
Enaknya menu Ikan Merah Masak Cuka ni. Salah satu resipi lauk yang sangat mudah disediakan dan tidak menggunakan terlalu banyak bahan. Walaupun ringkas begini, rasanya memang sangat sedap dan membuka selera. Rasa masam-masam cuka, menaikkan lagi selera makan. Nikmat tak terkata. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ini. Anda pasti puas hati.
CARA MEMASAK IKAN MERAH MASAK CUKA YANG SIMPLE & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1kg potongan ikan merah
3-4 sudu besar cuka masakan – beli online disini
10 biji cili padi merah (jangan diketuk)
½ biji timun – dipotong
1 biji tomato – belah 6
1 sudu besar biji sawi – beli online disini
1 biji bawang besar – dipotong bulat
3 ulas bawang putih – dihiris
2cm halia – dihiris
1 batang serai – diketuk
1/2 sudu teh garam
400-500ml air
1 sudu serbuk perasa
1/4 sudu teh serbuk kunyit – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Ikan dicuci bersih dan direndam sebentar bersama air garam. Bilas dan lumur bersama garam serta serbuk kunyit sebelum digoreng.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan biji sawi. Biarkan biji sawi meletup letup sebentar.
3. Masukkan hirisan halia, bawang putih dan serai. Masak sehingga sedikit keperangan dan naik bau.
4. Seterusnya masukkan bawang merah dan cili padi merah.
5. Masukkan cuka, air, serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa. Rasa terlebih dahulu supaya dapat rasa yang anda mahukan.
6. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng, hirisan timun dan juga tomato. Biarkan ianya masak dan mereneh seketika. Padamkan api.
7. Ikan Merah Masak Cuka siap untuk dihidang. Enak dimakan bersama nasi.
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Himpunan 30 Resipi Menu Sahur Terbaik Sepanjang Bulan Ramadan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
5 Resipi Negeri Sembilan Jadi Pilihan Dato’ Ayu Untuk Menu Rumah Terbuka!

Sibuk bukan alasan wanita VIP ini masuk dapur menyediakan juadah bagi meraikan tetamu di majlis Rumah Terbuka yang diadakan setiap tahun. Menurut beliau sepanjang bulan Syawal adalah bulan meraikan para tetamu.
Biarpun beliau dan suami menetapkan satu tarikh tetap untuk Rumah Terbuka secara rasmi. Namun hakikatnya wanita kelihatan jelita dan awet muda ini mengakui sepanjang Syawal pintu rumah beliau sentiasa terbuka.
“Nama pun bulan raya, bulan ziarah-menziarahi sambil bermaaf-maafan. Tidak kiralah ahli keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan dan para pekerja saya, jika ingin datang saya sekeluarga tetap berbesar hati menerima kehadiran mereka. Kalau sempat masak, saya akan masak walaupun satu dua jenis masakan. Bila tidak sempat, sebahagian masakan akan saya tempah,” ujar Dato’Normashayu Puteh, Ketua Pegawai Ekskekutif Opiel Secrets (M) Sdn. Bhd.
Cerita Dato’Ayu bukan hanya mengadakan rumah terbuka tetapi sepanjang Ramadan beliau juga sering mengadakan majlis berbuka puasa untuk kakitangan. Kerana itu istilah rumah terbuka bagi beliau bukan hanya di bulan Syawal semata, bila-bila sahaja boleh.
“Saya sendiri suka memasak dan menjamu kawan-kawan atau sanak saudara. Disebabkan saya orang Negeri Sembilan, masak lemak cili padi dan rendang daging atau ayam kampung cili padi. Selalu rendang ini saya hidangkan dengan nasi impit adalah menu wajib. Masakan ini juga yang menjadi permintaan ramai tetamu saya.
UDANG SAMBAL PETAI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg udang saiz XL | bersihkan dan toskan
- 200gm petai
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 5 sudu makan pes cili kering
- 2 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
Bahan Kisar:
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- 3cm halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng udang separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bawang besar, diikuti bahan kisar.
- Kacau hingga garing dan pecah minyak.
- Masukkan petai, kacau lagi.
- Masukkan udang, air asam, garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api, biarkan mereneh lebih kurang tiga minit atau timbul minyak.
- Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:
Untuk mengurangkan bau petai, goreng petai dan masukkan bersama petai.
…..
