Anda penggemar jeli kelapa? Berbuka puasa dengan jeli ni memang layan. Boleh buat sendiri kalau nak puas makan.Letak dalam peti sejuk memang sedap tambah dengan cuaca panas sekarang memang sesuai nikmatinya.
Jeli Kelapa
Bahan-bahan:
10 biji kelapa muda
Serbuk jelly kelapa
Gula
Bekas kecil
Ads
Isi kelapa
Cara membuat:
1.Didihkan air kelapa bersama air 3000ml. (saya guna 3000ml air kelapa, tak campur air)
2.Masukkan gula dua senduk sehingga larut. Masukkan sepaket serbuk kelapa.
Ads
3.Masak hingga mendidih,terus tutup api.
4.Sediakan bekas kecil, letak isi kelapa dan tuang. Biar sejuk baru tutup.
Menikmati kerepek sungguh melekakan. Sebalang menghadapnya pun habis. Nak puas makan lebih baik buat sendiri. Ini min kongsi cara mudah buat kentang goreng.
BAHAN-BAHAN:- 3 biji kentang 2 sudu makan cuka 500ml air Sedikit perencah maggi kari Sedikit perencah pasti sedap Knorr Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1. Hiris kentang nipis-nipis menggunakan pisau buah. 2. Didihkan air bersama cuka terlebih dahulu. Kemudian masukkan hirisan kentang tadi. Perlahankan api. Biar selama tiga minit. 3. Angkat dan cuci kentang tadi dan toskan sebelum menggoreng. 4. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana besar. Bila nampak kekuningan , angkat dan toskan. 5. Tabur sedikit perencah maggi kari dan perencah pasti sedap Knorr atau apa-apa perencah yang disukai.
Nanas selain enak dijadikan jus, bahan masakan dan inti biskut tart, sesuai juga dijadikan masakan puding. Rasa masam-masam manis pada buah nanas menjadikan Puding Nanas begitu enak dinikmati. Ini resipi Puding Nanas yang dikongsikan oleh Chefobie Untold. Sesuai sangat dihidangkan pada tetamu terutama ketika cuaca panas sekarang. Memang jadi penyejuk tekak.
RESIPI PUDING NANAS
BAHAN-BAHAN:
BAHAN 1:
1 mangkuk nanas Josephine @ Morris @ sebarang jenis nanas 500 ml air 1 cawan gula –beli online Secubit garam – beli online 3 sudu besar tepung jagung – beli online 1 paket serbuk agar-agar
BAHAN 2:
1 tin susu evaporated Ideal (susu sejat) – beli online 1 cawan air 2 sudu besar gula pasir 1/2 sudu teh garam 3 sudu besar tepung jagung 1 paket serbuk agar-agar – beli online Esen vanilla (jika suka) – beli online
CARA MEMBUAT:
1. Kisar nanas dalam mesin pengisar.
2. Sediakan 2 pot berasingan. Setiap pot mewakili bahan 1 juga bahan 2.
3. Masukkan kesemua bahan dalam pot kecuali tepung jagung. Masak bahan pada api sederhana dan kacau perlahan-lahan.
4. Apabila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung (letak sedikit air) ke dalam pot 1 dan pot 2. Kacau sehingga pekat dan bolehlah matikan api.
5. Gunakan loyang 8’inci atau 7’inci yang telah dibasahkan. Sudukan adunan secara bertindih sehingga selesai. Biar seketika di luar kemudian simpan di dalam peti sejuk. Enak dinikmati ketika sejuk.
Ada sesiapa yang teringin nak makan kek pandan gula melaka? Sedap buat untuk minum petang. Kalau nak beli boleh tahan juga mahalnya. Jadi jomlah kita buat sendiri. Hasil air tangan sendiri ni biasanya sedap. Betul tak??
Kek Pandan Gula Melaka
Untuk kek ( bahan 1)
Cara membuat: 1.Campurkan bahan 1 dan 2. Adun sampai putih pucat. Adunan akan menjadi 2 kali ganda. 2.Masukkan butter yang dicairkan. Kacau guna senduk je bagi rata. 3.Boleh bakar api atas bawah suhu 160 bakar selama 50 minit hingga sejam ikut oven masing-masing.
Untuk cream Bahan-bahan:
Cara membuat: 1.Campurkan telur dan gula masak guna kaedah double boil hingga gula hancur. 2.Bila gula dah hancur terus masukkan dalam mixer. Adun sampai adunan bertanduk. 3.Masukkan butter ,esen pandan dan serbuk santan mixer sampai sebati dan licin. 4.Boleh lah deco atas kek.
Untuk gula melaka 50gram gula melaka 1 sudu gula merah serbuk 1 sudu gula kastor 2 helai daun pandan 1/2 cawan air
Cara membuat:
1.Campur semua dan masak bagi sederhana pekat,tabur atas kek selepas deco.
Teknik brine ayam goreng buat isi ayam lebih juicy, lembut dan garing di luar. Ikut cara mudah ini untuk hasil ayam goreng kunyit yang luar biasa sedap.