Sedapnya Kek Pandan Kampung perkongsian saudari Azrina Rina ni. Sesuai sangat dicuba oleh anda yang suka makan kek yang mudah dan ringkas cara pembuatannya. Tak ada ketuhar di rumah? Ha…sesuai sangatlah cuba resipi ini kerana ia tidak memerlukan ketuhar pun. Masak guna periuk sahaja di atas dapur gas. Bahan-bahannya pun sukat guna cawan je. Mudah kan? Jom lihat cara-caranya.
CARA MASAK KEK PANDAN KAMPUNG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur gred B
1/2 cawan gula halus (kalau suka manis boleh tambah)
1 sudu makan ovalette – beli online disini
1/2 cawan santan kotak kara – beli online disini
Sedikit pewarna hijau epal – beli online disini
Sedikit perisa pandan – beli online disini
1 1/2 cawan tepung gandum (ayak) – beli online disini
1 sudu teh baking powder (ayak) – beli online disini
1/2 cawan tepung jagung (ayak) – beli online disini
200gm mentega tanpa garam (dicairkan) – empunya resipi guna buttercup sahaja
CARA MEMASAK:
1.Masukkan semua bahan ke dalam bekas bersesuaian ( kecuali mentega). Adun menggunakan pemukul (mixer) hingga gebu.
2. Kemudian masukkan mentega suam yang telah dicairkan. Kacau hingga sebati menggunakan senduk.
3. Ambil loyang kek yang bersesuaian. Alas dengan baking paper dan tuang adunan kek tadi.
4. Seterusnya ambil periuk bersesuaian, alaskan dengan pelapik besi kemudian letak loyang kek tadi diatasnya.
5. Bakar kek dengan api kecil selama 45 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.
NOTA: Jangan letak air dalam periuk nanti kek akan jadi kek kukus.
Kredit resipi & foto: Azrina Rina
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Koleksi Resipi Lauk Telur, Ayam & Daging Boleh Masak Sepanjang PKP
Resipi Nasi Arab Sedap & Paling Senang. Sukatan Untuk 6 Orang Makan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI