Buat mereka yang inginkan kelainan dalam hidangan, boleh cuba resipi pasta bow tie pedas seafood ini.
Kalau suka sayur, boleh tambah sayur kegemaran anda. Boleh cuba masak untuk waktu sahur nanti jika tiada selera untuk makan berat.
BOW TIE PEDAS SEAFOOD
BAHAN-BAHAN
Semangkuk bow tie | rebus, tos dan ketepikan 5 sudu besar minyak sapi 5 sudu besar minyak masak – beli online di sini 2 biji bawang merah | cincang -beli online di sini 5 ulas bawang putih | cincang – beli online di sini Sedikit udang Sedikit sotong Sedikit kepah 1 tin cendawan Cili padi | giling – beli online di sini Serbuk jintan manis 1 biji capsicum 3 sudu besar sos cili – beli online di sini 1 sudu besar pes tomato 1 sudu kecil serbuk ketumbar 1 sudu besar mentega – beli online di sini Garam Gula 2 sudu besar kicap 1 biji cili merah – beli online di sini 2 sudu besar serbuk keju
3. Masukkan cili padi, serbuk jintan manis dan capsicum. Gaul rata. 4. Masukkan bow ties dan sedikit air rebusan tadi. Biarkan sekejap. 5. Masukkan pula sos cili dan pes tomato. Kacau.
Kuih tradisional yang popular turun temurun, resipi nenek moyang yang sangat berharga. Antara manisan yang sering disajikan ketika musim perayaan, kenduri kendara, kahwin dan sebagainya. Mudah di buat dengan kaedah kukus ni, siap dinikmati bersama keluarga tersayang.
RESIPI WAJIK TURUN TEMURUN (PULUT KACAU)
BAHAN- BAHAN:
1kg beras pulut
1kg gula merah
2 cawan gula putih
Santan secukup lemak
(selalu saya buat sukatan 1kg pulut, santan dalam 1/2kg lebih sikit)
Daun pandan
CARA MEMASAK:
Beras pulut direndam 4-5jam
Dan kukus spt biasa kemudian sejukkan
Masak gula merah dan tapis dahulu
kemudian masukkan gula putih
Masukkan santan & daun pandan
Masak sehingga agak-agak nak pekat (jgn pekat sgt) dan masukkan pulut yg dikukus asing tadi
Kemudian kacau lagi sehingga agak2 pekat likat
(mcm meletop2 gitu )
Jgn terlalu pekat atau terlalu lembik
Tutup api dan masukkan dalam bekas
Siap!
Kongsi resipi: Fyza Eky
RESIPI WAJIK PULUT
BAHAN-BAHAN:
500gm beras pulut (lbh kurang 3 1/2 cwn arcopal)
*300gm gula melaka @ gula merah
*200gm gula pasir
bahan * dimasak dengan 1 cawan air
2 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
Daun pisang utk alas talam/loyang
4-6 @ lebih ulas durian (diambil isinya) – bagi yg suka durian.. idea dari zaina..
CARA MEMASAK:
*Kaedah kukus – Beras pulut dibersihkan dan direndam selama 4 jam dan dikukus selama 30 minit- sambil dibalik2kan gaul dengan sedikit santan cair & secubit garam
*Kaedah tanak di rice cooker – 3 1/2 cwn pulut+ 3 1/2 cwn santan cair + secubit garam (hanya dibalik2kan ketika mendidih kemudian biarkan..utk menghasilkan pulut yg gebu)
Terasa nak makan pisang goreng dengan tepung rangup yang sedap? Ini cara bancuh tepung salutan pisang goreng yang mudah dan dijamin menjadi. Tepung salut rangup ditambah pula dengan pisang yang manis. Hmm…memang terbaik! Nak cuba? Guna tepung beras dan beberapa bahan mudah je. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Wani Suhaimi ni. Memang terbaik! Cubalah. Anda pasti berpuas hati dengan rasanya. Baru pertama kali cuba pun pasti menjadi elok sempurna.
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dalam bekas. Campur dan adun sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. 2. Celup pisang. Bila melekat elok itu tandanya adunan sudah sempurna. 3. Panaskan minyak masak dan goreng pisang hingga habis.
4. Angkat, toskan minyak dan Pisang Tepung Goreng Tepung rangup sedia untuk dinikmati.
Anda peminat masak lemak? Resipi yang dikongsi ini Ayam masak lemak cili api Negeri Sembilan stail.Memang masaknya tak guna bawang. Rindu dengan masak lemak Negeri Sembilan, bolehlah buat. Makan dengan nasi panas-panas, memang laju menyuap.
AYAM MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan: Ayam yang sudah dibersihkan 20-30 biji cili api 2 batang serai (dititik) Kunyit hidup Santan segar secukupnya Ubi kentang Daun limau purut Asam keping
Cara memasak:
1.Basuh bersih ayam. Letak dalam kuali atau periuk. Ketuk serai masukkan sekali dengan ayam.
2.Blend cili api 20-30 biji dengan kunyit hidup. Letak pada ayam. Bagi ayam tu kecut dengan cili api. Ni lah rahsia kesedapan masak lemak.
3.Ayam dah sebati dengan cili api tu baru masukkan santan. Nak lagi sedap letak santan segar.
4.Masukkan kentang.
5.Bila kentang dah empuk masukkan daun limat purut dan asam keping. Garam jangan lupa. 6.Ayam masak lemak cili api siap untuk dihidang.
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...