Ads

Memang Sedap Sungguh Jus Thai Ni, Patut Viral!

Korang tau tak, selain masakan, Thai juga mempunyai pelbagai jenis minuman yang menjadi viral dan ternyata sedap dan sihat. Alahai sedapnya kalau dapat menyedut jus sejuk dan segar hasil air tangan sendiri, terjamin bersih.   Kalau teringin nak buat, ini ada empat jenis minuman yang boleh anda cuba buat ye…

Memang Sedap Sungguh Jus Thai Ni, Patut Viral!

JUS BUAH-BUAHAN  CAMPUR

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji Epal
  • 1 biji Belimbing
  • 2 potong tembikai
  • Ais secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Potong dadu buah-buahan dan masukkan dalam mesin pengisar.
  2. Kisar hingga halus.
  3. Hidangkan bersama ais.

Memang Sedap Sungguh Jus Thai Ni, Patut Viral!

JUS AVOKADO

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji buah Avokadi
  • 1 skop ais krim coconut
  • 50ml susu segar
  • 1 sudu teh gula
  • Sedikit ais

 CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan di dalam mesin pengisar.
  2. Kisar hingga lembut.
  3. Sedia dihidangkan

 Memang Sedap Sungguh Jus Thai Ni, Patut Viral!

KOPI AIS THAI

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 50gm serbuk kopi thai
  • 250ml air
  • 25ml susu pekat
  • 10ml susu cair

CARA MEMASAK:

  1. Rebus serbuk kopi Thai selama 15 minit
  2. Kemudian tapis ke dalam gelas.
  3. Masukkan susu pekat dan susu cair, Kacau rata.
  4. Hidangkan bersama ais.

Memang Sedap Sungguh Jus Thai Ni, Patut Viral!

Ads

JUS SERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 5 batang serai
  • 5 gelas air
  • 5-6 sudu makan gula pasir
  • Daun pudina
  • Ais secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air dalam jug bersama gula, kacau hingga gula larut.
  2. Titik serai, kemudian masukkan dalam air untuk memberikan rasa dan aroma.
  3. Masukkan ais, sebatang serai titik dalam gelas.
  4. Tuang jus serai dan hias dengan daun pudina.
  5. Sedia dihidankan.

 

 

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Sebab Ayam Penyet, Ayam Geprek & Ayam Gepuk, Ramai Sanggup Beratur...

Kalau diperhatikan sekarang, hampir setiap kawasan perumahan atau pusat beli-belah pasti ada restoran yang menjual Ayam Penyet, Ayam Geprek atau Ayam Gepuk. Malah, ada sesetengah kedai sanggup beratur panjang hanya kerana sambalnya yang “padu” dan ayam gorengnya yang rangup.