Nama Ifa Raziah memang begitu terkenal dalam industri seni hiburan. Bukan sahaja kerana bakat nyanyian dan lakonan, namun Ifa turut handal memasak. Walaupun suka masak dan suka makan, potongan badan Ifa tetap cantik sesuai dengan gelarannya Miss Diva.
Dalam rancangan RASA Nostalgia Ramadan yang bersiaran pada jam 5 petang tadi, Ifa Raziah adalah tetamu jemputan yang dijemput oleh Chef Selebriti, Chef Wan. Chef Wan akui Ifa kelihatan sangat cantik pada usianya sekarang. Kata Ifa, dia tidak amalkan senaman sebaliknya menjaga pemakanan.
“Saya suka makan hidangan sup. Kurang berminyak, kurang masin dan kurangkan manis dalam hidangan. Itu saja yang saya amalkan untuk jaga badan,” cerita Ifa.
Justeru, dalam episod kali ini, Ifa memasak Mihun Sup Utara Miss Diva. Ini adalah kegemaran Ifa Raziah tiap kali tibanya bulan Ramadan.
“Mihun sup utara tidak dimakan dengan sambal kicap. Tapi dimakan dengan sambal cili merah. Itu bezanya antara utara dan selatan. Mihun pula dimasak kuning kerana dicelur dengan air kunyit. Kalau mihun lain, biasanya warna putih saja,” cerita Ifa lagi.
Untuk hidangan pencuci mulut pula, Ifa menyediakan Kuih Jala Emas. Korang nak tahu apa sejarah kuih ni?
“Kuih jalan emas ni asal-usulnya daripada orang Portugis. Ketika mereka tu menjajah Siam dulu, mereka selalu buat kuih ni. Kemudian dibuat pula oleh orang Golok dan orang Kelantan. Sebab itulah kuih ni popular di Kelantan. Manis rasanya, orang Kelantan suka,” kata Ifa mengenai asal-usul Kuih Jala Emas.
DIPERHEBAT DENGAN COWAY
Ads
Sesi memasak oleh Ifa Raziah dan Chef Wan sangat santai. Maklumlah mereka masak ditemani dengan penapis udara dan penapis air daripada Coway. Memasak dengan udara yang bersih. Dipermudahkan pula dengan penapis air yang ada ciri-ciri hebat. Memang semakin lincah kerja di dapur!
Nak tahu resipi yang dimasak oleh Ifa Raziah dan Chef Wan tadi? Nah, RASA kongsikan resipinya. Korang try buat tau.
MIHUN SUP UTARA
Ads
BAHAN MI
1 peket bihun
Sedikit serbuk kunyit
CARA MEMBUAT
1. Rebus seketika bihun dengan air bercampur serbuk kunyit.
2. Angkat dan toskan.
BAHAN SUP
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Minyak masak untuk menumis
Rempah 3 sekawan
2 sudu besar rempah sup
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 jag air panas
1 kg daging (potong dan direbus dulu)
1 batang lobak merah (dipotong besar)
3 biji kentang (dipotong besar)
Ads
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT SUP
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia sehingga halus.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar tadi bersama rempah tiga sekawan.
3. Tumis sampai agak kering. Masukkan rempah sup dan lada hitam. Kacau.
4. Masukkan air panas. Masukkan juga daging dan air rebusan daging.
5. Masukkan lobak merah dan kentang. Perasakan dengan garam.
6. Biarkan mendidih.
KUIH JALA EMAS
BAHAN-BAHAN
2 biji kuning telur itik
1 jag air
2 cawan gula
CARA MEMBUAT
1. Pecahkan telur itik. Ambil kuningnya sahaja.
2. Tapis kuning telur dengan kain kasa.
3. Masukkan kuning telur dalam botol yang selalu orang buat roti jala. Ketepikan.
4. Di dalam kuali, panaskan air.
5. Masukkan gula. Biarkan gula larut.
6. Kiraikan kuning telur di atas air gula. Biarkan dia terbentuk cantik.
7. Gunakan kayu penyepit, simpulkan biar cantik. Angkat.
Jangan lupa saksikan episod seterusnya dalam rancangan RASA Nostalgia Ramadan di Astro Prima dan Prima HD sepanjang bulan Ramadan ini. Rancangan ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 5 petang. RASA Nostalgia Ramadan dihebatkan oleh Coway.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Acar rempah timun telur puyuh ni memang sedap dimakan dengan nasi tumis sperti Nasi Minyak, Nasi Tomato dan juga nasi biasa. Lagi lama disimpan lagi sedap rasanya.
Keenakkan hidangan ini bila sayur dikunyah rangup dan telur puyuh rebus lembut. Rasa rempah diseimbangkan dengan rasa masam cuka. Jom semak resipi perkongsian Nadia Arissa ini.
ACAR REMPAH TIMUN TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN
BAHAN A:
Telur puyuh (rebus dan kopek kulit)
1 biji timun – di potong jejari
1 biji lobak merah – di potong jejari
Bawang merah ros – dibelah dua
Cili merah dan hijau
3 sudu besar rempah kurma
3 sudu besar kerisik
Cuka
Garam
Gula
Biji Sawi
BAHAN-BAHAN B (DIHIRIS):
2 biji bawang merah ros
2 ulas bawang putih
1 inci halia
BAHAN-BAHAN C (DIKISAR):
3 biji bawang merah ros
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
Segenggam udang kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan-bahan hirisan hingga naik bau.
2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar (Bahan C) kemudian masukkan rempah kurma. Tumis hingga garing.
3. Masukkan sedikit air dan kerisik
4. Masukkan semua bahan-bahan utama (Bahan A)
5. Perasakan dan biar hingga kuah agak pekat.
6. Akhir sekali, taburkan biji sawi
7. Siap dan boleh dihidangkan.
Anda penggemar tempe tapi jemu dengan tempe goreng atau sambal? Usah risau sebab banyak lagi menu yang boleh anda pelbagaikan dengan makanan kaya dengan protein Ini. Berikut Rasa kongsikan lima menu tempe sedap dan ringkas yang gerenti bukan anda sahaja suka tetapi anak-anak juga. Tak percaya anda kena cuba ye…
TEMPE GORENG KICAP
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | hiris menyerong
1 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulat
2 ulas bawang putih | titik
8 biji cili padi | hiris
Sedikit cili benggala merah dan hijau | dadu
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh air asam jawa
1 sudu makan kicap pekat panis
Garam, gula secukup rasa
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis.
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng tempe hingga sederhana garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan hirisan cili padi. Kacau rata hingga layu.
Masukkan tempe, sos tiram, kicap dan air asam. Kacau rata
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Sebelum angkat masukkan hirisan cili benggala. Kacau lagi seketika.
Tutup api dan hidangkan tempe panas-panas bersama nasi putih
TEMPE TUMIS BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
1paket tempe | hiris
200gm udang | buang kulit
1 biji bawang besar| hiris
2 ulas bawang putih | titik
10 biji cili padi | hiris
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak , goreng tempe hingga sederhana masak, angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak tinggal sedikit, kemudian tumis bawang besar, bawang putih, cili hingga wangi.
Kemudian masukkan udang, kacau seketika, masukkan tempe.
Perasa dengan sos tiram, garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa angkat dan hidangkan panas-panas.
TEMPE GORENG DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | potong dadu
1 keping tauhu | potong dadu
2 pokok daun bawang | potong 3cm
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan udang kering
2 ulas bawang putih | titik
1 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng tampe dan tauhu secara berasingan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang merah, putih dan udang kering hingga wangi.
Kemudian masukkan pes cili kering, kacau lagi.
Masukkan tempe dan tauhu diikuti daun bawang.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kacau seketika dan tutup api.
Sedia dihidangkan.
TEMPE NUGGET MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | potong empas segi 3X3 cm
1biji telur
3 sudu makan tepung gandum
1/2 biji bawang besar | dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
2 sudu makan Sos Cili Thai
1biji cili merah | cincang halus
1 tangkai daun ketumbar | hiris halus
1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara itu, celupkan tempe dalam telur yang telah dikacau bersama sedikit garam.
Kemudian gaulkan dalam bekas berisi tepung dan goreng hingga kekuningan.
Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis sos.
Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan Sos Cili Thai, cili air jus limau nipis, hirisan daun ketumbar, garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali, tutup api dan masukkan tempe yang telah digoreng. Gaul rata dan angkata.
Sedia dihidangkan.
TEMPE TENDER BERSAMA SOS KICAP
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | potong memanjang
1 biji telur
1 cawan nestum | hancurkan
1 sudu teh serbuk lada hitam
Secubit garam
BAHAN SOS KICAP:
2 sudu makan kicap pekat manis
6 ulas cili padi
1 biji cili merah
1 ulas bawang putih
1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan tempe tender, pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
Celupkan tempe dalam telur kemudian gaulkan dalam serbuk nestum.
Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali.
Goreng tempe hingga kekuningan, angkat dan toskan minyaknya atas tisu dapur.
Untuk menyediakan sos kicap. Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus.
LaukAyam Masak Merah macam yang kita selalu makan di majlis kenduri kahwin tu nampak sedap kan? Lain sikit rasanya berbanding Ayam Masak Merah yang biasa kita masak di rumah. Warna merah tapi rasa tak pedas. Hmm…Memang buka selera. Nak Jangan lupa cuba resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni ya. Sesuai sangat nikmati dengan aneka nasi tumis tau nasi putih.
CARA MASAK AYAM MASAK MERAH KENDURI
BAHAN A:
Ayam – dipotong
1 batang serai – kisar
1 hiris halia – kisar
1 ulas bawang putih – kisar
3/4 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh perencah Hilal
1/2 sudu teh garam
Sedikit air
BAHAN B ( KISAR):
1 biji bawang merah – saiz bola pingpong
1/2 biji bawang holland
1 ulas bawang putih
BAHAN C:
2 biji cili merah – kisar
1 1/2 sudip cili kisar
3/4 sudu makan gula melaka hancur
1 1/2 sudu makan gula
3/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh perasa
Air asam jawa ( 1/2 gelas air + secubit kecil asam jawa)
1/4 cawan air
3/4 sudip sos cili
BAHAN D:
1 biji bawang holland | dihiris dan digoreng seketika
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan A dalam periuk dan rebus sehingga ayam masak. (Ia ikut cara masak stail kenduri. Ayam direbus dahulu. Barulah isinya tidak keras.) 2. Setelah direbus, goreng ayam seketika menggunakan minyak panas. (Jangan goreng terlalu garing kerana nanti isinya akan keras.) Angkat dan ketepikan. 3. Dengan menggunakan minyak gorengan yang sama, tumis bahan B hingga naik bau. 4. Kemudian masukkan cili merah kisar. 5. Diikuti dengan cili kisar. Tutup seketika kuali dengan tutup periuk dan tumis lagi sehingga pecah minyak. 6. Perasakan dengan gula melaka, gula, garam dan perasa. Boleh ubah suai jumlah ikut citarasa anda. Tutup lagi kuali bagi menaikkan warna sambal. Masak guna api perlahan sahaja. 7. Seterusnya masukkan air asam jawa dan air. Jumlah air bergantung pada kepekatan kuah yang anda nak. Tutup kuali sekali lagi. 8. Masukkan sos cili. Kacau rata. 9. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan dan biar selama 3-4 minit supaya kuah meresap pada isi ayam. 10. Akhir sekali tabur hirisan bawang holland yang telah digoreng seketika. Kacau rata. 11. Siap untuk dihidangkan.
Dari dunia undang-undang ke dunia ayam goreng, inilah kisah berani Dato’ Hifdzi Hamzah, bekas peguam korporat ternama yang kini menjadi pengasas kepada jenama makanan...