
Buat penggemar keju, ini ada satu lagi resipi yang boleh anda cuba. Nampak sedap dan menarik. Bukan hanya sedap untuk anda, malahan anak-anak pun mesti suka. Sesuai dijadikan hidangan minum petang. Jom kita cuba resipi Roti Basque Burnt Cheese Topping oleh Ida Osman ini.
ROTI BASQUE BURNT CHEESE TOPPING
BAHAN-BAHAN:
- 100 gram cream cheese
- 2 keping keju cheddar yang telah disiat-siat
- 40 gram susu cair
- 40 gram gula caster
- 20 gram butter tawar
- 2 biji kuning telur
- 1/4 sudu teh esen vanilla
CARA PENYEDIAAN:
1. Dengan menggunakan api perlahan, panaskan cream cheese, keju slice dan susu sehingga cair. Sentiasa kacau untuk mengelakkan keju hangus.
2. Kemudian, masukkan gula. Setelah gula larut, masukkan butter. Kacau sehingga butter sebati, barulah masukkan kuning telur.
3. Kacau tanpa henti sehingga adunan pekat seperti kastard. Matikan api dan masukkan esen vanilla. Kacau hingga sebati.
4. Sapu kastard ini di atas roti. Susun dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 200, kira-kira 1o minit atau sehingga bahagian topping kelihatan hangus.
TIP:
– Jangan bakar terlalu lama. Kastard keju akan mengering.
– Cara menyapu kastard keju bergantung pada selera masing-masing. Lagi tebal kastard, lebih sedap rasanya.
Jika anda sedang mencari MICROWAVE yang murah dan berkualiti, boleh klik DISINI.
KREDIT RESIPI & FOTO: IDA OSMAN
Artikel berkaitan yang boleh dibaca:
Lelaki Ini Olah Roti Jadi Biskut Kering Bergula, Kreatif Sungguh!
Roti Manis Uli Tangan Pun Lembut & Gebu Aje. Ikut Arahan Membuatnya.
Resipi yang boleh anda cuba di rumah:
Resipi Ringkas Nasi Lemak RM1, Boleh Buat Niaga Kecil-Kecilan

Nasi lemak, antara menu sarapan yang paling digemari. Lagi sedap, sambal yang lemak dan pedas-pedas manis menambahkan lagi rasa istimewa nasi lemak.
Melalui perkongsian resipi nasi lemak oleh Rusma Liana ini, dia menggunakan resipi untuk membuat jualan nasi lemak dengan harga RM1 satu bungkus.
Resipi ini boleh menghasilkan 115 bungkus nasi lemak, dengan lauk ikan bilis goreng dan telur rebus.
RESIPI RINGKAS NASI LEMAK RM1
BAHAN UNTUK NASI:
5kg beras
½ cawan minyak masak (untuk menumis) – beli online di sini
2 biji bawang besar/halia | dikisar
3 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang – untuk menumis)
1 cawan santan pekat – beli online di sini
4 batang serai – beli online di sini
3 helai daun pandan
5 sudu gula – beli online di sini
5 sudu garam – beli online di sini
200gm ikan bilis (saya guna yang harga RM40 untuk 1kg) – beli online di sini
30 biji | direbus dan dibelah 4
TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live
TONTON Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja | Dapur Rasa Live
CARA MASAK:
1. Panaskan minyak. Masukkan serai, daun pandan, 3 sekawan dan bahan kisar. Tumis hingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan beras. Kacau-kacau supaya sekata.
3. Masukkan gula dan garam. Kacau-kacau. Kemudian, masukkan santan dan air. Pastikan air sama banyak dengan beras. Ukur beras guna besen sama dengan air. Tunggu sampai kering. Perlahankan api.
4. Goreng ikan bilis. Dah garing, angkat dan toskan.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
BAHAN UNTUK SAMBAL:
100gm cili kering – beli online di sini
Minyak ikan bilis
1.5kg bawang besar – beli online di sini
12 sudu gula
1 ½ sudu garam
1 sudu ajinomoto
2 asam keping – beli online di sini
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak ikan bilis tadi. Masukkan bahan kisar (cili kering dan bawang besar). Tumis sampai kering, baru masukkan bahan perasa; garam, gula, ajinomoto dan asam keping.
