
Panas begini sedapnya hirup kopi ais yang padu rasanya. Nak buat sendiri, boleh cuba cara yang dikongsi oleh Ben Safwan ni. Serbuk kopi premium Ben guna, warna hitam tak terlalu terang. Sukatan ini untuk 1.6 liter. Korang memang kena buat , kaw kaw sedapnya.
Kopi Ais Kaw
Bahan-bahan:
2 sudu serbuk kopi premium( pilih roasted sederhana)
1 cawan susu cair
½ cawan air
Ketul ais
Cara membuat:
1.Reneh 1/2 cawan air biar mendidih.Tutup api.
2.Gunakan 2 sudu makan serbuk kopi pilihan. Biarkan 3-4 minit. Tapis tuang masuk dalam jug.
3.Isi satu cawan susu cair dan 1/2 tin susu pekat.
4.Kacau dan tambahkan ais. Tak perlu tambah air. Biarkan air ais turun.
5.Simpan dalam freezer untuk rasa yang lebih umphhh.
Kredit: Ben Safwan
5 Bahan Je. Resipi Kuih Siput Lemak Manis Rangup Yang Super Sedap!
Hasil Try & Error Banyak Kali, Wanita Ini Kongsi Resipi Mudah Cheesetart
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aneka Resipi Jus Buah ‘Homemade’ Boleh Buat Untuk Berbuka

Sedapnya kalau dapat berbuka dengan aneka jus buah sejuk yang sejuk dan enak. Ada pelbagai resipi jus yang boleh dihasilkan sendiri secara homemade tanpa mengeluarkan kos yang mahal. Maklumlah jika dibeli, harga jus asli ni boleh tahan mahal. Menerusi perkongsian Kak Wan dari blog Resipi Citarasawan, beliau kongsikan aneka resipi jus buah enak yang mudah dan sedap yang boleh anda buat sepanjang bulan Ramadan ni. Selamat mencuba!
KOLEKSI RESIPI JUS BUAH HOMEMADE
1. JUS JAMBU BANDUNG
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji jambu batu pink ( pink guava)
- 3 sudu makan sirap gula
- 1 cawan air mineral
- 1 sudu makan jus limau nipis
- Ketulan ais secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar jambu menggunakan slow juicer.
2. Masukkan ke dalam jug bersama sirap gula, air mineral dan jus limau nipis.
3. Tambah ais dan sedia untuk dinikmati.
2. JUS TEMBIKAI
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 biji tembikai tanpa biji
- 1 cawan air mineral
- Gula – jika suka
- Sedikit perahan jus limau nipis
- Ais secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar tembikai, air dan gula hingga halus. Tuang ke dalam jug.
2. Tambahkan ais secukupnya dan perahan jus limau nipis.
3. Kacau dan sedia untuk dinikmati.
3. JUS MARKISA
BAHAN-BAHAN:
- 8 biji buah markisa
- 1/2 liter air mineral /ejuk
- Sirap gula pekat secukupnya
- Ketulan ais secukupnya
- Daun pudina
Sirap gula: Masak 100gm gula pasir, 50ml air, 2 sudu makan jus limau kasturi dan sedikit pewarna hijau. Biar sejuk.
CARA PENYEDIAAN:
1. Belah buah markisa, korek keluar isinya. Campurkan air dan kacau hingga jusnya keluar. Tak perlu kisar atau tapis.
2. Masukkan sirap gula dan ketulan ais ke dalam gelas. Tuang jus markisa.
3. Masukkan daun pudina jika suka. Sedia untuk dinikmati.
4. JUS SODA HERBS
BAHAN-BAHAN:
- 1 botol besar air aiskrim soda
- 1 tin lainci – ambil buah sahaja
- 1 batang serai – titik sedikit
- Beberapa tangkai daun pudina
- 1 biji lemon – hiris nipis
- 5 biji asam boi putih
- Ketulan ais secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan daun pudina, hirisan lemon, asam boi dan laici ke dalam jug.
2. Tuang air soda secukupnya diikuti ais.
3. Akhir sekali masukkan serai yang dititik. Sedia untuk dinikmati. Jika nak rasa lebih sedap, biarkan jus selama beberapa jam supaya rasa pudina dan serai bersatu.
5. MELON SODA SANGRIA
BAHAN-BAHAN:
- Tembikai, cantaloupe & honeydew secukupnya
- 1 liter air soda sejuk
- 3 sudu makan madu
- 3 sudu makan jus limau nipis
- 2 biji limau nipis – potong bulat
- Daun pudina secukupnya
- Kiub ais secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Scoop buah tembikai, cantaloupe dan honeydew menjadi bebola kecil.
2. Atur buah ke dalam bekas plastik. Bekukan hingga keras. Jarakkan susunan buah supaya ia tidak melekat apabila beku.
3. Dalam jus besar, masukkan air soda sejuk, jus limau nipis dan madu. Kacau rata.
4. Masukkan ketulan buah tembikai beku, cantaloupe, honeydew, daun pudina dan hirisan limau nipis.
5. Tambahkan ais secukupnya. Sedia untuk dihidangkan.
6. JUS CARROT SUSU
BAHAN-BAHAN:
- 1 batang lobak merah
- 1 gelas air sejuk dari peti sejuk
- 2-3 sudu makan susu pekat manis
- Ais secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar lobak merah bersama air sejuk hingga halus. Tapis. Jika menggunakan slow juicer tidak perlu tapis.
2. Tuang ke dalam gelas dan tambahkan susu pekat manis. Kacau dan tambah ais secukupnya.
3. Sedia untuk dinikmati.
7. JUS EPAL ASAM BOI
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji epal hijau
- 1 gelas air
- Sirap gula secukupnnya
- 5 biji asam boi putih
- Ketulan ais secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan epal, buang biji dan potong kecil. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar halus. Tapis.
2. Kemudian masukkan sirap gula, ais dan asam boi ke dalam gelas. Tuang jus epal.
3. Kacau rata dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: FB Kak Wan & Blog Resipi Citarasawan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
20 Resipi Biskut Raya Popular Yang Mudah, Sedap & Sesuai Buat Niaga
Koleksi Resipi Lauk Berbuka Selera Kampung Paling Popular Di Bazar Ramadan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Buat Stok Pati Kurma Homemade Untuk Sahur.

