Anda yang tidak suka lauk pauk yang pedas, idea masak Opor Ayam Kampung ni boleh dicuba, kalau tak ada ayam kampung boleh je guna ayam biasa yang diberi di pasaraya. Rasa lebih kurang je . Cuma kalau ayam kampung tu rasanya lebih pejal dan sedap. Menu ini mudah disediakan dan tak pedas, sesuai sangat kalau disajikan untuk anak-anak. Selain sedap dimakan dengan nasi putih, ia juga enak dihidangkan bersama nasi impit atau roti.

OPOR AYAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung | potong sederhana, bersih dan toskan.
3 helai daun salam
2 batang serai | titik
2cm lengkuas
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1250ml air
200ml santan pekat/kotak
2 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR HALUS:

9 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
7 biji buah keras
2cm halia
3cm kunyit hidup | bakar
1cm kencur
2 helai daun limau purut
1/2 sudu teh lada hitam biji

CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus hingga wangi.

2. Masukkan ayam, kacau rata. Masak hingga kecut.
3. Masukkan air, daun salam serai dan lengkuas. Masak hingga ayam empuk.
4. Perasakan dengan garam, gula dan perasa ayam. Tambah air jika belum empuk.
5. Tambahkan santan ke dalamnya dan biarkan mendidih hingga kuah pekat dan cukup rasa.
6. Opor Ayam Kampung sedia dihidangkan.

IKLAN

by @tsaniwismono

Lagi resipi berkaitan ayam:

IKLAN

Ini Rahsia Ayam Goreng Berempah Yang Sedap & Serdak Tak Hangus.

IKLAN

Teringin Ayam Gunting Rangup, Ini Cara Paling Senang Membuatnya.

https://www.rasa.my/rahsia-buat-ayam-panggang-lada-hitam-paling-mudah-sedap/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI