Dah menonton Rasa Nostalgia Ramadan Musim Kedua, episod kelima di Astro Prima dan Prima HD petang tadi.
Kali ini memaparkan gelagat Datuk Chef Wan bersama artis jemputam penyanyi terkenal Naqiu Boboy atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin bin Mohd Najib. Naqiu tak kering gusi melihat gelagat Chef Wan.
Penyanyi yang makin meletop letop selepas memenangi Juara bersama Gegar Avanza 2019 yang juga bapa kepada lima cahayamata ini terus bersinar kembali dalam industri seni.
Huh, teruja tak tengok Naqiu berkongsi dapur dengan Datuk Chef Wan memasak masakan yang mengimbau nostalgia ramadan Naqiu iaitu Nasi Tomato, Ayam Sambal @ Ayam Masak Merah dan tak ketinggalan kuih tradisional Koleh Kacang.
Ads
Banyak juga rahsia dan cerita menarik yang dikorek Chef Wan tadi dari Naqiu.Yang pasti Naqiu cukup berminat dengan ilmu memasak yang diturunkan Chef Wan.
Nak resipi lauk pauk dan kuih yang dimasak tadi, jom catat resipi yang dikongsikan RASA ini, jangan lupa mencuba ya. Selamat Berbuka.
1. NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN :
125ml minyak sapi
1 labu bawang merah besar | dihiris
3 ulas bawang putih | dihiris
15 biji bawang merah kecil | dihiris
2 serai | dititik
2 sudu makan pes tomato
4 sudu makan kismis | dikisar
15 biji badam
3 biji buah pelaga
Halia
Bunga lawang
Bunga cengkih
Tomato dadu
2 kulit kayu manis
2 helai daun pandan
500 ml stok ayam
4 sudu besar susu sejat
3 sudu makan air mawar
2 helai pudina | dicincang kasar
500gm beras basmathi
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Bahan Hiasan:
Bawang Goreng
Kismis
Daun pudina
Daun ketumbar
Daun bawang
Kacang pis
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak sapi 2. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, dan kulit kayu manis. 3. Kemudian masukkan bawang merah besar, bawang merah kecil, bawang putih, halia, serai, dan buah pelaga. Tumis sehingga naik bau. 4. Masukkan daun pandan, tomato dadu, kismis, badam, pes tomato dan beras. Kacau sehingga sebati. 5. Masukkan daun pudina, stok ayam, susu sejat, garam dan gula. Biarkan nasi sehingga masak.
2. AYAM SAMBAL @ AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam | dipotong 8
1 sudu teh serbuk kunyit
250ml minyak masak
125ml sos tomato
1 labu bawang merah besar | dihiris membulat
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Bahan Kisar:
Ads
3 sudu besar cili kisar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Bahan hiasan:
Bijan putih
Daun bawang
Bawang goreng
Daun ketumbar
CARA MEMASAK : 1. Kisarkan bahan kisar. 2. Sapukan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. 3. Panaskan minyak dan goreng ayam. 4. Tinggalkan sedikit minyak. 5. Tumis bahan kisar, masukkan garam dan gula. 6. Masukkan ayam dan sos tomato. 7. Akhir sekali taburkan bahan hiasan.
3. KUIH KOLEH KACANG
BAHAN-BAHAN :
1 cawan santan pekat
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir
1 cawan air
2 cawan santan
1 cawan tepung kacang hijau (cap kijang)
Beberapa helai daun pandan disimpul
Secubit garam
CARA MEMASAK : 1. Masak 1 cawan santan dan air sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yang terhasil dan biarkan dalam 2 sudu besar lebihan minyaknya dalam kuali. 2. Masak gula merah, gula pasir, air dan daun pandan sehingga gula larut, Sejukkan dan ketepikan seketika. 3. Satukan tepung kacang hijau, santan pekat, garam dan daun pandan dalam satu bekas dan kacau hingga sebati. 4. Masukkan adunan tadi ke dalam kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi. Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat dan menggelembung sehingga agak berkilat. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan lebihan minyak tadi. 5. Taburkan dengan tahi minyak dan sejukkan sebelum boleh dipotong.
TERUSKAN MENONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN MUSIM KEDUA SEPANJANG RAMADAN INI
Teruskan menonton Rasa Nostalgia Ramadan dengan resipi yang menarik dan menyelerakan dari Datuk Chef Wan bersama artis dan selebriti jemputan yang lain berkongsi masakan yang menjadi nostalgia Ramadan masing-masing.
Ads
Esok saksikan resipi dan aksi menarik Datuk Chef Wan dalam Rasa Nostalgia Ramadan bersama dramatis hebat Didie Alias. Sure kecoh.
Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua bersiaran dari Isnin hingga Jumaat, setiap jam 5 petang di Astro Prima di saluran 125 dan Prima HD di 105.
Alangkah enaknya dapat menikmati aneka hidangan Melayu asli seperti asam pedas, masak lemak cili padi, kari dan sebagainya lagi untuk hidangan sekeluarga atau rakan-rakan. Tak susah pun untuk anda cuba masak sendiri di rumah. Dijamin enak dan pasti puas hati.
1. ASAM PEDAS IKAN PATIN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Patin – bersihkan, potong
20 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
2 batang serai – ketuk
5-6 batang bendi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Daun kesum secukupnya
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara membuat:
Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan.
Panaskan minyak, tumis semua bahan yang dikisar tadi hingga terbit bau. Kemudian masukkan serai ke dalam periuk, masak hingga pecah minyak.
Masukkan air asam Jawa dan setelah mendidih, masukkan kepingan ikan patin.
Seterusnya masukkan daun kesum dan akhir sekali masukkan sayur bendi. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan seketika. Tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.
2. AYAM MASAK LEMAK CILI API
1/2 ekor ayam – bersihkan, potong
1/2 kg santan
5 batang cili ap – ditumbuk halus
3 biji kentang – dipotong dadu
1 batang serai – ketuk
1 biji tomato – belah empat
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 helai daun kunyit
Santan secukupnya
Air masak secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMBUAT:
Panaskan periuk dan masukkan sedikit air, separuh santan, serbuk kunyit dan serai ke dalam periuk. Kacau sedikit.
Setelah mendidih, masukkan ayam dan kentang dan tutup seketika supaya ayam dan kentang cepat masak.
Setelah ayam masak, masukkan lebihan santan tadi ke dalam periuk dan kacau sekata.
Masukkan tomato, cili merah dan daun kunyit untuk hiasan. Kacau seketika dan tutup api.
Siap untuk dihidangkan
3. KARI DAGING ISTIMEWA PAK KASIM
BAHAN-BAHAN:
1/2kg daging – bersihkan dan hiris
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cm halia
-5 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu kecil serbuk cili kering
3 biji kentang – dipotong dadu
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
Daun kari secukupnya
Santan secukupnya
Minyak masak secukupnya
Sedikit daun kari/daun bawang
CARA MEMBUAT:
Kisar bawang merah,bawang putih dan halia hingga lumat. Ketepikan.
Panaskan minyak, masukkan rempah kari daging dan serbuk cili kering ke dalam periuk. Kacau hingga naik minyak.
Kemudian masukkan kentang, daging dan separuh santan ke dalam periuk. Tutup periuk seketika.
Kemudian masukkan lebihan santan tadi ke dalam periuk. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau perlahan dan sebati. Tutup api.
Siapa sangka Brokoli ‘Super Food’ ini bukan hanya sedap sebagai sayur tetapi juga boleh diolah jadi kudapan seperti digoreng celup tepung dan dijadikan muffin dan banyak lagi. Sebagai sayur kaya dengan pelbagai khasiat, anda manfaatkan brokoli dalam bermacam menu. Antaranya seperti dalam dua resipi yang dikongsikan di bawah ini.
BROKOLI GORENG RANGUP BAHAN-BAHAN:
500gm brokoli | potong dadu
1/2 cawan tepung goreng serbaguna |sebarang jenama
1 sudu teh serbuk bawang putih
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1cawan tepung tempura | sebarang jenama
Sedikit air
300gm minyak masak | untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Renehkan air dalam periuk, celur sekejap 3-4 minit brokoli.
