Di musim PKP ini, ibu-ibu pastinya memilih untuk masak lauk pauk yang mudah, sedap dan menepati cita trasa suami serta anak-anak. Maklumlah, semuanya berada di rumah dan tidak boleh kemana-mana. Jadi jangan pening-pening,  istimewa buat anda RASA kongsikan koleksi resipi lauk pauk menggunakan telur, daging dan ayam yang boleh dimasak setiap hari. Semuanya ringkas dan sedap, malah orang bujang pun boleh cuba masakan mudah ini. Pasti membuka selera anda dan keluarga.

 

KOLEKSI RESIPI SAJIAN MASAKAN MUDAH GUNA TELUR, AYAM & DAGING

 

1. AYAM GORENG KICAP CILI PADI BERSERAI

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ayam | potong kecil
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 batang serai | titik
  • 10 biji cili padi | hiris halus
  • 1 biji bawang besar | potong dadu
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 3cm halia muda | hiris halus memanjang
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
  • Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Ayam cuci bersih dan tos.
  2. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan kunyit, perap seketika.
  3. Panaskan kuali, goreng ayam separuh masak.
  4. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  5. Tumis bawang merah, putih, halia, serai dan cili. Tumis hingga naik bau.
  6. Masukkan kicap pekat, kicap manis dan sos tiram.
  7. Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan tambahkan sedikit air.
  8. Kecilkan api perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  9. Setelah secukup rasa, tutup api.
  10. Ayam kicap sedia dihidangkan.

 

2. AYAM SERUNDING SERBUK ROTI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping isi dada ayam | potong dadu kecil
  • 1/2 cawan serbuk roti
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 6 ulas bawang putih | cincang halus
  • 8 biji cili padi hiris halus
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Sementara itu, gaulkan ayam dengan tepung yang dicampurkan dengan garam dan lada sulah.
  4. Goreng ayam hingga kekuningan, angkat dan toskan.
  5. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak bersama mentega, kemudian tumiskan bawang putih bersama cili padi hingga kekuning.
  6. Tambahkan dengan serbuk roti, hirisan daun bawang , daun ketumbar, serbuk pati ayam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
  7. Kecilkan api, kacau hingga serbuk roti bertukar keperangan.
  8. Masukkan ayam dan tutup api.
  9. Gaul rata, kemudian sedia dihidangkan.

 

3. AYAM MADU CILI KERING

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping isi dada ayam | hiris nipis kecil
  • 150gm biji gajus
  • 2 sudu makan madu
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1/2 bji bawang Holland | dadu besar
  • 5 tangkai cili kering | hiris 2-3cm
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2cm halia muda | hiris halus memanjang
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan sediki garam dan serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak, goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
  3. Goreng pula buah gajus hingga kekuningan diikuti dengan cili kering. Angkat dan ketepikan.
  4. Seterusnya, keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
  5. Tumiskan bawang Holland, bawang putih dan halia hingga wangi.
  6. Kecilkan api, masukkan madu, sos tiram.
  7. Kacau rata dan masukkan ayam, biji gajus dan cili kering.
  8. Perasakan dengan garam dan minyak bijan, kemudian kacau rata.
  9. Tutup api dan sedia dihidangkan.

 

4. DAGING GORENG HALIA

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging rebus | hiris nipis & ketuk
  • Sedikit hirisan cili Benggala merah
  • Sedikit hirisan cili Benggala hijau
  • 4 biji cili padi | hiris memanjang
  • 3cm halia muda | hiris halus memanjang
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3 ulas bawang putih | ketuk
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng daging seketika, angkat dan toskan.
  2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  3. Tumis, hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  4. Masukkan daging, masukkan hirisan cili padi dan cili Benggala.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
  6. Tutup api dan daging sedia dihidangkan.

 

5. DAGING MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging rebus | hiris nipis
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu teh sos cili
  • 1 sudu teh sos tomato
  • 3cm halia muda | hiris halus memanjang
  • 1 biji bawang besar | hiris bulat
  • 3 ulas bawang putih | ketuk
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili kering, kacau hingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan sos cili dan dan tomato, diikuti dengan hirisan daging.
  4. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula.
  5. Setelah cukup rasa, tutup api dan daging sedia dihidangkan.

 

6. KERABU DAGING SALAI

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging /yang telah dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar/dihiris membulat
  • 5 biji cili api/dihiris
  • 1 batang serai/dihiris nipis
  • 2 biji limau kasturi
  • Kicap lemak manis secukup rasa

CARA MEMASAK :

  1. Campurkan daging salai dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi.
  2. Masukkan kicap dan perahkan limau kasturi.
  3. Gaul rata dan ia sedia untuk dimakan

 

IKLAN

7. SINGGANG DAGING

BAHAN-BAHAN :

  • 300gm daging
  • 2.5 sm kunyit hidup/ditumbuk
  • 2.5 sm lengkuas/ ditumbuk
  • 5 ulas bawang putih/ dihiris nipis
  • 1 sudu teh lada hitam/ ditumbuk halus
  • 1 sudu teh ketumbar/ ditumbuk halus
  • 4 keping asam gelugor
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Masukkan air dan rebus daging bersama bahan-bahan tadi di dalam periuk. Nyalakan api sederhana.
  2. Biarkan mendidih hingga daging empuk. Kemudian biarkan api kecil seketika.
  3. Perasakan dengan garam dan gula.
  4. Angkat dan sajian masakan mudah ini sedia untuk dihidangkan.

 

8. AYAM GULAI ASAM TEMPOYAK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ayam | potong kecil, cuci dan tos
  • 2 sudu makan tempoyak
  • 2 batang serai | titik
  • 5 tangkai daun kesum | ambil daun sahaja
  • 1 kuntum bunga kantan | jika suka
  • 1 keping asam gelugor | jika tempoyak kurang masam
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 15 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan bahan kisar bersama tempoyak dan ayam.
  2. Gaul rata dan tambahkan sedikit air.
  3. Renehkan di atas dapur menggunagakan api sederhana.
  4. Setelah mendidih, masukkan serai, daun kesum, bunga kantan.
  5. Jika kurang masak, tambahkan asam gelugor.
  6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah ayam empuk, tutup api dan sedia dihidangkan.

 

9. AYAM LEMON ALA KAK NGAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg ayam | potong kecil
  • 100gm tepung serbaguna untuk goreng ayam
  • 1 biji lemon | perah ambil jusnya
  • 1 sudu makan sunquick
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3 ulas bawang putih | titik
  • 2cm halia | hiris halus memanjang
  • 5 biji cili padi | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan tepung serbaguna dan perapkan lebih kurang lima minit.
  2. Sementara itu panaskan minyak, kemudian goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia hingga wangi. Masukkan pes cili kering kacau rata dan jus lemon, sunquick dan hirisan cili padi.
  5. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Setelah cukup rasa, tutup api.
  7. Ayam sedia dihidangkan.

 

10. AYAM GORENG BEREMPAH DAUN PANDAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | potong 16
  • 4 helai daun pandan | potong 4-6cm dan siat-siatkan
  • 2 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • Garam secukupnya untuk menggoreng

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia muda
  • 3cm lengkuas
  • 3 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ayam kemudian toskan.
  2. Sementara itu, campurkan bahan kisar bersama serbuk ketumbar, kunyit dan jintan manis.
  3. Kemudian masukkan dalam ayam bersama daun pandan dan garam secukupnya.
  4. Gaulkan bahan perapan hingga meliputi semua ayam dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.
  5. Panaskan minyak, goreng ayam hingga garing angkat dan toskan minyak.
  6. Sajian masakan mudah; Ayam goreng berempah sedia dihidangkan.

 

11. SARDIN TELUR BUNGKUS

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin sedang ikan sardin | asingkan dari kuah
  • Sedikit  cili benggala | dadu halus
  • 1 pokok daun bawang | hiris halus
  • 1/2 biji buah tomato | dadu halus
  • 1/2 biji bawang Holland | dadu halus
  • 1 biji bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak masak

BAHAN TELUR DADAR:

  • 2 -3 biji telur
  • Secubit garam
  • Secubit serbuk lada sulah

CARA MEMASAK:

  1. Hancurkan isi sardin dalam mangkuk. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga layu. Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan sardin, cili benggala dan tomato, kacau rata. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Setelah kuah kering, tutup api.
  4. Sediakan pula telur dadar, pecahkan telur dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam dan lada sulah, kacau rata.
  5. Panaskan kuali non-stick dengan sedikit minyak. Tuang telur dan dadarkan ikut saiz  sesuai dengan  isi sardin tadi.
  6. Setelah garing, letakkan isi sardin di tengahnya, kemudian lipat bahagian tepi hingga menjadi bentuk empat segi sama.
  7. Angkat dan lauk telur ini sedia untuk dihidangkan.

 

12. TAUHU GORENG TELUR MASIN

BAHAN-BAHAN:

  • 3 keping tauhu | potong dadu
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 biji putih telur | kacau
  • 1 biji kuning telur masin | lenyek hingga halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air sejuk secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan tepung bersama telur masin dan tambahkan sedikit garam dan gula. Gaul rata.
  2. Bancuhkan dengan sedikit air dan masukkan putih telur.kacau rata hingga menjadi bacuhan yang tidak terlalu pekat atau cair.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian celupkan tauhu dalam bancuhan tepung kemudian goreng tauhu hingga kekuningan.
  4. Angka dan sedia dihidangkan.

 

13. SAMBAL BILIS TUMBUK PECAH TELUR

BAHAN-BAHAN:

  • 150gm ikan bilis | dibelah dua
  • 2 biji telur
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 15 biji cili padi
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Kisar kasar cili, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis menggunakan pengisar kering.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar.
  3. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Kecilkan api dan terus kacau hingga garing.
  5. Setelah cukup rasa, pecahkan telur di dalamnya dan kacau rata hingga sebati.
  6. Tutup api, angkat dan sambal sedia dihidangkan.

 

14. SUP TELUR ITIK BERSAMA FUCUK

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur itik
  • 1 keping fucuk | rendam
  • Sedikit suhun | rendam
  • Sedikit hirisan sawi
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • 2-3 keping cendawan hitam
  • 3 ulas bawang putih | titik
  • 4 ulas bawang merah | titik
  • 3 hirisan halia muda
  • 4-5 biji cili padi | titik
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu teh perencah sup sayur
  • 1 sudu teh lada sulah
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, halia dan bawang putih.
  2. Setelah mendidih, kecilkkan api masukkan telur satu persatu.
  3. Setelah telur mula mengeras, masukkan lobak merah, cendawan, fucuk, suhun, cendawan dan sawi.
  4. Kemudian perasakan dengan perencah sup sayur, lada sulah, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
  5. Akhir sekali tutup api, dan sup sedia dihidangkan.

 

15. SAMBAL TELUR PUYUH DENGAN TAUHU

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 20 biji telur puyuh | rebus dan kupas kulit
  • 1 keping tauhu | potong dadu
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 4-5 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu makan sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukup untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 2 hiris halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng telur puyuh hingga kekuningan.Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian goreng pula tauhu. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  4. Tumis bahan kisar, hingga wangi.
  5. Masukkan pes cili bersama air asam jawa. Kacau hingga pecah minyak.
  6. Masukkan telur puyuh dan tauhu tadi. Gaul rata.
  7. Perasakan dengan garam, gula dan sos cili secukupnya.
  8. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

 

16. TAUHU TELUR GORENG DAGING CINCANG

BAHAN-BAHAN:

  • 3 batang tauhu telur | potong bulat dan goreng.
  • 200gm daging kisar
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 biji bawang Holland | dadu halus
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2 cm halia muda | cincang halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan tauhu bersama sedikit garam halus dan serbuk kunyit. Panaskan minyak, goreng tauhu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. Tumiskan bawang Holland, bawang putih, halia hingga wangi.
  3. Tambahkan pes cili dan kacau seketika dan masukkan daging kisar. Kacau rata, kemudian masukkan pula sos tomato dan sos tiram.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kecilkan api, dan biarkan mereneh seketika.
  5. Susun tauhu dalam pinggan dan tuangkan sambal daging kisar di atasnya. Tauhu sedia dihidangkan.

 

17. KURMA TELUR KENTANG

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur ayam | rebus dan kupas kulitnya
  • 200ml santan kotak
  • 1 cawan air
  • 2 sudu makan rempah kurma
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 2 biji ubi kentang | buang kulit dan belah empat
  • 1/2 batang lobak merah | potong memanjang
  • 2 biji cili hijau | belah dua
  • 2 biji cili merah | belah dua
  • 1 biji bawang holand | belah empat
  • 1 biji tomato | belah empat
  • 1 keping asam gelugor
  • Sedikit daun ketumbar | hiris kasar
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

BAHAN HIRISAN:

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm halia muda

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang  kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Cucuk telur rebus dengan garpu, kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kurma yang dicampur dengan serbuk ketumbar dan dibancuh dengan sedikit air.
  4. Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan kentang dan lobak merah, asam gelugor serta air Setelah mendidih, masukkan santan dan telur.
  5. Kecilkan api, dan perasakan dengan garam, gula dan lada sulah secukup rasa.
  6. Setelah kuah pekat. Masaukkan hirisan bawang besar, tomato serta cili hijau dan merah. Kacau seketika dan masukkan daun ketumbar.
  7. Tutup api dan kurma telur sedia dihidangkan.

 

18. ASAM TUMIS TELUR MASIN DENGAN SAWI JERUK

BAHAN-BAHAN:

  • 6 biji telur masin | bersihkan
  • 1 pokok sawi jeruk | asingkan dari kelopak
  • 3 tangkai daun kesum
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 5 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 cawan air
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 2 biji cili merah
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 hiris halia
  • 2cm kunyit hidup
  • 2cm belacan

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk , tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan pes cili kering, terus kacau hingga pecah minyak. Masukkan air dan biarkan hingga kuah mereneh.
  3. Seterusnya masukkan air asam jawa dan daun kesum. Kecilkan api, kemudian pecah telur masin ke dalam kuah sebiji-sebiji.
  4. Setelah telur mengeras, masukkan sawi jeruk. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Apabila cukup rasa dan telur masak sepenuhnya. Tutup api.
  6. Asam Pedas sedia dihidangkan.

 

19. SUP TELUR BERSAMA JEJARI KETAM

BAHAN-BAHAN:

  • 3-4 biji telur
  • 3 keping cendawan hitam | rendam dan toskan
  • 4 batang jejari ketam | siat memanjang
  • 1/2 sudu makan serbuk sup  sayur
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 3 ulas bawang merah | hiris
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 2 hirisan halia muda
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 cawan air
  • 1 sudu makan hirisan daun bawang
  • 1 sudu makan hirisan daun ketumbar
  • Sedikit hirisan batang seleri

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Didihkan di atas dapur dengan api sederhana. Setelah mendidih masukkan jejari ketam dan cendawan.
  3. Seterusnya perasakan dengan serbuk sup sayur, serbuk perasa ayam, lada sulah,garam dan sedikit gula secukup rasa. Setelah cukup rasa. Tutup api.
  4. Sementara itu isikan air dalam kuali non-stick. Renehkan.
  5. Setelah mereneh, kecilkan api dan pecahkan telur di dalamnya.
  6. Setelah telur membeku, angkat dengan penapis masukkan dalam periuk sup. Lakukan hingga telur habis telur.
  7. Setelah siap, masukkan sup dalam mangkuk. Hias di atasnya dengan daun bawang dan bawang goreng.
  8. Sup telur sedia dihidangkan.

 

20. KARI TELUR KENTANG

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji telur |rebus dan buang kulit
  • 700ml santan
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 biji kentang | belah empat
  • 2 biji cili hijau | hiris memanjang
  • 2 biji cili merah | hiris memanjang
  • 2 biji tomato | belah enam
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 2 sudu makan  serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 batang serai | titik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 5 sudu makan minyak masak

REMPAH PENUMIS:

  • 3 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 ulas buah pelaga

BAHAN HIRIS HALUS:

  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah penumis dengan bahan hiris halus hingga wangi.
  2. Seterusnya masukkan bahan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air bersama  serbuk cili dan kunyit.
  3. Tumis hingga pecah minyak, masukkan air asam jawa dan kentang.
  4. Tambah sedikit air, biarkan kentang empuk.
  5. Setelah kentang empuk masukkan pula santan dan telur.
  6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah cukup rasa, tutup api dan lauk telur ini sedia dihidangkan.