Kuih dengan rona kuning keemasan diberi nama kuih Jala Mas dan popular di Terengganu dan Kelantan. Penghasilan ialah daripada kuning telur dengan proses yang agak cerewet. Bentuknya seperti mee malah lebih lebih halus dan lembut yang diurai ke dalam air gula yang panas. Kuih ini sering menjadi hantaran perkahwinan Melayu. Nak tahu cara buatnya lihat perkongsian resipi oleh Anie Kue.
JALA MAS
BAHAN-BAHAN:
30 biji kuning telur | ditapis
1kg gula
1kg air
Daun pandan
Pewarna kuning
Kuali seeloknya guna kuali tembaga. Jika tiada, guna mana-mana kuali yang tebal.
Acuan untuk jala mas (boleh juga guna acuan roti jala)
CARA MEMASAK:
Ads
Masukkan air, daun pandan, gula dan pewarna kuning ke dalam periuk. Masak hingga didih dan air gula kelihatan agak pekat. Pada waktu ini, daun pandan bolehlah dibuang.
Kemudian kirai kuning telur yang telah ditapis ek dalam air gula tadi. Guna acuan yang bermuncung halus.
Untuk proses mengirai ni, kirai sikit-sikit, kemudian angkat. Boleh juga menambah sedikit air kerana air gula akan menjadi bertambah pekat. Ulang hingga habis adunan.
Jala mas yang siap dihasilkan, boleh dinikmati begitu sahaja atau dijadikan pelengkap hidangan puding raja.
Nota: Pewarna tidak boleh dimasukkan ke dalam adunan kuning telur kerana ianya tidak larut dan menjejaskan kualiti Jala Mas.
Rupanya ramai yang suka kuih peneram panas-panas kan. Kalau buat kuih ni, goreng je habis. Goreng je habis. Kita pun tak menyempat nak merasa.
Menerusi perkongsian daripada saudari Abby Razy, dia memang menyediakan doh lebih awal kerana apabila nak makan, terus goreng saja sebab sedap makan panas-panas. Umpama rangup dan cair di mulut.
Ada 2 bahan asas iaitu tepung beras dengan gula merah. Kuih ni agak renyah, silap haribulan macam makan batu. Tapi berbaloi kalau buat sendiri.
RESIPI KUIH PENERAM TRADISI
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung beras – beli online di sini 500gm gula merah – beli online di sini 1 sudu kecil garam (sukatan manja-manja) 2 cawan air (cawan nescafe, sukatan manja-manja je, jangan penuh-penuh)
1. Panaskan gula merah dan air. Biar tiga kali menggelegak tau supaya molekul dan partikel dalam gula pecah. Itu rahsia rangup dan rapuh. 2. Masukkan air gula yang panas tu ke dalam tepung. Pastikan ditapis. 3. Kacau sebati sehingga adunan jernih dan cantik. 4. Kemudian wajib peram sekurang-kurangnya 24 jam Rajin-rajinkan menguli ya.
*Doh ni memang tahan lama sebab tu, saya berani buat postage. Paling sedap doh diperam 3 hari dan ke atas pada suhu bilik ya. *Jangan peram dalam peti ais. Kita nak tepung dan gula sebati serta mesra bersama. *Doh tahan 4-5 ++ hari pada suhu bilik, tapi biasanya lepas seminggu baru saya akan letak dalam peti ais.
*P/S: Kalau doh lembik, tambah 1 sudu tepung beras. Kacau sampai adunan bertali. Waktu panas memang adunan agak lembik, tapi bila dah sejuk baru jadi cantik. *P/S 2: Goreng wajib dengan minyak yang betul-betul dah panas, baru kuih jadi cantik dan rangup dan tak kereh.
*P/S 3 : Tiga kali menggelegak gula tu maksudnya, bila dah gelegak tutup api. Kacau sekejap, nanti buka lagi sampai mnggelegak. Ulang langkap ni sampai 3 kali atau lebih. *Tepung yang saya guna adalah cap Teratai, bukan 3 teratai tau tapi cap Teratai. Ada yang pernah cuba cap gajah, tapi mendukacitakan. *Untuk gula merah, saya pernah cuba yang tongkol tu. Orang Terengganu panggil nissang tapi bukan asli sebaliknya yang campur. Hasil dohnya, warna pucat dan bila goreng agak keras. Saya cuba beli gula merah timbang, hasilnya warna cantik sangat dan kuih pun rapuh sedap. *Orang tua zaman dulu guna daun pisang, kemudian lepas goreng (klik video di sini) letak tempat yang ada angin untuk lembutkan. Tapi saya suka yang rangup.
Jom cuba masak Lemang Goreng. Pulut biasanya dijadikan pulut kuning ataupun dimakan bersama aneka kuah manis. Jika mahukan sedikit kelainan, anda boleh sajikan Lemang Goreng Celup Telur atau juga dipanggil Pulut Kukus Goreng buat ahli keluarga. Sedap! Boleh cuba resipi perkongsian saudari NorShawatie Mohamed ni. Pasti anak-anakpun suka.
CARA MASAK LEMANG GORENG @ PULUT KUKUS GORENG
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1.Satukan santan, gula dan garam dalam bekas. Campurkan juga air panas ke dalam santan. Kacau hingga sebati.
2.Toskan beras pulut dan kukus separuh masak. Angkat dan gaulkan dengan bancuhan santan tadi.
3.Kukus kembali pulut tadi hingga betul-betul masak. Angkat dan sejukkan anggaran 20 minit.
4.Masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan ratakan hingga padat.
5.Potong kecil pulut tadi dan celupkan ke dalam telur yang telah dipukul.
6.Goreng dalam minyak panas sehingga garing dan kekuningan.
7. Angkat dan boleh dinikmati bersama gulai, sambal atau dimakan begitu sahaja.
Kuih Tako Sengkungni memang jadi kegemaran ramai. Teksturnya yang lembut, manis dan ada rasa rangup sengkuang menjadikan ia antara kuih yang mendapat permintaan tinggi terutamanya jika di bulan puasa. Nak cuba buat sendiri Kuih Tako ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Maria Bentalib ni. Pasti menjadi dan puas hati.
RESIPI KUIH TAKO
BAHAN BAHAGIAN BAWAH:
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dalam periuk. Kacau atas api hingga pekat dan jernih.
2. Kemudian, tuangkan ke dalam acuan bersesuaian hingga separuh acuan. Sejukkan.
BAHAN BAHAGIAN ATAS:
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan kacau hingga sebati dan tidak berketul.
2. Kemudian masak atas api hingga pekat.
3. Tuang panas-panas ke atas bahagian hijau yang sudah disejukkan tadi. Buat hingga habis dan sejukkan kuih.
4. Bila kuih telah sejuk, barulah disimpan di dalam peti sejuk.
Air Asam Kunyit ialah minuman tradisional berkhasiat yang membantu membuang angin, melancarkan darah dan memberi tenaga. Ikuti resipi mudah serta khasiat lengkapnya di sini.