2. Kacau sehingga sebati. Bila dah masak, tutup api.
*Untuk daun pisang, saya cari sendiri di kebun. Jadi, untuk ini saya dah jimat kos pembungkusan.
*Boleh tengok DI SINI untuk tutorial cara saya bungkus nasi lemak.
Kredit resipi: Rusma Liana
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Hidangan Lengkap Nasi Kuning Bersama Daging Goreng Terengganu & Acar Nenas
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Sedapnya, Pekena Saffron Buns Dengan Teh Panas

Saffron Buns, dibuat dengan saffron atau koma-koma, dan sedikit serbuk pelaga. Sedap dimakan dengan teh panas.
Ada yang terus dimakan, ada yang disimpan dalam peti sejuk untuk hidangan lain hari.
Menerusi perkongsian daripada Ida Alina Salleh ini, dia mendapat ilham resipi roti ini daripada sebuah blog Inggeris.
RESIPI CARA BUAT SAFFRON BUN
BAHAN-BAHAN:
250ml susu segar
1 sudu besar gula – beli online DI SINI
1 sudu kecil saffron atau koma-koma
10gm yis atau 1 paket (macam Mauri Pan) – beli online DI SINI
4 ½ cawan tepung gandum (all purpose flour) – beli online DI SINI
½ cawan gula
1 sudu kecil garam – beli online DI SINI
1 sudu besar isi buah pelaga yang telah dikisar
TONTON Dapur Rasa Live: Roti Pintal Kurma
TONTON Let’s Cooking: Roti Sardin Patayya
ADUNAN YIS & SUSU
2 biji telur
1/4 cawan sour cream /Green yogurt
6 sudu besar mentega lembut
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA-CARA:
1.Panaskan susu, gula dan saffron. Bila gula dah larut dan susu dah berwap, matikan api. Sejukkan sebentar hingga suam kuku.
2.Masukkan yis. Kacau dan biarkan ramuan ini berbuih antara 5-10 minit.
3.Sementara itu, dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum, gula, garam dan isi buah pelaga.
[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]
4. Bila adunan yis sudah berbuih, buat lubang pada adunan tepung, masukkan
adunan yis dan susu.
5. Kacau semua bahan, bila dah bergaul, uli selama 10-20 minit, hingga adunan elastik dan tak melekat pada tangan. Biarkan adunan mengembang 2 kali ganda (antara 45 minit hingga 1 jam).
6. Bila adunan sudah mengembang, tumbuk dan bahagikan adunan pada 10-12 biji. Buat seperti tali, bentukkan “S”.
7. Biarkan ia kembang kembali dalam setengah jam. Sapukan telur dan letak raisin (saya gunakan cranberries) yang telah direndam dalam sedikit air dan jus lemon.
8. Panaskan ketuhar 180C. Bakar antara 15-22 minit.
Kredit resipi: Ida Alina Salleh
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Kreatif! Kalau Ada Lebihan Nasi Dingin, Boleh Buat Sushi Egg Roll
Sedap & Lembut, Ini Cara Buat Har Gow @ Crystal Shrimp Dumpling
Bagi Yang Dah Bosan Makan Pancake Cara Biasa, Jom Buat Cereal Pancake
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Imbau Nostalgia Lama Dengan Menu Masakan Tradisi Sempena Merdeka

Jom lihat seleksi resipi tradisi yang RASA kongsikan kali ini. Ada pelbagai hidangan memikat selera warisan orang-orang lama yang boleh anda cuba. Cara penyediaannya tidaklah susah cuma ada sesetengah resipi menggunakan bahan masakan yang jarang kita gunakan dalam masakan seharian seperti daun gelugur, daun nipah, umbut pisang dan sebagainya. Buat yang merindui masakan tradisi bolehlah cuba .
