Sambal tumbuk ni tengok rupa dah tahu sedap. Dahlah sedap paling mudah dimasak. Janji semua empat bahan tu digoreng dahulu dan kemudian ditumbuk.
Resipi yang dikongsikan oleh SheilaKitchen Home Cooks ni memang senang sangat dicuba. Dahlah tu nampak sedap mengecurkan air liur . Tu baru tengok hidangannya, bila dimakan perrggh boleh bertambah pinggan nasi.
Sotong adalah antara makanan laut yang digemari ramai. Andai berkunjung ke restoran ‘seafood’, memang tak sah kalau tak order masakan sotong. Antara hidangan yang popular dan menjadi pilihan ramai adalah sotong sambal, sotong kari, sotong goreng kunyit, sotong goreng telur masin, ketupat sotong dan banyak lagi.
Malah, jika berkunjung ke negeri Terengganu, sajian sotong celup tepung menjadi satu kemestian dan wajib untuk dicuba. Kalau tak singgah makan, rasa macam tak lengkaplah kedatangan anda ke negeri yang terkenal dengan kemewahan hasil lautnya itu.
Nak cuba hasilkan sendiri hidangan Sotong Celup Tepung yang garing dan enak secara homemade? Resipi di bawah ini anda boleh cuba.
SOTONG GORENG TEPUNG DAUN KARI
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong ]potong bulat
1 biji telur
2 sudu makan rempah kari
1 tangkai daun kari
60gm tepung gandum
60gm tepung jagung
3 sudu makan tepung beras
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam satu mangkuk, pecahkan telur, masukkan tepung jagung, tepung beras, tepung gandum, daun kari dan rempah kari. Gaul sebati.
Kemudian masukkan sotong ke dalam adunan dan gaul lagi hingga sekata. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan sotong yang telah disalut tepung tadi satu persatu. Goreng dengan api sederhana besar hingga warna kekuningan. Angkat dan tos. Ulangi langkah hingga selesai.
Sedia dihidangkan.
Info chef: Hidangkan bersama sos pilihan masing-masing. Malah, jika dimakan begitu sahaja pun sudah cukup enak.
Ok, bila dah dapat resipi best ni, pastinya rasa nak pergi pasar beli sotong je kan? Sebelum tu, RASA nak kongsikan sedikit tip memilih sotong segar. Selalunya anda dapat tips untuk memilih ikan yang segar, tetapi bagaimana pula tips untuk memilih sotong? Ini tip yang boleh dijadikan panduan.
Foto: Radi Pemborong Ikan
TIP PILIH SOTONG SEGAR
Bila disentuh,badan sotong segar terasa lebih pejal, keral, kenyal dan tidak lembik ketika ditekan.
Kepala dan badan sotong tidak tertanggal apabila diangkat.
Matanya bulat,sempurna, tidak berkedut dan juga bersinar.
Badan sotong berwarna putih dan terdapat sedikit bintik hitam. Jangan beli jika sotong lembik, kulit terkoyak, berwarna ungu lebam serta kemerahan kerana ia adalah sotong yang lama.
Sotong segar biasanya masih berlendir dan tidak berbau terlalu hanyir.
Badan sotong yang terluka atau terkoyak tidak mempunyai kesan hitam.
Dakwat hitam tidak keluar dari bahagian badansotong.
Semoga tips ini dapat membantu anda untuk menjadi lebih bijak dalam membuat pilihan ketika membeli sotong segar. Selamat mencuba!
Sedapnya ayam masala ni. Boleh makan dengan nasi. Makan dengan roti pun boleh. Ini RASA kongsikan resipinya. Cubalah buat. Sedap sesangat.
AYAM MASALA
Bahan perap (perap 30 minit)
1/2 kg ayam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 cm halia (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
Sedikit garam
Bahan lain
2 biji bawang besar (dicencang)
2 cm halia (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/4 cawan air
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Bahan Tumisan
2 sudu besar minyak masak
3 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 sudu besar jintan manis (tumbuk)
Daun kari
Cara membuat
1. Panaskan minyak masak kemudian masukkan bahan tumisan satu demi satu mengikut turutan diberikan.
2. Kemudian masukkan bawang besar dan tumis hingga layu.
3. Masukkan halia dan bawang putih dab serbuk kunyit. Kacau supaya tumisan tidak hangus.
4. Sekarang tambah tomoto dan hancurkannya menggunakan senduk. Semakin kecil keping lebih mudah untuk dihancurkan cepat.
5. Masukkan serbuk ketumbar dan gaul rata. Tambahkan ¼ cawan air ke dalam masala ini. Kecilkan api kepada sederhana. Tutup periuk dan biarkan Masala dimasak selama beberapa minit sehingga pecah minyak.
6. Kemudian, masukkan kepingan ayam diperap tadi. Masak sehingga kelembapan dalam ayam keluar. Sekarang akan ada air yang cukup di dalam ayam untuk dimasak.
7. Tambah garam jika perlu. Tutup periuk dan masak di atas api yang sederhana.
8. Masak 8 hingga 10 minit. Lihat sama ada ayam telah masak, jika tidak masak tutup periuk lagi untuk beberapa minit lagi.
9. Setelah ayam masak, akhir sekali masukkan lada sulah dihancurkan di atas dan gaul rata.
Kuih Lompang adalah antara kuih tradisional yang popular dan digemari ramai. Namun agak sukar untuk jumpa kuih ni yang sedap. Jadi, kalau anda cuba buat sendiri Kuih Lompang sedap ni, resipi perkongsian dari FB saudari Jamal dan Asmahan antara yang terbaik dan nampak menyelerakan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
KUIH LOMPANG KAMPUNG SEDAP BERLESUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
350gm gula merah
60gm gula pasir
450ml air
170gm tepung gandum
120gm tepung ubi
60gm tepung beras cap 3 gajah
900ml air
1/2 sudu teh kapur sireh
CARA MEMASAK:
Satukan gula merah, gula pasir dan air dalam periuk. Masak hingga gula larut. Angkat dan sejukkan.
Bila air gula dah sejuk, campurkan bahan-bahan lain. Adun hingga sebati.
Tapis adunan bagi memastikan tiada ketulan dan bahan-bahan larut sempurna.