dan tidak mudah lembik. Ikuti tip mudah ini untuk hasil sup yang lebih sedap.