1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, halia dan serai hingga naik bau. 2. Masukkan lengkuas. Kacau-kacau. Masukkan air mengikut kuantiti kuah yang anda inginkan. Masukkan akar ketumbar (pastikan ketuk dahulu akar ketumbar ye) 3. Masukkan tomato dalam 4, 5 ketul. Kacau-kacau sekejap.
4. Masukkan jus limau nipis, sos ikan, gula nisan thai dan sedikit daun limau purut (buang tangkai untuk elak kuah jadi pahit). Kacau rata. 5. Tutup tudung periuk dan biarkan kuah mendidih. Bila dah mendidih, masukkan ikan siakap.
6. Masukkan baki tomato yang ada, cili padi (diketuk sedikit sebelum dimasukkan), bawang holland dan baki daun limau purut. Perasakan dengan sedikit garam. Kacau rata. 7. Biarkan 3-4 minit untuk bagi bahan meresap ke dalam ikan. Tutup api dan taburkan daun ketumbar sebelum dihidangkan.
Labu oh labu. Macam-macam hidangan yang boleh dibuat darinya. Tapi yang paling best sudahlah sedap ada manfaat kesihatannya.
Labu kuning (pumpkin) memang mudah untuk diperoleh di negara kita. Labu kuning mengandung zat seperti Beta karoten, vitamin A, vitamin C, zink, selenium dan tanaman ini berkhasiat sebagai antioksidan yang baik.
Foto : vegetables.co.nz
Makan buah labu secara teratur akan memperbaiki fungsi dan kerja pankreas akan baik dan insulin dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. Selain itu buah tersebut tidak menaikkan zat gula darah dalam tubuh sehingga sangat baik untuk mencegah penyakit diabetes.
Labu kuning juga dipercayai dapat melindungi sistem pencernaan agar mampu berperanan dengan baik kerana kandungan serat yang tinggi. Serat itu dapat membantu menjauhkan kita daripada sembelit, buasir dan masalah pencernaan lainnya. Serat juga sangat disarankan di dalam diet sihat, diet untuk mengontrol kolesterol, diet penurunan berat badan dan diet untuk diabetes.
Labu juga sangat baik untuk kesihatan buah pinggang dan mampu mencegah penuaan awal kerana mengandung antioksidan dan mengubati bisul.
Labu kaya akan vitamin A, C dan E dan mineral, yang berfungsi untuk membantu meningkatkan kekebalan tubuh dan anti radikal bebas. Jadi apa tunggu lagi jom masak 5 aneka sajian kreatif daripada labu nih.
1. PUMPKIN CAKE WITH BUTTERSCOTCH SAUCE
PUMPKIN CAKE
BAHAN-BAHAN:
200gm puri labu
300gm tepung gandum
250gm gula perang
½ sudu teh esen vanila
2 sudu teh serbuk penaik
150gm marjerin
3 biji telur
150gm cip coklat
BAHAN UNTUK SOS BUTTERSCOTCH:
250gm krim putar
120gm gula perang
50gm mentega
BAHAN UNTUK HIASAN:
Kepingan badam secukupnya
Cip coklat secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat kek puri labu; Pukul marjerin dan gula perang hingga kembang di dalam mangkuk. 2. Kemudian masukkan telur, serbuk penaik dan esen vanila, pukul hingga sebati. 3. Seterusnya masukkan puri labu ke dalam adunan tadi dan gaul sebati diikuti tepung gandum. Gaul lagi hingga adunan sekata. 4. Masukkan cip coklat dan gaul sebati. 5. Tuangkan ke dalam Loyang bersaiz 7×7 dan jika inginkan sedikit nipis, gunakan Loyang 10×10. 6. Kemudian taburkan kepingan badam dan cip coklat di atas adunan. 7. Bakar pada suhu 170˚c selama 35-45 minit. 8. Keluarkan setelah kek cukup masak. Sejukkan dan ketepikan.
Untuk membuat sos butterscotch:
1. Cairkan mentega dan masukkan gula perang di dalam kuali leper kecil. 2. Apabila gula perang mula cair, masukkan krim putar dan masak hingga berbuih dan likat. Tutup api dan angkat. 3. Biar sos sejuk dahulu sebelum dipaipkan ke atas kek. Sedia dihidangkan.
Info chefUntuk membuat puri labu; Buang biji dan kulit labu, potong kepada ketulan kecil dan rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan labu tadi dan kisar hingga menjadi halus.
Saiz Hidangan: 4-6 orang Waktu Memasak: 1 jam Jenis Hidangan: Barat Keistimewaan: Rasa manis butterscotch Jenis Penyediaan: Kek Cara Memasak: Bakar dan reneh Anggaran harga: RM20
2. PAI LABU
BAHAN-BAHAN KULIT PAI:
12gm tepung gandum
55gm mentega
40ml air
Secubit garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Di dalam satu mangkuk, satukan tepung, garam dan mentega dan ramas hingga menjadi seperti serbuk roti. 2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh. 3. Bentukkan kulit pai di dalam acuan pai bersaiz 16 cm. 4. Cucuk dengan garpu di bahagian tengah pai dan bakar pada suhu 180˚C selama 20 minit. 5. Angkat dan ketepikan.
BAHAN INTI:
65gm gula
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
½ sudu teh garam
100gm puri labu
100gm susu segar
1 biji telur
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati. 2. Tuangkan ke dalam kulit pai yang dibakar tadi dan bakar semula pada suhu 180˚C selama 50 minit. 3. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Untuk menjimatkan masa, boleh membeli pastri segera yang sedia terjual di pasaran.
Saiz Hidangan: 6-7 orang Waktu Memasak: 1 jam 30 minit Jenis Hidangan: Barat Keistimewaan: Aroma kayu manis yang bangkit selera Jenis Penyediaan: Pastri Cara Memasak: Bakar Anggaran harga: RM15-RM20
3. BURGER BERGEDEL LABU
BAHAN MEMBUAT ROTI BURGER:
250gm tepung roti/tepung high protein
5gm yis
10gm gula kastor
13gm marjerin
½ sudu teh garam
150gm air
UNTUK HIASAN:
Oat, bijan putih dan bijan hitam secukupnya
BAHAN UNTUK BERGEDEL LABU:
½ kg labu | dibuang kulit dan biji, dipotong.
Sedikit garam
Serbuk lada putih
Daun bawang potong halus
Bawang merah cincang halus
2 biji telur
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat bergedel labu; Potong labu kepada ketulan kecil dan goreng hingga masak dan lembut. 2. Angkat dan lecek labu menggunakan garpu hingga hancur. 3. Perasakan dengan garam dan lada putih. 4. Masukkan daun bawang dan bawang cincang. 5. Bahagikan kepada 15 bahagian. Bulat dan leperkan. Jika lembik, tepukkan sedikit tepung. 6. Celup ke dalam telur dan goreng semula hingga perang keemasan. Angkat, tos dan ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai. 7. Untuk membuat roti burger; Satukan bahan kering kecuali garam. Gaul sebati dan barulah masukkan garam. 8. Masukkan marjerin dan gaul sebati. Kemudian masukkan air dan uli hingga menjadi doh. 9. Bahagikan doh kepada 15 biji dengan anggaran berat satu doh 30 gram dan bulatkan. Hiaskan atas roti dengan cara mencelupkan sedikit permukaan roti pada air dan celupkan ke dalam bekas berisi hiasan. 10. Tutup doh dengan plastik atau kain lembap. Biarkan doh kembang kepada dua kali ganda selama lebih kurang 45 minit. 11. Bakar pada suhu 180˚C selama 20 hingga 25 minit sehingga roti perang keemasan. Keluarkan dan biarkan sejuk. 12. Untuk menyediakan burger; belah di bahagian tengah roti. Letakkan bergedel labu di bahagian tengah dan tambahkan sos dan mayones. Sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh juga ditambah sayuran seperti daun salad.
Saiz Hidangan: 15 biji mini burger Waktu Memasak: 2 jam Jenis Hidangan: Barat Keistimewaan: Rasa lemak labu Jenis Penyediaan: Pastri Cara Memasak: Bakar Anggaran harga: RM15-RM20
4. MASAK LEMAK LABU KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
½ biji labu | potong
6 tangkai kacang panjang | potong
1 batang serai
400ml santan cair
400ml santan pekat
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
½ sudu teh serbuk kunyit
5-10 tangkai cili padi
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Kisarkan cili padi, bawang besar dan bawang putih hingga hancur. 2. Masukkan santan cair ke dalam peruk dan tuang bahan kisar ke dalam periuk tersebut bersama serai yang dititik.. Gaul sekata. 3. Masukkan kepingan dan masak hingga kuah mendidih. 4. Apabila labu sedikit lembut, masukkan kacang panjang dan santan pekat. Gaul sebati. 5. Tambahkan sedikit serbuk kunyit dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Gaul sebati dan biar ia mereneh. 6. Apabila labu sudah empuk, matikan api dan hidangkan.
Info chef: Boleh lebihkan cili padi jika inginkan rasa lebih pedas.
