Bila nak beli makanan sejuk beku atau frozen food, usah cuak ya. Makanan seperti bebola daging, ayam, salami, peperoni ni ada logo halalnya. Yang ‘bestnya’ produk sejuk beku ni boleh diolah menjadi pelbagai resipi lazat terutamanya dalam sajian barat.
Nah Min kongsi 2 resipi mudah inovasi makanan sejuk beku ilham kreatif dari Chef Mohd Azizi Hamzah, Hizwan Abd. Aziz, Nurul Sazuana Shahidan dan Nor Alia Rohaizan dari Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur.
MEAT BALL AND TORTELLINI IN CREAMY CHEEZY SAUCE
BAHAN-BAHAN :
- 180gm bebola daging
- 20gm bawang holland
- 2 keping keju cheddar
- 20gm cili benggala merah | dicincang halus
- 20gm cili benggala hijau| dicincang halus
- 60gm krim putar
- 240gm pasta tortellini
- 40ml minyak jagung
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang holland, cili benggala merah dan hijau serta bebola daging.
2. Bila bebola daging masak, masukkkan krim putar serta keju cheddar. Kacau hingga pekat
3. Rebus pasta tortellini hingga masak, toskan air.
4. Letakkan pasta di atas pinggan dan tuangkan sos tadi di atasnya
5. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Pasta dan bebola daging
Keistimewaan : Lemak berkrim dari keju, tambah lazat dengan bebola daging
Info Chef : Tortellini adalah pasta berbentuk cincin. Ada juga menyamakan dengan bentuk pusat. Pasta dengan bebola daging di dalam kuah/sos memang padanan yang lazat.
STUFFED POTATO WITH PEPPERONI SALAD
BAHAN-BAHAN :
- 60gm peperoni
- 100gm chat potato @ baby potato *kentang kecil sesuai untuk stim dan bakar
- 40gm keju mozarella
- 4gm oregano kering
- 20gm tomato pronto ‘sos tomato Itali pekat ada dijual dalam tin”
- 20gm cili benggala merah | dipotong dadu
- 10gm bawang putih | dihiris
- 4gm english parsli | dihiris
CARA MEMASAK :
1. Cuci ubi kentang dan keringkan. Kentang dipotong halus (kelar)tinggalkan sehingga 1/8 inci yang tidak dipotong.Dikelar jangan sampai terputus.
2. Letak peperoni di tempat yang dikelar tadi dan taburkan sedikit oregano
3. Bakar sehingga 15 minit pada suhu 160 darjah celcius.
4. Apabila ubi kentang telah masak letakkan tomato pronto, cili benggala merah, bawang putih dan keju mozarella
5. Akhir sekali taburkan parsli, sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : bakar
Jenis masakan : Appetizer (pembuka selera)
Keistimewaan : Kentang empuk enak dengan peperoni dan keju berkrim
Info Chef : Untuk sajian ini pilih kentang yang bersaiz kecil yang juga dikenali sebagai chat potato atau baby potato kerana ia lebih sesuai untuk dibakar atau stim. Empuk dan lembut.
TERIMA KASIH : HOTEL SRI PETALING KUALA LUMPUR, 30, Jalan Radin Anum, Sri Petaling, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. www.hotelsripetaling.com.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI