Ikan Talapia Bakar Portugis Menu Tambah Selera, Makan Tanpa Nasi Pun Sedap! Ia menu popular yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Makan dengan nasi atau ratah macam tu sahaja pun cukup sedap dan membangkitkan selera. Aroma wangi bahan tumisan yang disalut pada ikan talapia yang dibakar buatkan rasa tak sabar nak makan dan menikmatinya bersama keluarga.
Menu terlajak sedap ini sesuai untuk yang berdiet atau makan bersama nasi. Tambah bendi dan bakar bersama pun sedap.
IKAN BAKAR TALAPIA ALA PORTUGIS
BAHAN KISAR:
Lada kering
Bawang besar
Bawang putih
Lengkuas
Halia
Sedikit belacan
INFO: Semua bahan dikisar sekali dan halus.
BAHAN-BAHAN:
Ikan talapia
Serai
Daun limau purut
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan-bahan yang sudah dikisar halus.
2. Bila sudah pecah minyak masukkan daun limau purut atau daun kesum.
IKLAN
3. Masukkan sedikit air asam jawa. Kalau hendak berkuah boleh tambah sedikit air . Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan gula mengikut citarasa anda. Tutup api dan asingkan dulu.
4. Letakkan ikan atas aluminium foil.
IKLAN
5. Salutkan dengan sambal yang ditumis tadi dan susun terung atau bendi.
6. Balut dan bakar selama setengah jam dengan api sederhana. Untuk elakkan hangus boleh tuangkan sedikit air dalam pemanggang ajaib.
Jom hari ini kita masak ikan kembung mamak style. Makan dengan nasi panas memang best sangat. Ikut sukatan yang dikongsi oleh Siti Nor Azizah Rahim pasti menjadi.Masak kari akan sedap dan sebati bila dah satu jam selepas masak.Kuah kari akan rasa masam bila kita rasa waktu tengah masak sebab air asam tu tak sebati lagi dengan kuah.Selepas satu jam kita makan semua rasa dah sebati dan sempurna. Selamat mencuba.
KARI IKAN KEMBUNG
Bahan-bahan:
A)
4 ekor ikan kembung
Daun kari (banyak pun tak pe sebab aromanya yang sedap)
1.Tumis bahan A sampai naik bau. Memang kena guna minyak banyak.Kalau guna minyak sikit memang tak jadi kuah kari yang cantik warnanya.
2.Lepas naik bau baru masukkan bahan B ,bila semua dah sebati masukkan bahan C tumis sampai pecah minyak.Tumis sekali tomato yang dah potong dadu tadi sampai semuanya sebati.
3.Masukkan pulak air asam jawa.Agak-agak nak kuah banyak mana.Jangan cair sangat nanti tak sedap. Agak-agak kepekatan macam mana kita nak.
4.Masukkan ikan.
5.Masukkan santan sikit.Biarkan sampai pecah minyak dan jadi kuah cantik.
6.Letak garam kemudian letak bendi atau tomato belah 4.Ikut cita rasa masing-masing.
Terasa nak makan kariikan tapi tercari-cari resipi yang paling mudah? Ha..Ini dia resipi yang anda perlukan. Sangat simple dan tak renyah. Malah bahan-bahan yang digunakan pun senang nak sediakan. Nampak sedap! Jom cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni.
RESIPI KARI IKAN SARDIN PALING SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan sardin/selayang – boleh juga guna ikan tongkol, senangin
1 biji kelapa parut – kisar dengan 4 cawan air & ambil santannya
Bendi secukupnya
Tomato secukupnya
2 senduk minyak untuk menumis
BAHAN TUMIS:
1 biji bawang besar – hiris nipis
5 ulas bawang putih – hiris nipis
1 inci halia – hiris nipis
1 sudu teh halba campur – boleh abaikan
BAHAN PES (SATUKAN & JADIKAN PES):
2 paket kecil rempah kari
1 paket kecil serbuk cili
1 ½ keping asam gelugur
3 tangkai daun kari
1 sudu makan garam
1/2 sudu teh gula
Sedikit perasa
1 ½ cawan air
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Masak hingga wangi.
2. Kemudian masukkan daun kari serta pes.
3. Masak pes tadi sehingga betul-betul masak, pecah minyak dan rempah bertukar warna.
4. Seterusnya masukkan santan. Kacau dan biarkan mendidih.
5. Bila kuah dah mendidih dalam 2-3 minit, masukkan ikan, hirisan tomato serta bendi.
6. Setelah kari mendidih sekali lagi, masukkan garam, gula dan perasa ikut citarasa.
Sajian berasal dari Thailand ni memang special. Kalau diikutkan, Kengsom ni lebih kurang macam sajian asam pedas namun ada banyak versi. Andai ke restoran masakan Thai, hidangan ini memang wajib cuba. Namun anda juga boleh hasilkan sendiri di rumah. Dah pandai buat, tak perlulah beli kan? Jom lihat bahan-bahan serta cara menyediakan sajian Kengsom Siakap.
RESIPI KENGSOM SIAKAP
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
10 batang cili kering
2cm kunyit hidup |separuh racik
3 keping asam gelugur
1 batang serai |titik
3 helai daun limau purut
1 batang bunga kantan |racik
Garam, gula dan bahan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Cuci ikan siakap sehingga bersih. Ketepikan.
Bawang merah, bawang putih, cili kering, separuh daripada kunyit dikisar halus.
Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga terbit bau wangi.
Setelah naik bau, masukkan air, asam gelugur, hirisan daun limau purut, serai dan bunga kantan. Tunggu sehingga mendidih.
Langkah seterusnya, tambahkan garam, gula dan bahan perasa secukup rasa. Kacau sebati.
Akhir sekali, masukkan ikan siakap. Masak hingga ikan masak.
Angkat dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika kurang gemar sikapa, boleh diganti dengan ikan besar bersisik yang lain seperti kerisi, merah, grut, parang dan jenahak