Angkat, tos dan ketepikan.
Campurkan tepung serbaguna dengan serbuk lada hitam dan bawang putih. Gaul rata.
Taburkan dalam bekas berisi brokoli tadi, gaul rata. Tambahkan sedikit air untuk memastikan tidak ada tepung berketul.
Setelah brokoli bersalut tepung sepenuhnya, gaulkan pula dalam tepung tempura. Lakukan hingga habis.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng hingga garing.
Angkat dan tos.
Brokoli sedia dihidangkan dengan sos kegemaran anda.
MUFFIN BROKOLI TELUR BAHAN-BAHAN: 1/2 biji brokoli | potong dadu besar dan rebus 3-4 minit 5 biji telur 1/2 sudu teh serbuk daun Thyme 1/2 sudu teh serbuk bawang putih 1 sudu teh serbuk pati ayam 1 sudu teh serbuk lada sulah 1/2 cawan parutan keju cheddar
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
Sementara itu, pukul telur hingga kembang.
Kemudian masukkan ke dalamnya serbuk pati ayam, lada sulah, serbuk bawang putih dan serbuk daun Thyme.
Kacau rata, baru masukkan brokoli dan 3/4 dari keju. Kacau rata.
Sediakan loyang muffin. Sapukkannya dengan mentega.
Tuangkan bancuhan muffin ke dalam loyang hanya 3/4 permukaan acuan sahaja. Taburkan lebihan parutan keju di atasnya.
Bakar hingga kuning keperangan lebih kurang 20-25 minit.
Setakat goreng bihun untuk hidangan makan sekeluarga mungkin tiada masalah. Tapi jika diminta menyediakan bihun goreng satu kawah untuk makan 200 orang mungkin ramai yang menolak.
Untuk menggoreng bihun dalam kuantiti banyak ini memang ada tekniknya. Bagi yang nak belajar boleh gunakan panduan dan tip yang dikongsi oleh Nurjuwaini Aziz.
Tip goreng bihun satu kawah
Jika mahu menyediakan bihun goreng untuk 200 pek boleh terus masak dalam satu kawah. Boleh guna bihun beg besar, dalam 4kg per beg. Satu beg boleh cukup untuk 60-70 orang makan.
Cuma paling mencabar, waktu nak mengacau bihun. Kena guna kudrat tulang empat kerat. Kena sediakan guna sudip besi yang panjang. Tujuannya supaya dasar kawah tak berkerak nanti.
Persediaan bahan, tak perlu tambah air
Bihun kena rendam di dalam air biasa dulu. Tak perlu air panas. Rendam sejam pun dah ok asalkan bihun lembut.
Siapkan pes rencah terlebih dahulu, kemudian masukkan bihun. Sewaktu mula menggoreng, selepas dimasukkan bihun, elakkan dari menambah air ke dalam kuali. Tambah air bukan membantu bihun lembut, tapi membuatkan bihun kembang, putus dan hancur. Teksturnya boleh jadi kurang cantik.
Buat lubang masa menggoreng
Untuk jadikan bihun lembut sewaktu menggoreng, mula-mula gaul sebati bihun dengan rencah dulu, kemudian buatkan lubang di tengah-tengah. Pastikan boleh nampak dasar kuali. Guna api perlahan.
Selepas beberapa ketika, dasar kuali akan berasap, kacau bihun perlahan-lahan dengan penuh kesabaran. Jangan sesekali putuskan bihun. Masak dengan sopan. Lebih elok sambil kacau sambil selawat ke atas Nabi Muhammad. Pahala pun dapat.
Ulang langkah buat lubang di tengah dan kacau dengan sopan sehingga bihun betul-betul lembut. Bila sudah lembut, boleh masukkan sayur-sayuran. Gaul sebati. Bila siap boleh angkat bihun dan hidang ke dalam bekas.
Buat bihun sikit pun boleh guna cara sama
Teknik ini boleh digunakan untuk menggoreng bihun kuantiti sedikit atau banyak. Dan yang pasti, tiada cara betul atau salah dalam memasak. Masing-masing ada cara dan teknik sendiri. Mari raikan perbezaan.
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...