GULAI LEMAK CILI PADI AYAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam kampung | potong sederhana
- 3 biji kentang | belah dua
- 2 helai daun kunyit | disiat-siat
- 4 batang serai | dititik
- 500 ml santan cair
- 500ml santan pekat
- 2 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar:
- 4 ulas bawang merah
- 10 biji cili padi
- 4cm kunyit hidup
- 2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
- Masukkan ayam yang telah dibersihkan di dalam periuk bersama, asam gelugor santan cair dan seperuh dari bahan kisar.
- Masak sehingga isi ayam empuk dan kuah kering.
- Kemudian masukkan santan pekat,serai, daun kunyit dan separuh lagi bahan kisar.
- Sentiasa kacau sehingga kuah mendidih.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api, biarka gulai mereneh lebih kurang lima minit lagi.
- Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:
Jika ingin lebih pedas anda boleh tambah cili padi.
….
KARI KEPALA IKAN
BAHAN-BAHAN:
- 4 keping kepala ikan tenggiri
- 1liter santan
- 5 sudu makan rempah kari ikan
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu makan halba campur
- 1 sudu teh biji sawi
- 1 tangkai daun kari | leraikan dari tangkainya
- 4 biji kacang bendi
- 1 biji terung bulah | belah empat
- 2 biji cili hijau | potong 3cm
- 1 biji cili merah | potong 3cm
- 2 biji tomato | belah empat
- 2 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
Bahan Kisar:
- 6 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 4cm halia muda
CARA MEMASAK:
- Panaskan, minyak, tumiskan halba campur dan daun kari hingga wangi.
- Masukkan bahan kisar, kacau seketika.
- Kemudian masukkan pula rempah kari dan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan air asam jawa dan santan, terus memasak hingga mendidih.
- Baru masukkan kepala ikan dan biarkan sehingga masak.
- Masukkan terung, kacang bendi, garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali sebelum angkat, masukkan cili dan tomato.
INFO CHEF:
Selaian kepala ikan tenggiri, kepala ikan merah dan jenahak juga boleh digunakan untuk kari kepala ikan.
….
PUTERI AYU
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji telur gred A
- 240gm gula halus
- 240ml santan
- 1 sudu teh pes pandan
- 1 sudu makan ovallete
- 270gm tepung gandum
- 1 1/2 sudu makan tepung ubi
Bahan Lapisan Kelapa:
- 3 cawan kelapa parut
- 3 sudu makan tepung jagung
- Sedikit garam halus
CARA MEMASAK:
- Campurkan tepung gandum dan tepung jangung. Ketepikan.
- Campurkan juga semua bahan kelapa, kemudian gaul rata, ketepikan.
- Sapukan acuan dengan sedikit minyak masak.
- Kemudian masukkan satu sudu teh parutan kelapa. Kemudian padatkan.
- Putar gula dan ovallate hingga rata.
- Seterusnya masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang.
- Masukkan pula pes pandan. Putar lagi hingga sekata warna hijaunya.
- Perlahankan putar pengisar, masukkan tepung berselang seli dengan santan hingga habis dan sebati.
- Sudukan adunan ke dalam acuan yang berisi kelapa tadi.
- Panaskan pengukus, kemudian kukus selama 15 minit. Angkat.
- Sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.
INFO CHEF:
Lebih sedap menggunakan kelapa yang tidak terlalu tua dan ambil putihnya sahaja.
….
RENDANG DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging batang pingang | hiris nipis dan lebar
- 1 kg santan pekat
- 2 sudu makan kerisik
- 2 sudu makan pes cili kering
- 4 batang serai | dititik
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menumis secukupnya
Bahan Perap Daging:
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 3 sudu besar kicap pekat manis
- Bahan Rempah Penumis:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 4 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga.
Bahan Kisar:
- 10 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 3cm lengkuas
CARA MEMASAK:
- Bersihkan daging dan toskan airnya.
- Masukkan daging dalam bekas bersama kicap pekat, serbuk ketumbar,jintan manis dan jintan putih.
- Gaul rata, ketepikan dan perap 30 minit.
- Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama serai hingga wangi.
- Masukkan pula bahan kisar, kacau seketika.
- Seterusnya masukkan pes cili, terus kacau lagi.
- Setelah pecah minyak, masukkan daging, dan terus didihkan hingga kering air daging.
- Kemudian masukkan santan, garam dan gula secukup rasa.
- Bila kuah pekat lengkapkan rasa dengan kerisik.
- Kecilkan api, kacau rata sehingga rendang garing.
- Setelah timbul minyak dan rendang bertukar warna merah kehitaman, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:
Untuk rasa rendang yang lebih sedap, 30 minit sebelum angkat,kecilkan api dan sentiasa kacau sehingga timbul minyak.
…..
Puding Roti Kastard Dengan Warna Memikat, Tambah Selera Nak Makan

Minum petang hari ni kita buat yang special sikit. Biasa makan puding roti warnanya senada sahaja. Bagi menaikkan mood bila nak menjamah nanti, boleh tambahkan gabungan warna pada kastard. Makan pula sejuk sejuk, memang nikmat. Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Norfazida Gda
PUDING ROTI KASTARD
Bahan puding roti:
1 bungkus roti putih (potong/carik)
1 tin susu cair-BELI ONLINE DI SINI
1 cawan gula (saya kurangkan)
1sudu besar butter (cairkan)-BELI ONLINE DI SINI
½ sudu kecil esen vanilla-BELI ONLINE DI SINI
1 biji telur
Kismis secukupnya
Cara memasak:
1.Satukan semua bahan kecuali roti dan kismis. Kacau hingga sebati.
2.Susun roti yang dipotong/carik halus ke dalam loyang yang telah disapukan butter.
3.Tuangkan bahan yang telah dicampur tadi. Tekan dan padatkan permukaan roti. Taburkan kismis di atasnya.
4.Kukus selama 20 minit dengan api sederhana. Sejukkan. #zida2004
Bahan kastard:
10gm agar-agar-BELI ONLINE DI SINI
2 cawan air
1 tin susu cair
3 sudu besar gula (ikut cita rasa)
3 sudu besar tepung kastard (bancuh dengan air)-BELI ONLINE DI SINI
¼ sudu kecil garam
Sedikit pewarna pilihan
Cara membuat:
1.Masak agar-agar bersama air hingga sebati. Masukkan gula, masak hingga gula larut sepenuhnya.
2.Perlahankan api, masukkan susu cair, tepung kastard dan garam. Kacau hingga menjadi sedikit pekat.
3.Tutup api. Jika nak letak lebih dari satu pewarna, bahagikan kepada beberapa bahagian kemudian letakkan pewarna pilihan dan kacau sebati.
4.Tuangkan satu bahagian ke atas puding roti yang telah sejuk. Biarkan sedikit membeku. Tuangkan satu bahagian lagi adunan kastard ke atas kastard yang sebelumnya. Ulang lagi langkah yang sama jika masih ada baki adunan kastard.
5.Biarkan sejuk. Simpan ke dalam peti ais selama beberapa jam sebelum dipotong dan dihidangkan.
Kredit:#norfazidagda
Video 20 Resipi Sajian Minum Petang Mudah & Sedap Sempena Merdeka
http://www.rasa.my/20-resipi-kuih-manisan-lauk-pauk-berasaskan-ubi-kayu/
Cucur Manis Sticks, Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam

Minum petang apa yang hari ini? Jom tengok apa yang ada di dapur. Bila ada tepung gandum boleh buat cucur manis sticks atau churros versi kampung.Sedap makan petang-petang ni, lagi-lagi kalau hujan perghh layan.Kalau nak buat lagi gemuk-gemuk pun boleh je. Nak buat bentuk lain, ikut cita rasa anda.
CUCUR MANIS STICKS
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan air
- 3-4 sudu besar gula
- 1 sudu besar minyak masak
- 1 sudu kecil garam
Cara membuat:
1.Mula-mula masak air, gula, minyak dan garam. Masak sampai semua gula larut. Air dah mendidih, tutup api.
2.Letak tepung dalam bekas yang sesuai. Saya guna tepung gandum cap ros. Tepung lain kadang-kadang jadi lembik sikit.
3.Tuang air gula yang dimasak tadi ke dalam tepung.
4.Kacau-kacau, gaul rata. Tunggu sejuk sikit, uli-uli pulak dengan tangan, nak pastikan semua tepung sebati dengan air gula.
5.Ni rupa lepas dah uli. Doh ni sepatutnya tak melekat dekat tangan.
6.Bentukkan panjang-panjang macam ni, lepas tu potong. Ikut suka nak potong jadi panjang mana.
7.Panaskan minyak, goreng guna api sederhana. Balik-balikkan, goreng sampai perang.
8.Dah siap.
9.Cicah pulak dengan sos thai, sedap.
Kredit:E-mah Najmah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Paprik Sardin & Telur Dadar Gebu, Lauk Simple Tapi Sedap!
Resipi Baby Pancake Viral. Mudah Je, Dah Sejuk Pun Masih Lembut
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa