Kalau selalu makan ikan di kedai Siam, ikan tiga rasa lain dari di kedai makan Melayu. Rupanya ikan masak tiga rasa kalau di kedai Siam, dipanggil Pla Rad Prik.
Menurut lelaki yang berkongsi resipi istimewa ini, Kamarul Ariffin Nor Sadan, bahan-bahan yang digunakan pun mudah dan rasanya memang seperti yang dihidangkan di kedai siam.
1. Saya guna ikan siakap. Biasanya di Siam, pakai ikan tilapia kata tukang masak tu. Kau orang boleh guna ikan yang kau suka. Jika guna siakap, saya suka belah ikan macam ni. Cepat masak. 2. Mula-mula kita bedakkan ikan dengan tepung jagung dan garam. Kalau salut tepung, nanti sos tu mudah meresap pada ikan. Baru best!
3. Goreng ikan! Pastikan minyak betul-betul panas dan cukup banyak. Masukkan belah bawahnya dahulu. Isi akan melengkung ke atas jadi macam mangkuk. Bila tuang kuah, kuah akan duduk atas ikan. 4. Terbalikkan. Biar dia kuak lentang. Haha! Goreng bahagian kulit pula sampai garing. Lepas goreng, tos dan ketepikan sebentar.
5. Tumis bawang putih dan cili padi yang telah di cincang halus. Masakan ni kena pedas baru mengancam! Tapi kalau tak mahu pedas, guna cili besar. Tak semua orang suka makan masakan yang pedas, kan? 6. Dah wangi. Masukkan gula putih. Saya guna satu sudu besar. Saya masukkan awal supaya gula ni boleh terkaramel. 7. Tak sempat ambil gambar masa tuang air asam jawa. Kalau suka masam, masukkan lebih asam jawa. Masakan ikan, sangat ngam dengan rasa masam. 8. Masukkan sos ikan. Masakan ni rasa dia masam, manis, dan masin. Mungkin sebab tu dekat sini, kedai siam letak nama ikan masak tiga rasa.
Ads
9. Tadi saya rasa sos ni, macam ada kurang. Gula nipah ada rasa yang buat masakan jadi sedap. Oleh kerana tak ada gula nipah. Saya cuba letak gula Melaka. Ha! Baru ada rasa manis lemak tu! 10. Akhir sekali, letak batang ketumbar. Ketumbar ni beri rasa segar dan wangi. Bahan yang sangat sinonim dengan masakan Siam. OK, kuah dah siap, boleh tuang ke atas ikan kita tadi! 11. Ini dia! Pla Rad Prik! Rasa sama macam kedai Siam punya! Pedas, masam, masin, manis! Makan dengan nasi putih, memang terangkat! Tapi macam tak cukup kuah, kan?
Sesekali ubah selera dengan masakan barat yang lengakap dengan protien makanan yang seimbang. Hidangan sihat spageti olio dengan tambahan dada ayam yang dipanggang dengan herba campuran yang enak.
SPAGETI OLIO GRILLED CHICKEN
SPAGETI OLIO
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus spageti
garam
minyak zaitun
CARA MEMASAK:
Spageti rebus dengan air yang sudah mendidih yang sudah di masukkan sedikit garam dan minyak zaitun.
INFO:
Untuk tahu spageti sudah lembut ke atau tidak. Patahkan sedikit spageti kalau tengah masih ada warna putih maksudnya tidak masak lagi.
Kalau sudah lembut toskan dan gaul minyak zaitun sekali lagi supaya tidak melekat.
BAHAN TUMIS:
5-6 ulas bawang putih
1 labu besar bawang holland-dipotong dadu
Minyak zaitun
Tomato ceri-potong dua
Lada benggala (merah, kuning dan hijau)-potong dadu
Cendawan shitake- hiris memanjang
Daun ketumbar
Cili kering atau cili padi-hiris menyerong
Chili flakes
Mixed herbs
Garam
Gula
Lada hitam- ditumbuk kasar
Lemon
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau, layu dan sedikit perang. Bawag yang garing jadikan masakan tahan lama dan susah basi.
Masukkan chilli flakes, black pepper dan cendawan.
Bila cendawan sudah lembut masuk spageti yang sudah direbus tadi.
Selepas itu masukkan lada benggala dan tomato. Sudah layu sedikit masuk garam dan mixed herbs. Sesuaikan rasa.
Tutup api. Tabur daun ketumbar. Perah sedikit lemon. Gaul sebati dan siap.
INFO: Kalau kering masa hendak hidangkan itu boleh gaul dengan sedikit minyak zaitun.
AYAM GRILLED BLACK PAPER
BAHAN-BAHAN:
Isi ayam (bahagian dada)
Garam
Mixed herbs
Lada hitam – ditumbuk kasar
Daun ketumbar – di potong kasar
CARA MEMASAK:
Kelar-kelar isi ayam dan perpakan dengan garam, serbuk persa, mixed herbs, lada hitam, perahan jus lemon dan daun ketumbar. Kacau rata.
Balut dalam plastik kemas-kemas dan simpan dalam peti sejuk (chiller). Lebih elok perapkan semalaman atau 1 hingga 2 jam.
Boleh panggang ayam guna pemanggang ajaib atau oven.
Ayam yang siap dibakar boleh dipotong keciil dan tabur atas spageti.
Dalam bulan Syawal ni menu lemang dan nasi impit memang antara menu yang jadi kegemaran ramai. Memang sedap kalau dimakan bersama rendang, serunding atau kuah kacang. Namun, ramai yang kurang pasti cara-cara untuk hasilkan nasi himpit homemade dalam kuantiti yang sedikit. Perkongsian Puan Khatimah ni boleh anda cuba. Mudah, sedap dan pejal. Nak buat pun mudah je. Hanya guna bekas tupperware. Jom cuba.
CARA MASAK NASI HIMPIT BEKAS TUPPERWARE
BAHAN-BAHAN:
1 pot beras
3 pot air
(Boleh tambah daun pandan supaya wangi)
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras dan masukkan air. Masak sehingga nasi masak. ( Jika masak guna periuk nasi elektrik, masak seperti biasa. Jika guna periuk tekanan, set HP 7 minit)
2. Bila nasi sudah masak, masukkan dalam bekas. Hentak-hentak sedikit dan padatkan. Biar nasi sejuk kemudian barulah ditutup penutupnya.
3. Biarkan nasi impit semalaman sebelum dipotong. Kalau nak cepat makan, masukkan ke dalam peti sejuk selama 3-4 jam dah boleh potong.
4. 1 cawan sukatan beras cukup-cukup untuk saiz bekas tupperware empat segi. Boleh juga guna bekas lain ikut kesesuaian.
Menu daging boleh dipelbagaikan. Ada yang suka daging digoreng dengan kunyit dan kalau suka menu bersambal tidak kurang enaknya. Sebenarnya masakan yang simple pun dah cukup enak seperti daging masak jintan ni. Kalau tak boleh makan daging boleh ganti ayam tapi daging lebih serasi.
DAGING MASAK JINTAN Bahan-bahan: 1 kg daging, dipotong biasa Bahan A 2 sudu serbuk ketumbar- BELI ONLINE DI SINI 3 sudu makan serbuk jintan manis-BELI ONLINE DI SINI 1 1/2 sudu serbuk jintan putih 1 sudu kecil lada putih 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 1/2 cawan air asam jawa 4 camca gula garam secukup rasa serbuk perasa jika suka 2 sudu serbuk kunyit-BELI ONLINE DI SINI ( kalau jintan manis, jintan putih, ketumbar dan lada hitam anda bukan serbuk tapi biji maka ianya kenalah dikisar terlebih dahulu).
Bahan B Bahan dikisar: 5 ulas bawang putih 8 ulas bawang merah 2 inci halia 2 sudu kunyit hidup 5 batang serai 1 ibu jari lengkuas
BAHAN C 1 1/2 cawan -2 cawan minyak masak sebab kalau minyak banyak senang masak dan daging jadi cantik.
BAHAN D 3 biji bawang besar – dipotong bulat
Cara memasak: 1. Masukkan bahan A dan B. Gaul dan sebatikan. Rasa sikit apa yang kurang tambahlah mengikut selera anda. Pastu hendaklah diperap selama 20-30 minit. 2. Panaskan kuali dan masukkan minyak-kemudian bila minyak dah benar- benar panas masukkan daging yang diperap tadi. 3. Gaul rata dan masak daging dengan api kuat dan sederhana.Bila daging dah masak dan hampir kering masukkan bawang besar. Balik-balikkan dan sebatikan sehingga layu.Sebelum tutup api kalau suka boleh dimasukkan cili padi 10-20 biji.( cili jangan dipotong cuma buangkan tangkainya. Sebiji sebiji dan rasailah apa yang kurang ditambah. Bila dah agak kering kuahnya dan nampak minyak dah mulai naik semula,tutup api. Siap untuk dihidang. Amat sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas dan nasi minyak. Cubalah.
Nak buat aiskrim homemade lembut, halus dan murah? Ini resipi viral dengan 5 bahan ringkas yang rasanya setanding jenama mahal. Mudah, cepat dan confirm menjadi!