Saiz Hidangan: 3-4 orang Waktu Memasak: 30 minit Jenis Hidangan: Melayu Keistimewaan: Rasa lemak labu dan santan serasi Jenis Penyediaan: Lauk pauk Cara Memasak: Reneh Anggaran harga: RM10-RM15
5. ROASTED PUMPKIN WITH ITALIAN HERBS
BAHAN-BAHAN:
5 potong labu
1 labu bawang putih | cincang halus
2 sudu makan jus lemon
3-4 sudu besar minyak zaitun
Sedikit serbuk Thyme
Sedikit serbuk Oregano
Sedikit Daun bay kering
Lada hitam secukupnya
Garam secukupnya
Langkah penyediaan: 1 .Susun labu di dalam loyang dan tuangkan minyak zaitun di atas dan sekeliling labu. 2. Taburkan bawang putih cincang dan taburkan herba-herba Itali iaitu Thyme, Oregano dan daun Bay. 3. Taburkan lada hitam, garam diikuti jus lemon. 4. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 200˚C selama 35 hingga 40 minit hingga labu empuk. 5. Setelah labu masak sepenuhnya, bolehlah keluarkan dan dihidang.
Info chef:Cara memastikan labu sudah empuk, cucuk dengan garpu.
Saiz Hidangan: 3-4 orang Waktu Memasak: 1 jam Jenis Hidangan: Barat Keistimewaan: Aroma aneka herba yang menambah rasa dalam masakan Jenis Penyediaan: Pencuci mulut Cara Memasak: Bakar Anggaran harga: RM15-RM20
Resipi: Terima kasih Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam.
Jangan tak percaya. Anda boleh hasilkan ikan tenggiri jeruk ni secara homemade. Biasanya beli je kan? Menerusi perkongsian PuanSuri Abdullah, anda bolehlah buat sendiri. Lebih bersih, jimat dan anda pun boleh berniaga. Ikan ni memang sedap. Goreng makan dengan nasi memang layan. Malah, kalau nak masak Kailan Ikan Masin atau Nasi Goreng Ikan Masin pun boleh. Jom lihat cara-caranya.
CARA BUAT IKAN TENGGIRI JERUK
Ikan tenggiri – dibersihkan dan dipotong kecil
Cuka makan
Garam kasar
Asam keping
Minyak masak
CARA-CARA:
1. Bersihkan ikan tenggiri. Kemudian keringkan di bawah cahaya panas terik matahari selama 2 jam.
2. Ambil ikan, celupkan dalam bekas berisi cuka. Kemudian letak dalam bekas. Susun jadikan 1 lapisan.
3. Taburkan garam kasar diatas ikan hingga rata. Selitkan kepingan asam keping.
4. Kemudian celup lagi ikan dalam cuka dan susun menjadi lapisan kedua diikuti taburan garam dan asam keping. Ulang langkah hingga ikan habis.
5. Tutup penutup bekas berisi ikan dan balut dengan kain berwarna gelap. Simpan pada suhu bilik selama seminggu.
6. Setelah cukup 7 hari, keluarkan ikan dari bekas dan buang airnya.
7. Letak ikan dalam bekas bersih dan tuang minyak masak. Dah siap!
8. Sedia dinikmati mengikut citarasa masing-masing.
Gulai tempoyak ayam? Mungkin ramai yang pelik kerana biasanya gulai atau masak tempoyak menggunakan ikan.
Tapi sebenar gulai ini memang ada. Bukan resipi baru tapi ada yang menikmatinya sejak dari kecil lagi. Kalau nak tahu rasanya, memang kena cuba.
Resipi gulai tempoyak ayam
Bahan-bahan
6 ketul ayam -dibersihkan
3-4 sudu besar tempoyak
Cili api (ikut kepedasan)
2 inci kunyit hidup
1 keping asam keping
1 cawan air
Daun kesum
Bunga kantan
Garam dan gula secukup rasa
1 mangkuk air untuk kuah
Cara penyediaan
1. Kisar tempoyak bersama cili api dan kunyit hidup. Masukkan secawan air.
2. Tuang dalam periuk bahan kisar tadi bersama asam keping, ayam, daun kesum, bunga kantan dan satu mangkuk air. Kacau agar semua bahan sebati dan biarkan gulai merenih.
4. Bila ayam dah masak, masukkan garam dan serbuk perasa. Tambah gula untuk seimbangkan asa tempoyak yang kadang-kadang masam. Tutup api, boleh dihidangkan
Tip untuk dapatkan warna tempoyak yang cantik adalah dengan menggunakan gunakan cili api merah atau cili besar merah. Insya-Allah cantik warnanya.
Macam mana nak tahu tempoyak dah rosak, ini tanda-tandanya;
-Keluarkan bau busuk
-Warna tempoyak berubah menjadi lebih gelap, coklat, atau kehijauan, itu mungkin tanda ia sudah rosak.
-Ada buih atau gelembung
-Tekstur berlendir atau berair
-Ada kulat pada permukaan tempoyak
-Rasa masam yang berlebihan
Jika terdapat mana-mana tanda di atas, sebaiknya elakkan daripada menggunakannya untuk mengelakkan keracunan makanan.
Banana Peanut Butter Oatmeal ialah sarapan sihat, mengenyangkan dan cepat disediakan. Ketahui cara membuatnya dengan bahan ringkas serta manfaat nutrisi yang membantu tenaga dan kesihatan harian anda.