DAGING SEMUR ALA SARAWAK
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging | dihiris sederhana tebal
12 tangkai cili kering | digunting serong
4 ulas bawang merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
5cm halia | dihiris memanjang
50gm biji ketumbar | disangai dan ditumbuk sedikit
2 sudu makan cuka-BELI ONLINE DI SINI
2 sudu makan kicap pekat-BELI ONLINE DI SINI
2 sudu makan kicap manis-BELI ONLINE DI SINI
Sedikit garam dan gula
Air untuk merebus secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN REMPAH TUMIS:
5cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
TONTON GERENTI JADI: Resipi Lempeng Bunga Ros
CARA MEMASAK:
- Rebus daging sehingga empuk. Toskan airnya.
- Kemudian goreng daging sehingga masak. Angkat dan ketepikan seketika.
- Seterusnya masak bahan tumis, bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia sehingga wangi.
- Masukkan kicap pekat, kicap manis dan cuka diikuti daging yang telah digoreng tadi. Kacau hingga semua bahan sekata dengan daging.
- Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
- Akhir sekali, masukkan biji ketumbar. Kacau rata. Siap untuk dihidangkan.
Info chef: Elakkan menggoreng daging terlalu garing kerana daging akan menjadi liat dan kering.
Saiz hidangan: 6 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Sedikit pedas dan berempah
Jenis penyediaan: Menu tradisi
Cara memasak: Rebus, goreng dan tumis
Anggaran harga: RM22.00
GULAI IKAN DAUN GELUGUR
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tongkol bersaiz sederhana | dipotong kecil
10 biji cili padi merah | dikisar
10 biji cili padi hijau | dikisar
2cm kunyit | dikisar
1 biji bawang besar | dikisar
8 helai daun asam gelugur
Santan cair secukupnya
250ml pati santan
250ml air
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Daun asam gelugur dimayang halus dan dicelur di dalam air panas sekatika. Ramas dan buang sedikit airnya. Ketepikan.
2.Masukkan air dan bahan kisar ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan ikan dan santan cair secukupnya. Masak seketika sehingga ikan kelihatan agak masak.
- Seterusnya masukkan pati santan. Kacau hingga sebati dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
- Setelah kuah kelihatan agak pekat, masukkan hirisan daun asam gelugur.
- Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Daun asam gelugur berfungsi memberikan rasa masam pada hidangan. Jika tiada, gantikan dengan asam keping.
Saiz hidangan: 6 orang
Waktu memasak: 50 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Isi ikan yang lembut serta kuah yang mempunyai harum daun gelugur
Jenis penyediaan: Menu tradisi
Cara memasak: Didih
Anggaran harga: RM12.00
PAJERI REBUNG UTARA
BAHAN-BAHAN:
2 batang rebung muda | dipotong kecil dan dikelar sedikit
1 bungkus kecil rempah kari daging
400ml santan pekat
1 ulas bawang putih | ditumbuk halus
3 ulas bawang merah | ditumbuk halus
2cm halia | ditumbuk halus
Sedikit kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 sudu makan kerisik
2 sudu makan udang kering
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk diikuti rempah kari, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi.
- Masukkan sedikit air dan biarkan sehingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan rebung. Masak seketika sehingga rebung kelihatan serasi dengan kuah.
- Masukkan antan, udang kering, kerisik, garam dan gula dengan secukup rasa.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Untuk rasa lebih enak, celur rebung seketika. Toskan air rebusan dan barulah dimasak.
Saiz hidangan: 5 orang
Waktu memasak: 35 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Rasa rebung segar yang manis
Jenis penyediaan: Menu tradisi
Cara memasak: Tumis dan didih
Anggaran harga: RM10.00
UDANG TEMPOYAK KUALA KANGSAR
BAHAN-BAHAN:
1/2kg udang segar bersaiz sederhana
3 ulas bawang putih | dikisar
4 ulas bawang merah | dikisar
10 biji cili padi | dikisar
1cm kunyit hidup | dikisar
5 sudu makan tempoyak
800ml air
2 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk. Tambahkan air dan biarkan mendidih.
- Kemudian masukkan tempoyak. Kacau rata.
- Seterusnya masukkan udang, daun kunyit dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Biarkan sehingga udang masak.
- Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Jumlah tempoyak dan cili padi boleh diubah mengikut cita rasa anda.
Saiz hidangan: 6 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Pedas dan enak
Jenis penyediaan: Menu tradisi
Cara memasak: Didih
Anggaran harga: RM17.00
KARI UMBUT PISANG DAN TETEL
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging tetel | dihiris nipis
2 batang umbut pisang lembut | dibersihkan dan dipotong serong
50gm serbuk kari daging
4 sudu makan kerisik
5 ulas bawang merah | ditumbuk
2 ulas bawang putih | ditumbuk
250ml air
400ml santan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Gaul daging bersama serbuk kari dan kerisik. Ketepikan.
- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing.
- Masukkan sedikit air dan daging. Masak sehingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan santan. Kacau sehingga sebati dan biarkan daging empuk.
- Tambahkan umbut pisang dan perasakan dengan garam secukup rasa.
- Setelah umbut kelihatan lembut, angkat dan nikmatinya bersama nasi panas.
Info chef: Penggunaan daging tetel yang berurat dan sedikit berlemak memberikan rasa yang lebih enak.
Saiz hidangan: 7 orang
Waktu memasak: 50 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Kombinasi daging dan umbut yang mempunyai rasa tersendiri
Jenis penyediaan: Menu tradisi
Cara memasak: Tumis dan didih
Anggaran harga: RM25.00
KUIH BARONGKO
BAHAN-BAHAN:
10 biji pisang raja atau nipah ranum | dikupas dan dibuang bahagian hitam di tengahnya
2 biji telur | dipukul sedikit
150ml santan
50gm gula pasir
1/2 sudu teh esen vanila
1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan | dipotong sepanjang 10cm
Daun pisang dan lidi secukupnya
CARA MEMASAK:
- Daun pisang dilayur sedikit dan digunting anggaran 30x15cm.
- Lenyek pisang sehingga hancur dan masukkan gula pasir, telur, garam, esen vanila dan juga santan. Kacau hingga sebati.
- Ambil daun pisang dan letakkan daun pandan. Sudukan adunan pisang tadi dengan secukupnya. Bungkus dan sematkan dengan lidi dengan kemas. Ulang langkah sehingga adunan habis.
- Kukus kuih barongko selama 30 mint atau sehingga masak. Siap untuk dihidangkan.
Info chef: Kuih ini juga boleh di kukus dalam loyang.
Saiz hidangan: 10 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Kuih yang lemak dan tidak terlalu manis
Jenis penyediaan: Menu tradisi
Cara memasak: Kukus
Anggaran harga: RM8.00
BELEBAT UBI SAGU
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 kg ubi kayu | diparut dan diperah airnya
200gm gula merah
16 sudu makan gula
750ml santan
100gm kelapa putih yang dicampur dengan sedikit garam
3 sudu makan sagu mata ikan | dicuci bersih
Daun pisang secukupnya | dilayur
CARA MEMASAK:
- Masak gula merah dan gula pasir sehingga larut. Tapiskan.
- Masukkan air gula ke dalam bekas berisi parutan ubi. Campurkan santan dan sagu. Gaul sebati.
- Sudukan sedikit adunan ubi kayu ke atas daun pisang. Kemudian letakkan inti kelapa diikuti sedikit lagi adunan ubi kayu. Bungkus dengan kemas dan ulang langkah sehingga adunan habis.
- Panaskan periuk kukusan dan kukus kuih selama 30 minit atau sehingga masak.
- Enak dinikmati panas.
Info chef: Pastikan ubi kayu diparut dengan halus bagi mendapatkan tekstur kuih yang cantik.
Saiz hidangan: 10 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Lemak, manis dan lembut
Jenis penyediaan: Menu tradisi
Cara memasak: Kukus
Anggaran harga: RM12.00
KERJASAMA: PUAN SHARIFAH MARIAM BINTI SYED SHAFIE DARI DUNGUN, TERENGGANU.
Cara Mudah Potong Seekor Ayam Segar Kepada Bahagian-Bahagian Kecil