Ads

Kalau Badan Banyak Angin. Boleh Cuba Daging Bakar Paprika Bawang Putih. Perut kenyang, Badan Ringan.

Jika anda peminat daging bakar, patut cuba resipi yang ini pula. Selain sedap, ramuan yang digunakan boleh membuatkan badan rasa ringan dan selesa.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm daging | hiris nipis dan lebar
  • 10 ulas bawang putih  | titik
  • 1 sudu makan paprika
  • 1 tangkai daun Thym segar
  • 1 sudu makan sos Ranch
  • Sedikit hirisan cili benggala merah dan kuning
  • 1 biji bawang Holland | potong dadu besar
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 1 sudu makan jus lemon
  • 1 sudu teh lada sulah
  • Garam  secukup rasa

 

Ads

CARA  MEMASAK:

1.  Masukkan daging dalam mangkuk.

2.  Campurkan dengan bawang putih bawang Holland, hirisan cili benggala dan daun Thym.

Ads

3.  Seterusnya masukkan sos Ranch, minyak zaitun, jus lemon, serbuk oregano, garam dan lada sulah.

4.  Gaul rata kesemua bahan. Kemudian masukkan dalam bekas  aluminium.

Ads

5.  Panaskan ketuhar hingga 180 C.

6.  Taburkan paprika di atas daging kemudian bakar lebih kurang 10-15 minit.

7.  Sedia dihidangkan dengan sos pilihan anda.

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

5 Khasiat Santan Yang Ramai Tak Tahu, Baik untuk Kesihatan Jika...

Khasiat santan bukan sekadar menyedapkan masakan. Ketahui 5 manfaat santan untuk kesihatan termasuk membekalkan tenaga, vitamin, mineral, antioksidan dan membantu penyerapan nutrien apabila diambil secara sederhana.