Tengah berfikir apa biskut yang sedap dan disukai ramai. Kalau buat biskut tu jangan lah buat yang kita suka saja, kenalah adil buat yang semua suka. Jadi Brownies Cookies ni memang sering jadi rebutan.
Bahan-bahan: 2 biji telur 100gm tepung ros untuk biskut atau self rasing 150gm gula aising
Cara membuat: 1.Pukul bahan di atas dengan whisk je hingga sebati. 2.Masuk tepung yang telah diayak, kacau sebati. 3.Bila dah sebati masuk coklat masakan tadi. 4.Kacau rata, masuk dalam piping beg. 5.Pipe je atas acuan. 6.Topping ikut citarasa. 7.Bakar 160 darjah selama 30minit.
Sesekali ke pasar, pasti anda ada terlihat ikan gelama yang dijual. Bagi yang tidak biasa menikmatinya, pasti tak ada idea nak masak apa dengan ikan jenis ni. Sebenarnya, ikan gelama ni kita boleh masak macam-macam. Malah anda juga boleh hasilkan ikan kering / masin menggunakan ikan ini. Rasanya memang sedap! Nak cuba buat ikan masin secara homemade? Jom lihat bahan-bahan serta langkah-langkah pembuatannya.
Menu nasi ayam menjadi kesukaan ramai. Tak payah lauk lain sebab dah lengkap dengan sup, kuah kicap dan sos memang tak cukup sepinggan. Buatnya pun tak susah. Buat yang pertama kali nak mencuba boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Hawa Aziz ni. Gerenti menjadi.
NASI AYAM Bahan untuk Nasi
5 cawan beras
2 helai daun pandan
1 batang serai (diketuk)
2 kuntum bunga lawang
2 sudu makan butter@ marjerin
Air rebusan ayam
Serbuk kunyit
Garam
Bahan untuk sos:
8 tangkai cili merah
5 tangkai cili api
2 ulas bawang putih ( tumbuk halus)
2 inci halia( tumbuk halus)
2 sudu cuka makan
1 sudu gula
1 sudu teh garam
Bahan untuk ayam:
1 ekor ayam
2 sudu makan madu
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
2 inci halia ( tumbuk halus)
2 ulas bawang putih ( tumbuk halus)
Bahan untuk kuah kicap:
3 sudu makan kicap manis
1 inci halia (tumbuk halus)
2 ulas bawang putih (tumbuk halus)
Air lebihan perapan ayam
Cara membuat:
1.Cairkan butter/ marjerin ,masukkan bunga lawang,serai,daun pandan.Masak sehingga naik bau. Kemudian masukkan ke dalam rice cooker yang ada beras, kemudian masukkan air rebusan ayam,dan masak seperti biasa.
2.Kisar cili merah,cili api,masukkan cuka makan,kemudian bahan tumbuk halus.Masukkan gula,garam.Saya masak sekejap atas dapur.
3.Masukkan kicap manis,air lebih perapan ayam dan bahan tumbuk halus.
4.Ayam ni saya rebus dulu dengan bahan tumbuk halus,kemudian bila dah siap rebus saya angkat dan masukkan ke dalam bekas. Kemudian saya masukkan kicap manis,sos tiram,madu dan bahan tumbuk halus.Saya perap selama 30 minit sebelum goreng.
5. Goreng dengan api sederhana.
6. Ayam dah siap.
7. Air rebusan ayam,bahan tumbuk halus,1 biji bawang besar dikisar, daun sup, tulang ayam( jika suka) kalau nak letak lobak merah dan ubi kentang pun boleh.
8. Inilah hasilnya.Siap untuk dimakan sepinggan tak cukup ni.
Sate Ayam memang menjadi kegemaran ramai tidak kira peringkat usia daripada kanak-kanak hinggalah dewasa. Jika kebiasaanya kita beli sahaja sate, apa kata kali ini kita buat sendiri sahaja. Sesuai sangat untuk makan-makan bersama keluarga atau pun dihidangkan pada tetamu. Ayam seekor pun sudah cukup untuk dapat banyak cucuk sate. Jom kita cuba resipi Sate Ayam Homemade seperti yang dikongsikan oleh Noorlaili Zainal
1 batang serai di ketuk 2 cawan kacang tanah yang dikisar 2 keping gula melaka – BELI ONLINE 1/2 cawan gula Garam Air secukupnya Asam keping – BELI ONLINE
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan kisar, masukkan serai (tumis sampai pecah minyak)
3. Masukkan kacang tanah dan gaul sebati.
4. Masukkan air kacau dan biar mendidih(api perlahan)
5. Masukkan gula melaka, gula, garam dan asam keping. Masak hingga pekat, rasa dan tambah apa yang kurang.
Puding Roti Sos Kastard yang lembut, berkrim dan mudah disediakan. Lengkap dengan sos kastard homemade serta aiskrim vanila, sesuai untuk minum petang atau pencuci mulut keluarga.