Jika anda suka minum susu kurma, pati kurma homemade ni pasti memudahkan anda bersahur. Campur dengan susu dan ia boleh terus boleh minum. Nampak simple tetapi minuman ni boleh buat perut anda rasa kenyang dan mampu bertahan sampai waktu berbuka. Nak cuba resipi perkongsian saudari Nadiah Latfi ni? Jom tengok cara-cara penghasilannya.
CARA BUAT PATI KURMA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- Buah kurma
CARA MEMBUAT:
1. Buang biji dan basuh buah kurma. Toskan airnya.
2. Kukus buah kurma tadi selama 20 minit.
3. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga hancur.
4. Masukkan kisaran kurma tadi di dalam bekas dan boleh disimpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
5. Untuk menikmati susu kurma semasa sahur, campur 2 sudu makan pati kurma bersama susu. Kacau sebati. Boleh juga campur madu, badam, kismis dan sebagainya.
6. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nadiah Latfi
ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI NI:
https://www.rasa.my/aneka-resipi-menu-sahur-yang-mudah-sedap-untuk-30-hari/
Air Kacang Soya Homemade, Sedap Dan Manis Berlemak, Yang Penting Tiada Bahan Pengawet

Kelebihan buat sendiri air soya kita boleh kawal gula yang digunakan terutama mereka yang tidak suka manis. Air soya memang sedap dan banyak khasiat. Buat sendiri air soya lebih menjimαtkan dan lebih sihat tanpa sebarang pengαwet. Lagipun, mudah sahaja hendak membuatnya. Berikut resipi dan cara membuat air soya seperti yang dikongsikan oleh Asrinna Bakri
RESIPI AIR KACANG SOYA
BAHAN-BAHAN:
Kacang soya –BELI ONLINE
Gula perang –BELI ONLINE
Daun pandan
CARA MEMBUAT:
1. Cuci dan rendam kacang soya 4-5 jam atau hingga kembang. Rendam sebelum tidur untuk masak keesokan harinya.
2. Ulang cuci. Buang kulit-kulit yang tertanggal. Toskan.
3. Langkah ini penting. Kisar kacang soya dengan air. Nisbah 1 cawan kacang soya, 3 cawan air. Masukkan air sedikit demi sedikit.
4. Tapis guna penapis kain. Masak air soya dengan daun pandan. Api sederhana sahaja. Masak sampai hendak mula mendidih. Tutup api.
5. Masukkan gulα ikut kemanisan yang anda mahukan. Kacau sampai gula larut.
6. Akhir sekali masukkan daun pandan. Siap.
NOTA: Untuk 250 gm kacang soya, anda boleh dapat 2 liter air soya. Semoga bermanfaat.
Sumber kredit: Asrinna Bakri via Kongsi Resipi Masakan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Masukkan 1 Bahan Ni, Kuah Asam Pedas Ikan Jenahak Jadi Lebih Berlemak & Pekat
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official