Kangkung Tumis Cili Bersantan. Lauk ni memang ringkas tapi rasanya cukup menggoda – lemak santan, pedas cili dan aroma tumisan yang membuka selera. Hidangan ini sangat sesuai dimakan dengan nasi putih panas, sambal belacan atau ikan goreng. Dalam artikel ini, kami kongsikan resepi Kangkung Tumis Cili Bersantan paling mudah, siap dengan tips supaya sayur kekal segar, sedap dan beraroma.

Kangkung Tumis Cili Bersantan ialah masakan tradisional kampung yang menggunakan sayur kangkung sebagai bahan utama. Ia dimasak dengan tumisan bawang, cili dan santan pekat, menghasilkan kuah yang lemak pedas. Resepi ini cukup popular di negeri-negeri Pantai Timur dan Utara, malah sering jadi menu harian kerana mudah dimasak dan bahan pun ringkas.

Ads

Kangkung Tumis Cili Bersantan, Lauk Simple Confirm Sedap!

Resepi Kangkung Tumis Cili Bersantan (Mudah & Sedap)

Bahan-Bahan:

1 ikat kangkung -dipotong
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis
1 sudu cili kisar
Santan segar/santan segera
Garam
Serbuk perasa

Cara Memasak:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili kisar hingga garing kemudian baru masukkan bahan tumbuk. Tumis hingga bawang masak.
  3. Kemudian masukkan sayur kangkong. Kacau sebati Dengan bahan tumisan.
  4. Masukkan garam dan perasa. Bila kangkung agak layu tuangkan sedikit santan. Kacau rata seketika kemudian oleh tutup api dan hidangkan.

Tips Masak Kangkung Tumis Cili Bersantan

  • Jangan masak kangkung terlalu lama supaya kekal hijau segar dan rangup.

  • Kalau nak lebih pedas, campurkan cili padi kisar sekali.

  • Guna santan segar untuk rasa lebih lemak berkrim.

  • Tambah udang segar atau ikan bilis untuk versi lebih padu.

Resepi Kangkung Tumis Cili Bersantan ini memang ringkas tapi penuh nikmat masakan kampung. Dengan bahan asas yang mudah didapati, anda boleh siapkan lauk ini dalam masa kurang 20 minit. Rasanya pedas, lemak dan wangi – cukup untuk buat makan bertambah. Cubalah resepi ini di rumah, pasti seisi keluarga suka!

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Ads

Kangkung Goreng Belacan Sotong – Hidangan Simple Tapi Meletop

Resipi Sotong Kangkung Sedap, Boleh Buat Sendiri Di Rumah

Sambal Tempe Kangkung, Buat Pedas Lagi Sedap

Ads

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Dapatkan resipi, cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI