Sebut je puding memang ramai yang tak pernah jemu makan,  kadang tengok je dah kecur air liur, macam tarasa-rasa sedapnya kat tekak.  Lebih sedap bila ia dihidangkan sejuk-sejuk, memang menyelerakan. Tapi kalau nak makan yang sedap-sedap kenalah buat sendiri. Takda resipi, cuba je empat jenis puding yang RASA kongsikan ini.

Jangan lupa masukkan dalam senarai sajian Aidiladha nanti. Pencuci mulut terbaiklah.

1. PUDING AISKRIM OREO

BAHAN-BAHAN :

  • 8gm serbuk agar-agar
  • 100gm gula
  • 500gm air
  • 250gm krim putar
  • 200gm susu segar
  • 4 sudu makan aiskrim vanila
  • 200gm biskut Oreo | buang krim dan hancurkan bahagian biskut

CARA MEMASAK :

  1. Serbuk agar-agar, gula dan air dimasak sehingga serbuk agar-agar larut.
  2. Tutup api dan masukkan krim putar, susu segar, aiskrim vanila dan serpihan biskut Oreo.
  3. Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan sehingga beku.
  4. Keluarkan dan sedia dinikmati.

2. PUDING TEH HIJAU

BAHAN-BAHAN:

  • 10gm serbuk gelatin
  • 2 sudu makan air sejuk
  • 300gm susu segar
  • 50gm gula
  • 1 ½ sudu makan serbuk teh hijau

CARA MEMASAK :

IKLAN
  1. Taburkan serbuk gelatin ke dalam air sejuk. Biarkan selama 10 minit sehingga kembang. Panaskan ke dalam ketuhar gelombang mikro teknik ‘double-boil’ sehingga gelatin mencair. Sejukkan seketika tetapi jangan sampai memekat.
  2. Panaskan susu segar dan gula. Masukkan serbuk teh hijau dan kacau sehingga sebati. Tapis adunan.
  3. Masukkan larutan gelatin ke dalam sebatian teh hijau. Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan. Hidangkan sejuk di dalam bekas puding.
  4. Sedia dinikmati.

3.  PUDING COKLAT HERSHEY’S

BAHAN-BAHAN:

  • 50gm gula
  • 400ml susu penuh krim
  • 30gm krim putar (pekat/thicked) | dipukul sehingga kembang
  • 1 sudu makan serbuk agar-agar
  • 1 sudu makan serbuk koko | dibancuh dengan sedikit air panas
  • ½ sudu makan coklat Hershey’s

UNTUK HIASAN:

  • Sedikit krim putar
  • Sedikit kepingan coklat

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan susu, gula dan serbuk agar-agar. Kacau sehingga larut.
  2. Campurkan serbuk koko dan coklat Hershey’s.
  3. Tapis dan tuang adunan ke dalam mangkuk. Masukkan krim putar dan kacau sehingga sebati.
  4. Tuang adunan ke dalam bekas kaca kecil dan sejukkan di dalam peti sejuk.
  5. Selepas adunan keras, tuangkan sedikit coklat Hershey’s cair di bahagian atasnya bersama krim putar.
  6. Sedia dinikmati ketika sejuk.

4. PUDING CHIA SEED DENGAN BUAH KUNDANG DAN OREN

 BAHAN A (PUDING):

  • 1 1/2 cawan susu segar
  • ½ cawan air kelapa
  • 5 sudu makan isi buah kundang
  • 5 sudu makan isi buah oren
  • 100gm chia seed
  • 1 sudu makan madu
  • 5 sudu makan gula

BAHAN B (TOPPING):

  • 50gm isi buah kundang | potong kasar
  • 50gm isi buah oren | potong kasar
  • 3 sudu makan gula

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan A kecuali chia seed ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga gula larut dan adunan menjadi halus.
  2. Masukkan adunan ke dalam mangkuk dan campurkan chia seed. Kacau sebati dan tuang ke dalam bekas yang diingini. Simpan di dalam peti sejuk semalaman.
  3. Untuk topping; campurkan semua bahan B dan kacau sebati. Simpan di dalam peti ais.
  4. Untuk menghidang, letakkan topping di atas puding dan taburkan kelapa parut jika mahu. Atau boleh juga paipkan krim putar di atasnya dan hiaskan dengan hirisan oren, blueberi dan strawberi untuk warna.

 

INGIN MENCARI MESIN PENGISAR DAN PEMPROSES MAKANAN TERBARU, JOM LAYARINYA DI SINI.

ANDA MUNGKIN MENYUKAI VIDEO MASAKAN INI :

DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :

Puding Marble Koko Lemak Dan Sedap

Cara Buat Puding Roti Marble Sedap Guna Agar-Agar Bertali.

Sedapnya…Resipi Puding Susu Mangga Ni Memang Kena Cuba.